Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Tuesday 16 September 2014

Waterfall...

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Selamat Hari Malaysia. Musim cuti sekolah ni mesti ramai yang bawa keluarga jalan-jalan. As for us, we all balik kampung je. Ni nak cerita aktiviti pagi semalam. Cadangnya pukul 7 pagi dah nak keluar rumah tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan pukul 9 baru keluar. Huhuhu...

Memang dah lama nak bawa anak-anak pegi Waterfall ni. Orang Penang panggil Waterfall tapi sebenarnya nama sekarang Taman Botani, dekat-dekat area Tanjung Tokong. Sini kalau kita sampai awal pagi mesti lagi best sebab matahari pun tak berapa panas...mesti sejuk nyaman je. Walaupun masa kami sampai dah panas sikit tapi bila jalan di kawasan yang banyak pokok rimbun, rasa dingin tu masih ada. Ada anak sungai yang mengalir...best je dengar air yang mengalir. Kami pusing satu round besar.

Hajat anak-anak nak tengok monyet tercapai jugak tapi sekarang dah tak berapa banyak. Ada satu bahagian je monyet-monyet dok bergayut pada dahan pokok. Ada juga yang berlari-lari sambil anak mereka bergayut pada bahagian perut si ibu. Kalau yang tak larat nak jalan, perkhidmatan tram disediakan jugak. RM2 utuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak tapi dia tak la bawa pergi ke bahagian atas-atas...just satu round besar yang sama macam kami jalan tu je. Next time balik Penang nak make sure we all semua pakai sport shoes dan boleh explore lebih banyak kawasan. Memang best boleh tengok pelbagai spesis tumbuhan dan nikmati keindahan alam semulajadi. Jom layan antara gambar-gambar yang sempat saya snap...


Kat pintu masuk

Seronok adik dan kakak 

Siblings

Suka pokok rimbun kat belakang tu

Pokok ni memang unik

Antara jenis pokok palm...cantik!

Daun ni best bentuk dia

Air yang masih jernih
Siapa yang jalan-jalan ke Penang tu boleh la singgah sini ye. Tak rugi tau...

No comments:

Post a Comment