Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Wednesday, 17 September 2014

Tips tambahkan berat badan

Assalamualaikum

Selama ini ramai yang asyik membincangkan masalah obesiti dan cara yang efektif untuk menurukan berat badan atau mendapat berat badan ideal. Jarang orang perkatakan tentang cara-cara untuk meningkatkan berat badan.

Memang ada orang yang terlalu kurus dan berusaha untuk meningkatkan berat badan mereka. Tetapi golongan tersebut tidaklah terlalu ramai. Tapi ini tidak bermakna tiada orang yang perlukan tips untuk menambah berat badan. Jom kita tengok antara tips yang boleh diguna pakai...

1. Perbanyakkan makanan yang tinggi kalori, protien dan garam galian.
– gantikan nasi dengan roti. Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh mengambil nasi dan sejam kemudian roti

2. Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari.
– pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan. Lebih elok mengambil snek seperti sandwich, kekacang, biskut, minuman bersusu, jus, keju, buah-buahan kering dan kentang lenyek.

3. Makan secara kerap.
– ambil hidangan yang sihat. Amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat, tetapi melambatkan proses peigkatan metabolisme tubuh.

4. Pada waktu pagi, ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protien yang tinggi
– minum satu gelas susu, roti atau telur separuh masak.

5.Melakukan senaman secara teratur.
– lakukan senaman senaman bina badan, angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap tiga atau empat kali seminggu. Pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan

6. Selepas selesai senaman, boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi.
– ambil makanan yang mempunyai sumber protien dan karbohidrat. Ini untuk mengantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.

7. Mengamalkan pemakanan mengikut panduan piramid makanan.
– lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kecuali gula, minyak dan lemak dalam makanan

8. Sokongan suplemen yang boleh membantu meningkatkan berat badan.
- antaranya Meal Shakes, B complex dan Vitalea


Meal Shakes 
Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Meal Shakes penting untuk menambah berat badan yang mana ia membantu menambah selera makan. Walaupun kita kurang makan namun pengambilan Meal Shakes ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga.

Vita-Lea 
Membekal 28 jenis vitamin dan mineral penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Badan yang kekurangan vitamin juga susah untuk membantu penambahan berat badan seseorang. Jadi asas utama seseorang perlulah mengambil multivitamin untuk menampung kekurangan nutrisi dalam badan.

B-Complex 
Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. Mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, menigkatkan selera makan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Bagi yang berminat, boleh hubungi saya ye...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

No comments:

Post a Comment