Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Tuesday 23 September 2014

Supermokh teater muzikal

Assalamualaikum

Ahad lepas sempat pegi tengok teater muzikal di Istana Budaya. Ni first timelah kiranya pegi tengok teater kat situ. Selama ni tak berkesempatan nak pegi walaupun teringin. Tapi kali ni disebabkan dapat tiket free, laju je pegi dengan anak sulung. Dapat dua tiket je so hubby tolong tengokkan the girls kat rumah. Thanks dear:)

Tiket free!

Dalam 3.05 petang teater pun bermula. Cerita berkisar tentang kehidupan peribadi Mokhtar Dahari, pekerjaan beliau sebagai kerani di PKNS, persaudaraan beliau bersama rakan-rakan seperjuangan seperti Riduan Abdullah, Santokh Singh, R. Arumugam dan Soh Chin Aun dan jatuh bangun beliau dalam arena bola sepak pada tahun 1970-an hingga 1980-an. Dalam teater ni ditonjolkan semangat Mokhtar Dahari yang kuat dan setia dengan pasukan Selangor khususnya dan Malaysia secara amnya.

Antara pelakon yang menjayakan teater ialah Awie (Mokhtar Dahari), Rashidi Ishak (Riduan Abdullah), Maya Karin (isteri Mokhtar Dahari), Dina Nadzir (kawan baik isteri MD) dan Douglas Lim (peminat fanatik MD). Penampilan khas Hans Isaac dan Harith Iskandar. Tengok barisan pelakon pun dah hebat...yes memang lakonan dan jalan cerita teater ni juga hebat. Tak jemu pun tengok selama 3 jam...ada 15 minit interval masa pukul 4 lebih. Secara peribadi, saya sangat suka teater Supermokh ni sebab jalan cerita yang menarik serta banyak lawak jenaka, nyayian pun sedap dan yang paling best ada satu bahagian tu memang saya kagum. Haaa...ni memang rugi siapa yang tak tengok sebab susah nak explain secara bertulis. Ada juga satu part yang agak sedih di mana pada zaman kejatuhan beliau sekitar tahun 1979, beliau difitnah menerima rasuah dan dikutuk oleh pengkritik sukan sehingga beliau meletak jawatan. Tapi kerana sangat cintakan sukan bola sepak beliau kembali ke padang pada tahun 1981.

Sebenarnya kalau dilihat kembali sedih juga perjalanan hidup beliau kerana hanya beberapa tahun selepas bersara (tahun 1985), beliau disahkan mengidap penyakit Nueron Motor. Mendapat rawatan di London, namun Allah lebih sayangkan beliau..meninggal dunia pada umur 37 tahun iaitu pada 11 Julai 1991. Al-fatihah untuk arwah Mokhtar Dahari...pemain bola sepak yang telah mengharumkan nama negara satu ketika dulu. Tahniah kepada pihak produksi teater Supermokh Sebuah Muzikal kerana berjaya mempersembahkan teater ini dengan baik dan berkesan.

Next time kalau ada teater yang menarik saya ingin kembali ke Istana Budaya. Insya-allah anak-anak pun boleh bawa sekali jika ada cerita yang menarik dan sesuai untuk umur mereka.


Awie berjaya membawa watak Mokhtar Dahari

Fahim happy dapat tengok teater

Barisan pelakon yang menjayakan teater ini
Jom kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah kepada arwah Mokhtar Dahari.

No comments:

Post a Comment