Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.
Showing posts with label ekzema. Show all posts
Showing posts with label ekzema. Show all posts

Thursday, 22 January 2015

Herbal blend krim serbaguna

Assalamualaikum...

Hari ni nak berkongsi satu produk Shaklee iaitu magic cream. Haaa sebelum ni dah pernah cerita pasal 'Tonik Ajaib' tapi hari ni 'Krim Ajaib ' pulak. Tak lain dan tak bukan Herbal Blend Shaklee yang sentiasa 'hot' dan menjadi kesukaan ramai. Bayangkan kadang-kadang 2-3 bulan stok takde tapi bila Shaklee annouced je dah ada balik tak sampai setengah hari stok dah habis. Ada yang borong 100 tiub...mana la tak habis cepat. Maknanya ramai la customer yang ternanti-nanti Herbal Blend ni kalau out of stock.

Bagi saya, Herbal Blend ni patut ada di setiap rumah sebab ia mempunyai pelbagai kegunaan. Lagipun harganya murah sangat rm27.50 je satu tiub. Herbal Blend diperkayakan dengan ekstrak semula jadi seperti Rosemary, Chamomilla, minyak jagung, dan Salvia. Selain itu krim ini bebas paraben tau dan satu tiub mengalami 4oz ataupun 113gram. Ianya dingin, bermentol dan tidak berminyak...bila pakai tu rasa sejukkkk je...

Antara kebaikan Herbal Blend adalah seperti berikut:

1. Merawat eczema dan gatal-gatal akibat gigitan serangga

Herbal Blend sangat berkesan dalam merawat kesan gigitan nyamuk atau serangga. Aak-anak saya kalau kena gigit nyamuk atau apa sekali pun mesti cepat-cepat suruh sapu krim ni sebab diorang dah tahu lepas sapu sekejap je dah baik. Untuk eczema pun sesuai jugak tau..cepat je radang kat kulit tu hilang. Taklah asyik menggaru je kan.

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah

Ramai yang bimbang masalah tumit pecah ni terutamanya wanita. Masalah tumit kering dan pecah bukan sahaja berlaku kepada orang tua, tapi sesiapa sahaja boleh mendapat masalah ini. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu banyak berdiri dan berjalan. Cuma sapu pada bahagian tumit setiap malam sebelum tidur. Insya-allah anda akan mendapat kesan yang memuaskan.

3. Ubat luka atau melecur

Herbal Blend pun boleh digunakan untuk menggantikan minyak gamat. Seeloknya kena ada satu Herbal blend dalam setiap rumah, bila ada luka je, cepat baik. Untuk luka, kesan calar akibat cakaran kucing atau terkena benda panas. Lepas ni terkena pisau ke cepat-cepat sapu Herbal Blend.

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu

Bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, Herbal Blend dapat membantu untuk merawat luka di bahagian puting. Memang sakitkan nak teruskan penyusuan kalau dah terluka ni. Jangan risau, Herbal blend ni sangat natural, tidak mengandungi bahan kimia dan tentunya selamat untuk bayi.

5. Menghilangkan parut

Kalau ada parut akibat chicken pox, campak atau parut lain, cuba sapukan Herbal Blend. Insya-allah parut akan cepat pudar.

6. Ruam pada bayi

Bayi memang selalu kena ruam lampin atau ruam susu sebab kulit mereka terlalu sensitif. Selalunya kalau jumpa doktor atau pergi farmasi mesti dapat Hydrocorte tapi tak elok la pakai selalu sebab ada steroid kan? To be safe gua Herbal Blend ni je senang dan sagat berkesan.

7. Kegatalan (alergik)

Ada yang elergik pada makanan terutamanya seafood. Lepas makan sotong atau udang je mulalah menggaru. Nak makan boleh tapi kena berpada-pada tapi kalau dah datang gatal-gatal tu sapu je Herbal Blend ok.

8. Losyen harian

Herbal Blend sesuai dijadikan krim harian terutama yang seharia duduk dalam aircond...kulit mesti kering kan? Jadi rajin-rajinlah sapu krim ni agar kulit sentiasa lembut. Herbal Blend tidak berminyak sebalikya nyaman dan selesa.




Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com


Saturday, 20 December 2014

Siapa perlukan Omega-3?

Assalamulaikum


Ramai yang sedia maklum Omega-3 (DHA & EPA) sangat penting untuk perkembangan otak kanak-kanak. Kalau kita perhatikan susu formula anak-anak mesti terdapat kandungan DHA, EPA, AA, SA dan macam-macam lagi. Walau bagaimanapun, sebenarnya banyak lagi manfaat Omega-3 kepada semua golongan. Jom kita baca dulu kelebihannya...

1. Ibu hamil

Omega 3 sangat membantu:
  • untuk perkembangan otak bayi semasa di dalam kandungan
  • mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang
  • mengurangkan risiko gila meroyan selepas bersalin
  • mengawal kenaikan berat badan yang akan mencanak naik semasa hamil

2. Ibu menyusu

Omega 3 membantu:
  • tingkatkan sistem imunisasi badan bayi serta membantu perkembangan otak kanak-kanak
  • untuk penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan

3. Kanak-kanak

Omega 3 membantu:
  • pertumbuhan badan yang sihat selain meningkatkan kecerdasan otak
  • memperkuatkan sistem imunisasi badan terutamanya untuk kanak-kanak yang sering demam, selsema, batuk, asma dan ekzema

4. Mereka yang ada masalah berat badan

Omega 3 membantu:
  • pembakaran lemak dalam badan lebih cepat berbanding lecithin
  • meningkatkan hormon leptine yang mana ia sangat membantu dalam mengawal selera makan

5. Mereka yang ada masalah kesihatan

Omega 3 membantu :
  • mengurangkan batuk dan selsema
  • menyihatkan paru-paru
  • memperkuatkan sistem imunisasi tubuh badan
  • merendahkan kolestrol
  • mengembalikan kenormalan tekanan darah tinggi

6. Golongan wanita yang mementingkan kecantikan

Omega 3 membantu:
  • mendapatkan kulit wajah yang cantik
  • mengimbangi perubaan dan kepekatan hormon PMS wanita
  • melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  • membantu menentang kanser paru-paru, payudara
Memang banyak manfaat Omega-3 dalam kehidupan seharian kita. Satu botol boleh dikongsi bersama semua ahli keluarga. Di dalam Omega Guard Shaklee terkandung 90% Omega-3 dan ianya adalah yang paling tinggi jika dibandingkan dengan produk lain di pasaran. Berikanlah yang terbaik untuk keluarga anda!




Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com