Kenapa tidur yang cukup penting? Kenapa ramai orang yang tak mendapat tidur yang berkualiti? Bila tidur tak cukup pelbagai masalah akan timbul tak kira dari segi emosi atau kesihatan. Jika seseorag tidak mendapat tidur yang cukup untuk tempoh tertentu, ianya boleh membawa maut. Kenapa perlu tidur yang mencukupi? Sebab masa kita tidurlah otak dapat berehat, sel-sel yang rosak dapat diperbaharui dan hormon-hormon tertentu dapat dikeluarkan. Haaaa...penting tu dapat tidur yang cukup dan berkualiti. Apakah cara-cara yang sesuai untuk kita amalkan agar kita mendapat tidur yang berkualiti?
- Bangun awal pagi.
- Elak dari bersenam ketika hampir waktu tidur.
- Bersenam secara konsisten.
- Sentiasa kekalkan waktu tidur yang teratur.
- Set masa tidur yang sesuai.
- Bangun pada waktu yang sama setiap hari.
- Elakkan atau kurangkan waktu kerja shif.
- Tutup TV dan komputer sejam sebelum tidur.
- Sediakan tempat tidur yang selesa dan tenang
- Ritual yang menenangkan jika perlu.
- Beri perhatian dengan apa yang dimakan terutama pada waktu malam.
- Jauhi makan makanan yang berat pada waktu malam.
- Jangan tidur ketika perut terlalu lapar.
- Kurangkan minuman berkafein.
Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com
No comments:
Post a Comment