Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.
Showing posts with label omega guard. Show all posts
Showing posts with label omega guard. Show all posts

Friday, 2 January 2015

Vivix untuk gout

Assalamualaikum

Semalam masa hadiri kelas bersama PM Cery ada satu slot untuk share testimoni diri sendiri atau pun customer. Saya teruja mendengar testimoni seorang SID tentang bagaimana Vivix membantu ayah beliau yang mempunyai gout. Ayah beliau dah sampai tahap perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak sebab terlalu sakit dan tak mampu nak pijak lantai. Bila dapat tahu Vivix mampu membantu, tanpa berfikir panjang, beliau pun beli sebotol Vivix. Bila habis dah minum setengah botol, ayah beliau dah dapat rasa perubahan, kaki dah kurang sakit dan dah boleh berdiri. Bila dah dekat 2 botol, alhamdullilah dah tak perlukan wheelchair. Memang lega sangat...yelah kan mana tak happy tengok kesihatan ayah sendiri bertambah baik. Di samping Vivix beliau juga beri Omega Guard sebab Omega juga bertindak sebagai anti-inflamasi.

Haaa...memang dua suplemen ni merupakan kombinasi yang terbaik untuk masalah gout. Tak rugikan kita cuba kalau dah ramai yang berjaya sembuh. Orang kata 'belum cuba belum tahu'. Sekarang kita tengok serba sedikit tentang penyakit gout...
  • Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Bagi yang nak cuba, inilah masa yang terbaik sebab tengah promosi. Beli 2 botol dapat 5% diskaun, free membership dan bonus tunai. Kalau ada budget lebih dan nak lebih jimat boleh terus ambil promosi beli 6 percuma 1 botol. Ini pun automatik dapat free membership dan bonus tunai yang lebih besar. Contact saya ok!




Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Saturday, 20 December 2014

Siapa perlukan Omega-3?

Assalamulaikum


Ramai yang sedia maklum Omega-3 (DHA & EPA) sangat penting untuk perkembangan otak kanak-kanak. Kalau kita perhatikan susu formula anak-anak mesti terdapat kandungan DHA, EPA, AA, SA dan macam-macam lagi. Walau bagaimanapun, sebenarnya banyak lagi manfaat Omega-3 kepada semua golongan. Jom kita baca dulu kelebihannya...

1. Ibu hamil

Omega 3 sangat membantu:
  • untuk perkembangan otak bayi semasa di dalam kandungan
  • mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang
  • mengurangkan risiko gila meroyan selepas bersalin
  • mengawal kenaikan berat badan yang akan mencanak naik semasa hamil

2. Ibu menyusu

Omega 3 membantu:
  • tingkatkan sistem imunisasi badan bayi serta membantu perkembangan otak kanak-kanak
  • untuk penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan

3. Kanak-kanak

Omega 3 membantu:
  • pertumbuhan badan yang sihat selain meningkatkan kecerdasan otak
  • memperkuatkan sistem imunisasi badan terutamanya untuk kanak-kanak yang sering demam, selsema, batuk, asma dan ekzema

4. Mereka yang ada masalah berat badan

Omega 3 membantu:
  • pembakaran lemak dalam badan lebih cepat berbanding lecithin
  • meningkatkan hormon leptine yang mana ia sangat membantu dalam mengawal selera makan

5. Mereka yang ada masalah kesihatan

Omega 3 membantu :
  • mengurangkan batuk dan selsema
  • menyihatkan paru-paru
  • memperkuatkan sistem imunisasi tubuh badan
  • merendahkan kolestrol
  • mengembalikan kenormalan tekanan darah tinggi

6. Golongan wanita yang mementingkan kecantikan

Omega 3 membantu:
  • mendapatkan kulit wajah yang cantik
  • mengimbangi perubaan dan kepekatan hormon PMS wanita
  • melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  • membantu menentang kanser paru-paru, payudara
Memang banyak manfaat Omega-3 dalam kehidupan seharian kita. Satu botol boleh dikongsi bersama semua ahli keluarga. Di dalam Omega Guard Shaklee terkandung 90% Omega-3 dan ianya adalah yang paling tinggi jika dibandingkan dengan produk lain di pasaran. Berikanlah yang terbaik untuk keluarga anda!




Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Wednesday, 17 December 2014

Obesiti di kalangan kanak-kanak

Assalamualaikum

Sekarang ni ramai jugak tengok budak-budak yang berbadan besar. Anak cousin saya sorang ni pun baru berumur dua tahun berat dah 25kg...semangat betul! Tapi kalau bayi bawah setahun tu kita tengok badan bersemangat tu takpe lagi sebab kita tahu diorang hanya minum susu dan makan makanan sepeerti bubur nasi dan puree buah atau sayuran. Tapi bila anak-anak dah pandai makan macam orang dewasa contohnya ayam goreng, burger, fries dan macam-macam makanan yang diproses terutamanya, berat badan yang berlebihan daripada yang sepatutnya haruslah dipantau. Ramai ibu-bapa yang cakap kesian kat anak sebab time ni la dia nak membesar jadi bagi je la apa yang dia nak makan. Memang betul diorang perlukan banyak protein, karbohidrat, vitamin dan mineral tapi ibu bapa perlu pantau makanan apa yang diambil oleh anak-anak terutama makanan yang diproses, makanan yang berlemak dan makanan yang manis.

Bila saya hadiri kelas nutrisi tempoh hari, nutritionist Shaklee tu ada cakap anak-anak yang obes masa kecik tapi berat badan turun masa dah mula bersekolah contohnya, berkemungkinan akan menjadi gemuk semula selepas usia 20 tahun sebab sel-sel otak dia dan simpan memori yang dia pernah gemuk suatu ketika dulu. Haaa...ini satu info baru yang saya dapat. Kanak-kanak yang obes juga berisiko mendapat kencing manis tahap 1. Bahaya ni sebab saya kenal seorang budak dari kecil dah kena cucuk insulin. Kesian kat budak tu...bayangkanlah sampai ke tua nak kena buat macam tu kalau tak jumpa penawar yag sesuai dengan masalah diabetes dia tu. Tak dapat saya nak bayangkan situasi yang macam tu...




Jadi penting untuk ibu bapa menjaga pemakanan anak-anak sejak mereka masih kecil. Jangan terlalu manjakan mereka sampai tiap-tiap minggu diorang minta nak makan fastfood terus bagi saja. Lagi satu kena juga pantau makanan dan minuman yang manis ni sebab banyak sangat perasa dan pewarna tiruan. Memang sekarang ni banyak makanan yang mudah disediakan contohnya semualah 'frozen food'. Memang la senang kan...keluarkan dari freezer lepas tu goreng tapi sebenarnya tak elok amalkan selalu sebab satu makanan tu dah diproses dan ada pengawet untuk pastikan ia tahan lama dan lagi satu kebanyakan cara peyediaannya adalah dengan menggoreng.

Kalau anda ada anak yang obes, selain dari menjaga pemakanan mereka elok juga bagi mereka menjalankan lebih aktiviti fizikal. Jangan asyik duduk rumah tengok tv atau mengadap ipad saja. Pada waktu petang boleh ajak berjalan-jalan sekitar kawasan perumahan, naik basikal atau main badminton. Boleh juga beri mereka suplemen yang sesuai agar dapat mengawal berat badan dan pada masa yang sama mendapat nutrisi yang lengkap. Saya cadangkan anda boleh memberi Meal Shakes sebagai multivitamin dan juga Omega Guard untuk pembakaran lemak berlebihan di samping untuk kecerdasan minda anak-anak.







Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com



Monday, 3 November 2014

Promosi Omega Guard kembali...

Assalamualaikum

Bulan November adalah bulan promosi Omega Guard. Kenapa Omega Guard ni best? Pertamanya ia adalah suplemen untuk semua peringkat umur. Jadi dalam satu family tu tak kira umur berapa semua boleh ambil Omega ni. Kedua, Omega Guard adalah minyak ikan yang mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang baik untuk kesihatan jantung, perkembangan minda kanak-kanak, mengawal kolestrol jahat, membakar lemak untuk mereka yang nak turunkan berat badan, membanru masalah asma dan ekzema serta banyak lagi. Memang banyak sangat khasiat Omega Guard ni dan saya memang syorkan untuk anda sekeluarga mengamalkan Omega Guard dalam diet seharian.

