Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Monday, 28 April 2014

Cara efektif untuk kejut anak bangun pagi

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Hari ni nak kongsi tips parenting pula. Maklum la ramai antara kita ada anak-anak yang masih bersekolah. Rasanya tanggungjawab harian yang paling mencabar ialah nak kejutkan anak-anak bangun pagi untuk ke sekolah terutamanya kanak-kanak yang masih kecil. 

Setakat ni saya tak la rasa susah sangat nak kejut anak-anak yang berumur 4 & 5 tahun untuk ke tadika. Biasanya saya akan kejutkan mereka pada pukul 7.45pagi. Dah bangun terus ajak ke toilet untuk mandi. Lepas dah bersiap, suapkan breakfast. Selalunya mereka berdua ni makan cereal atau roti saja. Lagi 10 minit sebelum kelas mula, baru kami gerak dari rumah. 

So sekarang saya nak share tips bagaimana nak kejutkan anak-anak yang masih kecil ni supaya senang bangun pagi. Yang dah sekolah rendah tu rasanya tak la susah sangatkan? Antara yang boleh diamalkan ialah:

  • Beri anak-anak makan malam awal sedikit sekitar pukul 7 malam. 
  • Kurangkan aktiviti yang aktif sebelah malam. Kalau boleh pukul 9 tu dah tutup televisyen. Boleh baca buku atau siapkan kerja sekolah.
  • Masuk tidur awal. Pukul 10 saya dah ajak anak-anak masuk tidur. Jadikan ini sebagai rutin. Jangan biarkan anak tidur tak tentu masa.
  • Sebelum tidur tu pesan pada anak supaya esok dapat bangun dengan mudah bila kita kejutkan. 
  • Peluk dan cium sebelum mereka tidur. Mereka akan rasa happy dan bersemangat.
  • Pastikan mereka tidak tidur petang terlalu lewat dan terlalu lama. Kalau anak-anak biasa tidur petang, biarkan mereka tidur dalam sejam antara pukul 2-5 petang.
  • Kalau dah kejut tapi taknak bangun juga, beritahu mereka yang hari ni ada aktiviti menarik di sekolah. Mereka akan lebih teruja untuk ke sekolah. Ataupun boleh cakap yang Si A (kawan baik anak) sedang menunggu dia di sekolah.
  • Apabila ada hari yang anak anda senang bangun, puji sikap dia yang baik tu.
  • Selalu berdoa supaya Allah permudahkan segala urusan kita.


Inilah antara tips yang saya sendiri amalkan. Para ibu di luar sana boleh la guna kalau nak cuba. Semoga anak-anak kita dapat membesar dengan baik dan menjadi anak yang taat kepada perintah Allah...

Sekian tips untuk hari ini...


1 comment:

  1. Assalam. tq yer singgah blog Alycia ;)

    Alhamdulilah, anak Alycia senang bgn pagi walaupun tido lmbt...

    ReplyDelete