Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Monday 23 February 2015

KLCC sky bridge dan tingkat 86

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Mesti banyak aktiviti sepanjang cuti 4 hari ni kan? Saya pun agak sibuk ke sana sini sebab parents datang sini so banyak la aktiviti dengan diorang dan adik-beradik. Antara aktiviti yang menarik ialah naik sky bridge KLCC dan tingkat 86 dan dapat tengok view Lembah Klang. Memang menarik...dah berbelas tahun KLCC tu siap, tahun ni baru berpeluang naik atas tu.

A day before husband beli tiket and of course dapat diskaun sebab dia keje situ hehehe. Kalau dewasa yang ada MyKad harga tiket RM25 dan kanak-kanak pulak RM12. Tapi kalau yang takde MyKad harga tiket RM80...huhu mahai tu! Tapi pelancong asing kaya-kaya...mampu la nak bayar banyak tu. Siapa yang nak bawak maid bukan warga Malaysia tu pikir-pikir la dulu ye.

Hari Khamis tu kami sampai KLCC dalam pukul 11.45 pagi...tiket pukul 12.15 tengah hari. Bila beratur sebelum nak masuk tu diorang akan bagi tag sorang satu. Satu group satu warna jadi senang diorang nak monitor. Masuk kat dalam je ambil gambar group by group...kiranya kami satu 'big family' la...nak keluar nanti boleh la beli kalau nak...dua keping saiz kecil sikit dari A4 tu RM100. Lepas tu kena tunggu sekejap untuk diberi penerangan tentang sekuriti...


Penerangan thru hologram


Senang je diorang bagi penerangan...pasang hologram projektor halakan ke arah tepi dinding yang keluar 'smoke hologram' tu then keluar la image tu...bagi penerangan untuk semua pelawat. Lepas dah settle, naik lif ke tingkat 41. Menariknya bila dalam lif ni di sekeliling dia kita akan nampak bangunan macam kita tengok di luar cermin jadi bila dah naik tingkat yang tinggi nampak putih je la...awan la tu hehe. Jadi lift tu akan stop di level 41...sky bridge ni ada dua level...tingkat 41 untuk orang awam, tingkat 42 untuk staf Petronas. Bridge ni panjangnya 58.4 meter. Sebelum diberi masa selama 10 minit berada atas bridge tu, kena dengan sikit penerangan dari staf diorang dulu. Lepas tu barulah sesi 'viewing' dan 'posing'.



Sky bridge level 41

Fahim dengan tokwan dan tok umi

Our lovely family

Lepas dah cukup 10 minit, staf di situ akan panggil ikut warna tag kita. Semua kena berkumpul di satu tempat untuk naik lif ke tingkat 83. Lepas tu kena tukar lagi satu lif ke tingkat 86. Haaaa...di sini kita ada 20 minit untuk tengok pemandangan, ambil gambar dan menikmati keindahan Lembah Klang ewahhh...Lepas 20 minit macam biasa la kena panggil dah untuk turun bawah...kat bawah akan lalu souvenier shop...macam-macam ada kat situ..siapkan duit je. Jom layan pemandangan sekitar Lembah Klang...memang nampak jelas la Lembah Klang ni memang dikelilingi oleh bukit...kalau tak mana orang nak panggil Klang Valley ye tak?












Lepas dah selesai, apa lagi cari makan la pulak...tak tau nak pegi mana pulak sebab public holiday banyak restoran yang tutup. Foodcourt KLCC pun ramai yang amat. Last-last pegi Restoran Sawarabina dekat area Jalan Semarak. Makan apa? Nasi Arab la...kami ambil yang family plate ayam dan kambing...memang besar sangat portion dia sampai tapau bawak balik pun tak larat habis.


Nasi berempah dengan kambing

Nasi ayam Mandy


No comments:

Post a Comment