Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Friday 12 September 2014

Jump Street...tempat riadah seisi keluarga

Assalamualaikum

Semalam sempena hari terakhir cuti UPSR, saya bawak anak-anak pegi melompat kat Jump Street, Seksyen 13, PJ. Ikut Waze, 35 minit sampai. Kami ambil session pukul 12 tengah hari. Actually ada sorang kawan pun join bawa anak-anak dia jugak.

Tempat tu luas, facilities macam cafe, surau, toilet & loker disediakan. Jadi memang selesa dan sesuai bawa famili. Masa dan bayaran memang dikira per hour. Jadi haritu kami sampai pukul 11.40 jadi kena tunggu sesi pukul 12. Sebelum tu kena register, buat payment, beli stokin khas dan saya sewa satu loker untuk simpan barang-barang.

Jadi pukul 12 kami pun start melompat hehehe...memang enjoy la budak-budak ni. Orang dewasa pun boleh join tau, bukan budak-budak je. Anak-anak saya yang umur 4&5 tahun tu dalam 30 minit dah penat. Yang kakak tu dah tak nak main sangat tapi si adik tu boleh bertahan sampai sejam. Semangat dia melompat tapi air satu tumbler tu habis la...main sekejap nak minum air...mau tak dahaga ye tak?

Kalau yang berminat boleh check website diorang https://jumpstreetasia.com/ atau facebook https://www.facebook.com/JumpStreetAsia. Boleh tengok harga tiket dan sebagainya. Kami pergi hari Khamis (dikira sebagai 'peak session') so sorang kena bayar RM25 + RM4.50 untuk Grip socks. Boleh juga kalau nak beli 'multi-visit passes'...lebih murah. 

Yang pastinya Jump Street adalah tempat yang sesuai untuk beriadah bersama-sama ahli keluarga. Tapi kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke atas sahaja dibenarkan bermain ye. Saya cadangkan kalau nak pergi elok pergi on weekdays sebab tak berapa ramai. Jom layan gambar-gambar kami di Jump Steet...









No comments:

Post a Comment