Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Thursday 5 February 2015

Taekwondo class

Assalamualaikum...

Hari Ahad 1 Februari baru ni berkesempatan daftarkan anak sulung, Fahim untuk kelas Taekwondo. Sebenarnya dah lama dari tahun lepas nak masukkan dia ke kelas martial art tapi tak jumpa tempat yang sesuai. Kebetulan hujung tahun lepas ada seorang kawan bagitau anak dia belajar Taekwondo di Bukit Jelutong jadi kami pun start la tahun ni. Rupanya Master Jeg bagitau kat Bukit Subang pun ada buat kelas...baguslah lagi dekat dengan rumah.

Pada pendapat saya zaman sekarang ni memang perlu untuk hantar anak-anak ke kelas seni mempertahankan diri tak kira lelaki atau perempuan. Banyak sangat kes-kes yang sangat ditakuti jadi dengan adanya ilmu mempertahankan diri harapnya anak-anak dapat protect diri sendiri jika ada sesuatu berlaku. Minta dijauhkanlah semua perkara yang tak baik tu kan. 

Kelas Fahim diadakan setiap hari Ahad pukul 5.15 petang hingga 7.15 petang di Dewan MBSA, Bukit Jelutong. Dewan tu luas, selesa dan bersih. Bayaran pendaftaran ialah RM50 dan yuran bulanan pun RM50 sahaja. Uniform kena beli sepasang je...harga RM80. 

Pertengahan tahun ni atau tahun depan nak start hantar kakak dan adik pulak. Biar diorang belajar dari kecil...wajib belajar sampai dapat black belt ok! All the best untuk anak mama...semoga dapat belajar dengan baik dan praktikkan ilmu yang diperolehi.


First class

1 comment: