Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Monday, 29 September 2014

Main Air @ The Carnival, Sg Petani

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat hendaknya. Hari ni nak story sikit tentang satu theme park kat Sungai Petani, Kedah. Adoiii yang sedihnya, saya orang Alor Star pun tak tau kewujudan taman tema ni huhuhu. Since cuti sekolah baru-baru ni semua adik beradik balik kampung, kami pun plan nak bawa anak-anak main air. Jadi yang paling dekat apalagi...The Carnival la.

Bertolak dari rumah dalam pukul 9.20 pagi dan sampai dalam pukul 10.05 pagi. Masa sampai pun dah ada orang beratur beli tiket. So settle beli tiket, kami pun cari 'port' yang sesuai untuk letak barang-barang dan bersantai. Kami pilih gazebo depan kolam kanak-kanak.


Dekat sini boleh dikatakan ada lima bahagian utama iaitu pool untuk kanak-kanak, slide untuk kanak-kanak (gambar atas), slide untuk orang dewasa ada dua jenis dan kawasan yang berombak ala-ala pantai. Kalau nak diikutkan yuran untuk orang dewasa (masa weekend atau cuti umum & cuti sekolah) ialah RM30 dan kanak-kanak RM24. Tapi hari tu adik ipar saya bayarkan dulu utuk semua orang, then bila saya tanya untuk bayar balik dia kata untuk dewasa RM28, kanak-kanak RM23. Tak tahulah ada diskaun kot hari tu:)

Overall memang ok la tempat tu sebab harga pun berpatutan, pelampung tak perlu sewa, gerai jual makanan pun ada pelbagai, tempat salin baju pun besar dan selesa dan the whole area tak besar sangat...tak la letih nak ikut anak-anak yang aktif ke sana sini. 

Dah pukul 3 panas terik pun budak-budak ni tak mau balik. Susah betul nak suruh naik mandi dan tukar baju. Lepas dah settle semua dalam pukul 3.30 kami pun gerak dari situ. Budak-budak memang happy la sampai 'sun burn' kulit pun tak peduli dah. Jadi sesiapa kat area utara tu atau yang pegi melancong ke utara tu bolehlah pegi taman tema The Carnival ni ok.











No comments:

Post a Comment