Promosi bulan ini seperti biasa bila ada beli 6 botol anda dapat percuma satu botol yang berharga rm136. Anda juga dapat keahlian seumur hidup secara percuma. Lepas ni dah jadi ahli bolehlah beli vitamin dan suplemen lain dengan harga yang lebih murah. Berbaloi sangat tau! Selain itu bila anda juga dapat cash back sebanyak rm32.70...siapa nak bagikan? Lagi satu, bagi yang beli 2 botol, anda layak mendapat diskaun sebanyak 5%. Jom sama-sama rasai kelebihan Omega Guard dan rebut promosi yang best bulan ini...



Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Sunday, 14 September 2014

Kembali langsing selepas bersalin

Assalamualaikum

Ramai yang mengeluh susah ak dapat balik berat badan asal selepas bersalin. Sebenarnya seseorang itu boleh dapatkan kembali pre-pregnancy weight sama ada cepat atau lambat saja. Menyusukan anak merupakan salah satu cara untuk membakar lemak yang terkumpul selama 9 bulan.Ye lah kan, masa mengandung orang kata makanlan sepuas-puasnya lepas bersalin dah kena pantang. Sebenarnya memang boleh makan apa saja yang kita suka tapi kena juga amalkan konsep 'bersederhana'. Elok kalau semasa mengandung pun kita jaga pemakanan supaya berat badan tak naik mencanak-canak. Ada sesetengah doktor memang monitor kenaikan berat badan ibu hamil, jika berat naik terlalu banyak dalam masa sebulan, doktor akan suruh kita kawal.

Selain menyusu, apa lagi cara yang boleh diamalkan oleh seseorang yang baru lepas bersalin untuk mendapat berat badan idaman?
  • makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
  • sarapan pagi wajib diambil dan bole diambil dalam kauntiti yang lebih seperti kata pepatah 'eat breakfast like a king'.
  • jadikan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai snek di antara waktu makan utama.
  • sertakan banyak makanan berserat tinggi seperti oat, kekacang, lentil, bijirin dan biji-bijian dalam diet anda
  • ambil karbohidrat dalam kuantiti yang sedikit tetapi jangan buang terus dari diet anda.
  • kurangkan makanan yang mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi.


Di samping itu anda boleh mengambil set kurus Shaklee yang selamat untuk ibu menyusu. Selain dapat menurunkan berat badan, pelbagai manfaat kesihatan yag anda bakal perolehi dari suplemen seperti Alfalfa, Omega Guard, Lecithin dan ESP.


Alfalfa Complex
Alfalfa membantu membersihkan usus supaya semua sisa makanan yang termendap di dalam usus dapat dibuang. Alfalfa lebih dikenali sebagai agen detox. Alfalfa juga membantu sebagai pelawas.

Kenapa penting usus bersih?

Hanya usus yang bersih dapat menyerap semua nutrisi dari makanan yang kita ambil. Kalau usus tu kotor, berkeladak dengan segala macam toksin dan lemak, usus tidak dapat menyerap nutrisi dengan baik.

Lecithin
Lecithin merupakan vitamin yang membantu memecahkan lemak daripada makanan yang telah kita makan. Istilah lain adalah mengemulsikan lemak-lemak tersebut.

Kalau kita makan makanan seperti nasi lemak, masak lemak dan apa-apa yang berlemak, boleh ambil 2-3 biji Lecithin sesudah makan untuk membuang semua lemak tersebut.


Omega Guard
OmegaGuard membantu menyingkirkan lemak yang termendap di dalam tubuh kita.
Lemak boleh termendap dan melekat pada salur darah. Untuk jangka masa panjang, perkara ini sangat berbahaya kerana ia boleh menjadi penyebab diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.

Lemak ini juga menyebabkan usus kita tak dapat menyerap nutrisi dari makanan dan makin lama tubuh akan menjadi semakin tak sihat.

Kelebihan lain OmegaGuard selain daripada menguruskan badan:

  • Merangsang penghasilan serotonin, sejenis hormon yang boleh membantu mengawal selera makan dan juga mood.
  • Mengekang penghasilan cortisol, sejenis hormon yang merangsang penyimpanan lemak di dalam badan.
  • Kaya dengan DHA & EPA yang bagus untuk perkembangan otak & mata bayi.

