Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.
Showing posts with label zinc complex. Show all posts
Showing posts with label zinc complex. Show all posts

Monday, 2 March 2015

Promosi Mac sudah datang...

Assalamualaikum...

Bulan ni bulan ESP, Zinc Complex dan Vitalea for Children pulak. Bagi pencinta ESP memang lompat happy la sebab dapat harga murah lagi bulan ni. ESP memang best sebab dia macam suplemen for all dan boleh dikatakan suplemen untuk semua masalah kesihatan. Nak cantik dan nak kurus pun boleh ambil ESP ni.

Zinc Complex ni antara suplemen yang murah tetapi banyak sangat manfaat. Ramai yang tak tahu kelebihannya. Saya suka sangat zink ni sebab banyak membantu masalah rambut gugur yang saya alami. Jom kita lihat apa lagi kelebihan zinc complex...

  • Penjagaan Kulit : Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.
  • Ekzema : Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
  • Jerawat : Mineral ini adalah penting untuk memulihkan jerawat. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  • Penyembuhan luka : Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
  • Gangguan Prostat : Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
  • Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
  • Kehamilan : Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
  • Pembiakan : Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
  • Fungsi Biologi : Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
  • Jangkitan : Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  • Antioksidan : Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
  • Aturan Enzim : Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.
  • Kanser : Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
  • Kelesuan Kronik : Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk mengatasi keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
  • Botak : Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut
  • Kehilangan tulang : Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
  • Rabun Malam : Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Friday, 26 September 2014

Set bersalin ibu-ibu moden

Assalamualaikum

Since semalam ada kawan tanya tentang set bersalin, teringin nak buat entry jugak. Semenjak dua menjak ni memang sangat popular set bersalin Shaklee sebabnya mereka yang guna set hamil boleh sambung je dengan vitamin tu untuk pantang cuma tambah 2-3 produk je lagi.

Kenapa set bersalin Shaklee menjadi pilihan ibu-ibu masa kini? Antara sebabnya ialah:
  • Boleh digunakan sejurus selepas bersalin
  • Diteruskan penggunaan walaupun semasa bayi kuning (juandice) atau G6PD.
  • Digunakan untuk semua jenis kelahiran: Normal/Pembedahan/Pra-matang.
  • Membantu ibu pulih segera dari luka bersalin dan luka dalaman rahim.
  • Membantu untuk menambah semula darah yang banyak kehilangan semasa bersalin.
  • Memberi tenaga kepada ibu yang letih dan lesu selepas melahirkan anak dan yang perlu berjaga malam menjaga bayi.
  • Mengelakkan stress dan tekanan kepada ibu dan seterusnya mengelakkan daripada meroyan.
  • Mengawal keguguran rambut.

Set bersalin ni terdiri dari 3 jenis iaitu Set Bersalin Asas, Set Bersalin Optimum dan Set Bersalin Extra (Breasfeeding + Slimming). Apa bezanya? Set ni sebenarnya mengikut budget dan keperluan pengguna.

1) Set Bersalin Asas

Terdiri daripada Vitalea, Vita C Sustained Released, B Complex dan Zinc Complex.




2) Set Bersalin Optimum

Terdiri daripada Vitalea, Vita C Sustained Released, B Complex dan Zinc Complex, ESP dan Ostematrix.




3) Set Bersalin Extra (Breasfeeding + Slimming)

Terdiri daripada Vitalea, Vita C Sustained Released, B Complex dan Zinc Complex, ESP, Ostematrix, Alfalfa Complex dan Lecithin.


