Hari ni nak berkongsi satu produk Shaklee iaitu magic cream. Haaa sebelum ni dah pernah cerita pasal 'Tonik Ajaib' tapi hari ni 'Krim Ajaib ' pulak. Tak lain dan tak bukan Herbal Blend Shaklee yang sentiasa 'hot' dan menjadi kesukaan ramai. Bayangkan kadang-kadang 2-3 bulan stok takde tapi bila Shaklee annouced je dah ada balik tak sampai setengah hari stok dah habis. Ada yang borong 100 tiub...mana la tak habis cepat. Maknanya ramai la customer yang ternanti-nanti Herbal Blend ni kalau out of stock.
Bagi saya, Herbal Blend ni patut ada di setiap rumah sebab ia mempunyai pelbagai kegunaan. Lagipun harganya murah sangat rm27.50 je satu tiub. Herbal Blend diperkayakan dengan ekstrak semula jadi seperti Rosemary, Chamomilla, minyak jagung, dan Salvia. Selain itu krim ini bebas paraben tau dan satu tiub mengalami 4oz ataupun 113gram. Ianya dingin, bermentol dan tidak berminyak...bila pakai tu rasa sejukkkk je...
Antara kebaikan Herbal Blend adalah seperti berikut:
1. Merawat eczema dan gatal-gatal akibat gigitan serangga
Herbal Blend sangat berkesan dalam merawat kesan gigitan nyamuk atau serangga. Aak-anak saya kalau kena gigit nyamuk atau apa sekali pun mesti cepat-cepat suruh sapu krim ni sebab diorang dah tahu lepas sapu sekejap je dah baik. Untuk eczema pun sesuai jugak tau..cepat je radang kat kulit tu hilang. Taklah asyik menggaru je kan.
2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah
Ramai yang bimbang masalah tumit pecah ni terutamanya wanita. Masalah tumit kering dan pecah bukan sahaja berlaku kepada orang tua, tapi sesiapa sahaja boleh mendapat masalah ini. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu banyak berdiri dan berjalan. Cuma sapu pada bahagian tumit setiap malam sebelum tidur. Insya-allah anda akan mendapat kesan yang memuaskan.
3. Ubat luka atau melecur
Herbal Blend pun boleh digunakan untuk menggantikan minyak gamat. Seeloknya kena ada satu Herbal blend dalam setiap rumah, bila ada luka je, cepat baik. Untuk luka, kesan calar akibat cakaran kucing atau terkena benda panas. Lepas ni terkena pisau ke cepat-cepat sapu Herbal Blend.
4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, Herbal Blend dapat membantu untuk merawat luka di bahagian puting. Memang sakitkan nak teruskan penyusuan kalau dah terluka ni. Jangan risau, Herbal blend ni sangat natural, tidak mengandungi bahan kimia dan tentunya selamat untuk bayi.
5. Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox, campak atau parut lain, cuba sapukan Herbal Blend. Insya-allah parut akan cepat pudar.
6. Ruam pada bayi
Bayi memang selalu kena ruam lampin atau ruam susu sebab kulit mereka terlalu sensitif. Selalunya kalau jumpa doktor atau pergi farmasi mesti dapat Hydrocorte tapi tak elok la pakai selalu sebab ada steroid kan? To be safe gua Herbal Blend ni je senang dan sagat berkesan.
7. Kegatalan (alergik)
Ada yang elergik pada makanan terutamanya seafood. Lepas makan sotong atau udang je mulalah menggaru. Nak makan boleh tapi kena berpada-pada tapi kalau dah datang gatal-gatal tu sapu je Herbal Blend ok.
8. Losyen harian
8. Losyen harian
Herbal Blend sesuai dijadikan krim harian terutama yang seharia duduk dalam aircond...kulit mesti kering kan? Jadi rajin-rajinlah sapu krim ni agar kulit sentiasa lembut. Herbal Blend tidak berminyak sebalikya nyaman dan selesa.
No comments:
Post a Comment