ESP
Ibu meyusu memang lebih mudah lapar kerana semasa menyusu banyak tenaga digunakan dan banyak jugak kalori yang dibakar. ESP adalah penyelamat jika tengah-tengah malam tetiba rasa lapar. Dengan mengambil ESP, kita akan berasa kenyang dengan lebih lama. Ini kerana ESP mempunya Glycemic Index yang rendah di mana tenaga daripada ESP ini dibebaskan secara perlahan-lahan. ESP juga membantu menguatkan otot yang bekerja untuk membakar lemak dalam tubuh. 



Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Thursday, 28 August 2014

Suplemen dan vitamin untuk anak-anak

Assalamualaikum

Hari ni nak berkongsi tentang suplemen untuk anak-anak. Budak pun nak kena ambil vitamin dan suplemen? Ramai yang tanya soalan ni. Sepanjang pemerhatian dan pengalaman saya dan kawan-kawan, budak bawah 7 tahun memang kebanyakkannya susah nak makan pelbagai jenis makanan. Mereka lebih suka makan 3-4 jenis makanan atau lauk yang dah biasa makan. Satu lagi mereka susah nak makan sayur. Mereka juga susah ak cuba sesuatu yang baru. Jadi mereka memang susah nak dapat makanan yang bang setiap hari.

Selain daripada itu, kanak-kanak yang kecil memang lebih mudah dijangkiti penyakit. Tambah pula yang kena tinggal di nursery sebab di sana mereka akan bercampur dengan lebih ramai budak-budak lain. Jadi ibu bapa perlu pastikan imun badan mereka sentiasa tinggi supaya tidak mudah mendapat penyakit berjangkit macam batuk, selsema, demam dan sebagainya.

Secara peribadi, saya syorkan ibubapa membeikan 3 suplemen dan vitamin ni kepada anak:

1) Mealshakes
  • Kurangkan ekzema
  • Untuk tumbesaran
  • Untuk Perkembangan minda
  • Untuk tingkatkan selera makan anak
  • Untuk anak yang dah berhenti susu ibu
  • Untuk anak kekal aktif
  • Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  • Meningkatkan berat badan anak (bagi yang terlalu kurus)
  • Membantu anak fokus
  • Membantu kurangkan kekerapan asma
  • Mengatasi masalah sembelit pada anak
  • Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  • Membantu menurunkan berat badan anak yang obes
  • Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  • Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu
2) Cheewable Vita C Plus
  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
  • Menguatkan tulang, gigi dan gusi 
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
  • Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa
3) Omega Guard
  • Membantu masalah ekzema 
  • Membantu merawat asma di kalangan kanak-kanak
  • Membantu kanak-kanak yang mengalami ADHD
  • Membantu mengekalkan kesihatan optima kepada kanak-kanak
  • Meningkatkan keupayaan pembelajaran dan kemahiran kognitif kanak-kanak
  • Meningkatkan daya fokus dan daya ingatan


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Thursday, 24 July 2014

Slip Disc dan Shaklee

Assalamualaikum

Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesihatan yang baik sepanjan bulan Ramadhan ni. Kesihatan merupakan satu nikmat dan rezeki yang selalu kita lupa. Ramai yang menggangap rezeki hanya jika kita kaya dan mewah. Sebenarnya kekayaan adalah rezeki dan juga dugaan dariNya. Ada orang yang kaya harta tapi miskin jiwa. Tapi ada yang kaya jiwa tapi miskin harta. Anda dalam kategori mana? Apapun kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada terutamanya kesihatan yang baik, makan minum yang mencukupi dan anak-anak yang sihat dan cerdik. Sama-samalah kita berdoa dan meningkatkan amalan di penghujung Ramadhan ni. Semoga segala amalan kita diterima Allah...

Hari ni saya nak berkongsi tentang slip disc. Sebenarnya ramai yang mengalami slip disc tapi tidak menyedarinya. Kadang-kadang tu rasa sakit tapi hanya sangkakan sakit sendi biasa dan tidak mendapat rawatan lanjut. Sebenarnya slip disc ni tiada ubat tetapi terdapat cara yang tertentu atau suplemen yang dapat mengurangkan kesakitan dan memberi lebih keselesaan.