FUNGSI SETIAP PRODUK DALAM SET BERSALIN

VITALEA
  • Multivitamin terbaik yang lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh
  • Membantu ibu-ibu yang berpantang makan mendapat zat nutrisi sepenuhnya sepanjang tempoh berpantang
  • Mengandungi zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah bagi menggantikan kehilangan darah semasa bersalin
  • Membantu mengekalkan zat besi di dalam susu ibu pada paras yang selamat (untuk keperluan bayi di bawah 6 bulan)
  • Memberi stamina dan tenaga kepada ibu berpantang berjaga malam untuk menjaga bayi
VITA C 500mg SUSTAINED RELEASE
  • Bersifat “Sustained Release” iaitu 100mg Vitamin C dilepaskan setiap jam bagi memenuhi keperluan Vitamin C secara berterusan
  • Membina antibodi tubuh ibu berpantang dan bayi melalui penyusuan susu ibu
  • Membantu penyembuhan luka bersalin dengan cepat
  • Meningkatkan penyerapan zat besi ke dalam tubuh
B COMPLEX
  • Mengandungi 8 jenis vitamin B yang diperlukan olen tubuh
  • Sangat penting dalam menjaga kesihatan saraf
  • Memberi tenaga kepada ibu berpantang berjaga malam untuk menjaga bayi
  • Membantu mengelakkan ibu dari tekanan / meroyan
  • Meningkatkan tahap metabolisma ibu
ZINC COMPLEX
  • Sangat penting untuk membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran
  • Mengelakkan rambut ibu daripada gugur
  • ESP
  • Protein merupakan salah satu kandungan utama dalam susu ibu 
  • Ibu berpantang akan merasa lebih bertenaga dan lancar menghasilkan susu 
  • Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel badan
  • Memberi rasa kenyang yang lama
  • Memperbaiki kulit kusam dan tidak bermaya
OSTEMATRIX
  • Kalsium merupakan salah satu khasiat yang penting yang terkandung di dalam susu ibu
  • Mengelakkan masalah sakit belakang,  tulang dan gigi  
  • Bantu tingkatkan penghasilan susu ibu
  • Mengandungi Magnesium yang merupakan agen pelawas yang sangat baik yang dapat membantu mengatasi masalah sembelit yang sering dialami oleh ibu-ibu yang sedang berpantang
ALFALFA COMPLEX
  • Digelar 'raja segala tumbuhan' kerana terlalu banyak khasiat
  • Bertindak sebagai 'milk booster' yang menggalakkan pengeluaran susu ibu 
  • Agen detoks yang berkesan
LECITHIN
  • Dikenali sebagai PENGEMULSI semulajadi kerana ia mempunyai kesan 'melekat pada lemak' 
  • Menyebabkan lemak terapung dalam darah dan mencegahnya daripada melekat pada salur darah
  • Membantu mengelakkan ibu berpantang mendapat bengkak susu 
Kebanyakan feedback yang diberi oleh pengguna set bersalin ni ialah rasa sihat dan cergas, susu melimpah ruah, bayi tak meragam dan kurang rasa tertekan walaupun kena melayan kerenah anak-anak lain. Saya sangat syorkan mereka yang bakal bersalin mengambil set ini. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi dan memilih set yang sesuai dengan budget anda. Semoga anda dan bayi sihat-sihat selalu:)

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Friday, 11 July 2014

Tingkatkan kesuburan anda

Asslamualaikum

Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai bagi pasangan yang telah berkahwin. Memang seronok dengar pasangan yang baru dua tiga bulan kahwin dah berisi. Tetapi banyak juga pasangan yang dah lama berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Ada yang gigih berusaha dan ada juga yang sekadar menerima takdir yang mereka tidak boleh memiliki zuriat. Sebenarnya ada pelbagai cara dan ikhtiar yang boleh dilakukan oleh pasangan yang belum mempunyai anak...antara nak dengan tak je.

Teringat baru-baru ni ada terjumpa seorang kawan yang mengandung anak kedua selepas sebelas tahun. Rupa-rupanya bila dikorek-korek, selepas beberapa tahun mendapat anak pertama mereka memang berusaha untuk mendapat anak kedua tapi tidak berhasil. Apabila jarak dah agak jauh, mereka mula membuat pemeriksaan doktor dan mendapati ada yang tersumbat di saluran tiub fallopio. Jadi lepas di'gerudi' oleh doktor barulah beliau disahkan mengandung. Jadi kalau yang dah dua tiga tahun kahwin tapi masih belum berjaya mengandung, eloklah pergi berjumpa doktor untuk mengetahui masalah sebenar.

Selain itu faktor pemakanan juga boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan. Jadi jom kita tengok apakah makanan yang elok diambil unyuk mereka yang merancang untuk hamil.

Betik
Kaya vitamin C, merupakan antioksida yang baik untuk tubuh. Berupaya meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Vitamin C dan Vitamin E juga bermanfaat untuk melindungi sel-sel telur dari stress. Jadi amalkan buah betik dalam menu harian dan 500mg vitamin C untuk kesihatan.

Kerang
Kerang dan makanan laut yg tinggi zink kekurangan zink mempengaruhi kesuburan, baik wanita atau lelaki.Bagi lelaki, makanan laut boleh meningkatkan kualiti sperma.

Taugeh
Tinggi vitamin E dan antioksida. Vitamin E bagus untuk kesuburan dan keinginan seksual . Vitamin C dan Vitamin E juga bermanfaat untuk melindungi sel-sel telur dari stress. Disebabkan sifatnya yang tinggi antioksida, Vitamin E terbukti mampu melindungi membran sperma dari krosakan akibat oksidasi. Rosaknya DNA merupakan salah satu penyebab ketidaksuburan.

