Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.
Showing posts with label set sendi. Show all posts
Showing posts with label set sendi. Show all posts

Tuesday, 10 February 2015

Keberkesanan AJHT

Assalamualaikum...

Bagi mereka yang sering sakit lutut, sakit belakang dan sakit sendi memang elok sangat amalkan AJHT ni...ramai yang bagi feedback dapat rasa keberkesanannya seawal 5 hari ambil AJHT. Apa bahan yang terkandung dalam AJHT yang menjadikannya begitu berkesan?

Ekstrak Boswellia yang berfungsi menyokong keselesaan sendi. Ia berfungsi menghalang pembentukan bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. Ia digunakan dalam perubatan ayurveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya.



Ekstrak jagung yang berfungsi sebagai kusyen antara sendi. Ia membekalkan sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi dalam meningkatkan sokongan kusyen sendi dan memelihara tulang rawan. Glukosamina merupakan komponen utama membina tulang rawan dan lendir bagi melicinkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen. Namun, semakin tubuh menua, jumlah glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh semakin merosot. Banyak kajian yang diterbitkan menunjukkan yang supplement ekstrak jagung dapat menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksibel. 



Zink, tembaga, mangan & vitamin c berfungsi dalam memilihara tisu penyambung yang sihat. Ia adalah nutrien penting dalam kesihatan sendi. Zink, tembaga, mangan dan vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberi kekuatan dan struktur terhadap sendi.




TESTIMONI











Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Thursday, 24 July 2014

Slip Disc dan Shaklee

Assalamualaikum

Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesihatan yang baik sepanjan bulan Ramadhan ni. Kesihatan merupakan satu nikmat dan rezeki yang selalu kita lupa. Ramai yang menggangap rezeki hanya jika kita kaya dan mewah. Sebenarnya kekayaan adalah rezeki dan juga dugaan dariNya. Ada orang yang kaya harta tapi miskin jiwa. Tapi ada yang kaya jiwa tapi miskin harta. Anda dalam kategori mana? Apapun kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada terutamanya kesihatan yang baik, makan minum yang mencukupi dan anak-anak yang sihat dan cerdik. Sama-samalah kita berdoa dan meningkatkan amalan di penghujung Ramadhan ni. Semoga segala amalan kita diterima Allah...

Hari ni saya nak berkongsi tentang slip disc. Sebenarnya ramai yang mengalami slip disc tapi tidak menyedarinya. Kadang-kadang tu rasa sakit tapi hanya sangkakan sakit sendi biasa dan tidak mendapat rawatan lanjut. Sebenarnya slip disc ni tiada ubat tetapi terdapat cara yang tertentu atau suplemen yang dapat mengurangkan kesakitan dan memberi lebih keselesaan.

APA ITU SLIP DISC?

Slip disc secara ringkas bermaksud tulang belakang yang “teralih” atau “mengelongsor dari kedudukan asal. Ini disebabkab oleh gel antara tulang yang berfungsi menyerap tekanan telah bocor seterusnya mengakibatkan alihan. Apabila ini terjadi, tulang akan menekan pula saraf-saraf yang mengawal anggota badan seperti kaki, tangan dan leher. Kesakitan melampau menyebabkan anggota badan menjadi kebas pergerakan akan terbatas.


PUNCA SLIP DISC TERJADI

  • cara mengangkat beban yang salah
  • selalu mengangkat beban yang terlalu berat
  • orang yang pernah terjatuh tetapi tidak mendapatkan rawatan
  • duduk atau baring pada postur yang tidak betul
  • kecederaan ketika bersukan
  • pernah mengalami kemalangan yang melibatkan tulang belakang
  • berat badan yang berlebihan

CARA MERAWAT SLIP DISC

1) Physiotherapy – menjalani sesi dengan pakar yang menunjukkan kaedah senaman yang betul untuk menguatkan otot. Ini termasuklah sesi rawatan menggunakan tuala panas pada bahagian sakit.
2) Stereoid – Untuk kesakitan biasa, suntikan stereoid dapat menguatkan otot belakang dan mengurangkan kesakitan.
3) Pembedahan – Ini adalah langkah terakhir di mana bahagian tulang dan disc yang terkeluar akan dikikis. Untuk kes yang lebih serius, kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang.

Selain daripada kaedah-kaedah di atas, suplemen Shaklee juga mampu membantu mereka yag mengalami masalah ini. Ramai yang berpuas hati setelah mengamalkan Set Sendi Shaklee bersama Vivix.



ADVANCE JOINT HEALTH TABLET
- memelihara ligament (tisu penyambung) yang sihat.
- menyokong keselesaan sendi.
- meningkatkan kesan kusyen.

OSTEMATRIX
- Sumber kalsium yang penting untuk kesihatan tulang,otot dan ligamen.
- Magnesium membantu penyerapan kalsium dan membantu menguatkan tulang.
- Vitamin D merangsang penyerapan kalsium.

OMEGA GUARD
- Mengurangkan inflamasi atau radang akibat sakit sendi.
- Bertindak sebagai pelincir pada sendi.

VIVIX
- Merupakan agen anti penuaan yang menjaga keanjalan struktur disc tulang belakang dan mengurangkan risiko slip disc.
- Menyokong kesihatan sendi.
- Menyokong kesihatan menyeluruh.

Set sendi ini juga sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sendi selain dari slip disc. Apa yang penting, produk Shaklee selamat, halal dan berkesan...semestinya tiada kesan sampingan seperti steroid atau ubat-ubatan lain.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com