Sayur-sayuran hijau dan kekacang
Mengandungi folat yang penting untuk persediaan ibu hamil dan semasa mengandung. Digalakkan mengambil asid folik beberapa bulan sebelum merancang untuk hamil lagi.


Banyakkan minum air kosong dan kurangkan minuman berkafein. Selain daripada itu, pengambilan vitamin juga dapat membantu meingkatkan tahap kesuburan. Cadangan vitamin dari Shaklee adalah seperti berikut:

Untuk wanita

1. Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.


2. GLA Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Di samping itu, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Untuk lelaki

1. Vitamin E & Selenium

Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

2. Zinc Complex
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid). Secara keseluruhannya, zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal dan penyakit prostat.



Asmin Fahmi

012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Friday, 9 May 2014

Sukar hamil?

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Semoga semua sihat sejahtera di hari Jummat yang penuh barakah ni. Selepas berkahwin ramai yang inginkan zuriat tetapi semua itu adalah ketentuan Allah. Kita sebagai hambanya hanya perlu berusaha, doa dan tawakal. Tapi ada yang hanya berserah kepada takdir apabila dah lama menanti tapi masih belum dikurniakan zuriat. Patut ke macam tu?

Di zaman yang serba moden dan canggih ni pelbagai alternatif yang boleh diambil oleh pasangan yang sedang berusaha mendapatkan anak. Dari cara yang murah hinggalah kepada rawatan yang berpuluh ribu ringgit. Jadi kita boleh cuba berlandaskan cara yang kita suka dan budget yang kita ada. Insya-allah Tuhan tu maha penyayang dan maha mendengar...

Hari ni saya suka nak berkongsi tentang Set Kesuburan Shaklee yang alhamdullilah telah banyak membantu pasangan yang inginkan zuriat sendiri. Ada yang ambil 1-2 bulan sudah mendapat hasil tak kurang juga ramai yang konsisten selama beberapa bulan dapat hasil yang positif.

Set Kesuburan Shaklee bukan hanya untuk wanita tetapi lelaki pun mainkan peranan juga. Kalau kedua-dua pasangan sihat dan subur baru la senang persenyawaan berlaku. Set Kesuburan ni pun ada dua kategori iaitu basic set dan full set. Kenapa macam tu? Sebenarnya saya akan cadangkan set tertentu mengikut keperluan dan budget pelanggan. Sebab tu semua orang mampu guna produk Shaklee dan ia sebenarnya tak mahal kerana sesetengah vitamin tu boleh tahan sehingga 4-6 bulan.
Set Kesuburan paling basic

Set Kesuburan budget sederhana 

Set Kesuburan lengkap

VITAMIN ASAS UNTUK SUAMI ISTERI

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

VITALEA
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seorang dewasa. Pengambilan Vitalea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatan diri terlebih dahulu supaya berada pada tahap kesihatan yang terbaik.

VITAMIN C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita -C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dengan ovum.

B-COMPLEX
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 ( 40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

VITAMIN KESUBURAN UNTUK SUAMI

VITAMIN E
Terkenal sebagai 'vitamin cinta'. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran darah, mencegah pembentukan darah beku, membentuk sel-sel baru (termasuk RNA & DNA), ianya amat terkenal sebagai vitamin yang mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, kandungan Selenium yang cukup dapat membantu hubungan seksual yang lebih baik bagi lelaki.

ZINC COMPLEX
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukan hormon testosteron, membantu mengekalkan jumlah air mani, membantu mengekalkan paras testosteron yang bersesuaian, serta membekalkan tenaga untuk sperma agar lebih aktif berenang menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid). Secara keseluruhannya, zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal dan penyakit prostat.

VITAMIN KESUBURAN UNTUK ISTERI

GLA COMPLEX
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, Tiub Fallopio dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

ALFALFA COMPLEX
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

Jadi sebenarya amat penting untuk suami dan isteri berada dalam keadaan yang sihat sebelum perseyawaan berlaku. Semua vitamin di atas dapat membantu anda mencapai kesihatan yang optimum dan membantu tingkatkan peratus untuk hamil. Apa yang penting adalah cara pegambilan yang betul dan istiqamah dalam pengambilannya. Insya-allah hasrat anda untuk mendapat zuriat akan kesampaian. Kita usaha Allah menentukannya...

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi mengenai set yang sesuai...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com