APA ITU SLIP DISC?

Slip disc secara ringkas bermaksud tulang belakang yang “teralih” atau “mengelongsor dari kedudukan asal. Ini disebabkab oleh gel antara tulang yang berfungsi menyerap tekanan telah bocor seterusnya mengakibatkan alihan. Apabila ini terjadi, tulang akan menekan pula saraf-saraf yang mengawal anggota badan seperti kaki, tangan dan leher. Kesakitan melampau menyebabkan anggota badan menjadi kebas pergerakan akan terbatas.


PUNCA SLIP DISC TERJADI

  • cara mengangkat beban yang salah
  • selalu mengangkat beban yang terlalu berat
  • orang yang pernah terjatuh tetapi tidak mendapatkan rawatan
  • duduk atau baring pada postur yang tidak betul
  • kecederaan ketika bersukan
  • pernah mengalami kemalangan yang melibatkan tulang belakang
  • berat badan yang berlebihan

CARA MERAWAT SLIP DISC

1) Physiotherapy – menjalani sesi dengan pakar yang menunjukkan kaedah senaman yang betul untuk menguatkan otot. Ini termasuklah sesi rawatan menggunakan tuala panas pada bahagian sakit.
2) Stereoid – Untuk kesakitan biasa, suntikan stereoid dapat menguatkan otot belakang dan mengurangkan kesakitan.
3) Pembedahan – Ini adalah langkah terakhir di mana bahagian tulang dan disc yang terkeluar akan dikikis. Untuk kes yang lebih serius, kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang.

Selain daripada kaedah-kaedah di atas, suplemen Shaklee juga mampu membantu mereka yag mengalami masalah ini. Ramai yang berpuas hati setelah mengamalkan Set Sendi Shaklee bersama Vivix.



ADVANCE JOINT HEALTH TABLET
- memelihara ligament (tisu penyambung) yang sihat.
- menyokong keselesaan sendi.
- meningkatkan kesan kusyen.

OSTEMATRIX
- Sumber kalsium yang penting untuk kesihatan tulang,otot dan ligamen.
- Magnesium membantu penyerapan kalsium dan membantu menguatkan tulang.
- Vitamin D merangsang penyerapan kalsium.

OMEGA GUARD
- Mengurangkan inflamasi atau radang akibat sakit sendi.
- Bertindak sebagai pelincir pada sendi.

VIVIX
- Merupakan agen anti penuaan yang menjaga keanjalan struktur disc tulang belakang dan mengurangkan risiko slip disc.
- Menyokong kesihatan sendi.
- Menyokong kesihatan menyeluruh.

Set sendi ini juga sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sendi selain dari slip disc. Apa yang penting, produk Shaklee selamat, halal dan berkesan...semestinya tiada kesan sampingan seperti steroid atau ubat-ubatan lain.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Tuesday, 15 July 2014

Turunkan kadar kolestrol untuk elak serangan jantung

Assalamualaikum

Ramai orang yang takut kalau tahap kolestrol tinggi dalam darah tapi berapa ramai yang menjaga pemakanan, membuat pemeriksaan secara rutin dan mengamalkan gaya hidup sihat. Kolestrol merupakan salah satu punca terjadinya serangan jantung. Bagaimana serangan jantung terjadi?

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Partikel kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh partikel kolesterol LDL.


Cadangan suplemen yang dapat membantu masalah kolestrol

1) Lecithin - bertindak sebagai "pembersih" salur darah, membantu mengemulsi dan memetabolismakan lemak, menurunkan kolestrol dan trigliserid dalam tubuh.


2) Omega Guard - merendahkan paras 'LDL' (kolestrol jahat) dan keseluruhan kolestrol.


3) Phytocol-ST - produk terbaru Shaklee ini mampu menghalang kolestrol sebelum ia  memasuki salur darah.



Bagi mereka yang ada masalh kolestrol atau yang bimbang tentang kolesrtol, bolehlah mengambil suplemen yang telah disarankan dan yang penting suplemen Shaklee selamat, semulajadi dan berkesan.


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Friday, 20 June 2014

Makanan terbaik untuk otak

Assalamualaikum

Hari ni nak berkongsi sumber makanan yang bagus untuk otak. Otak adalah organ yang penting dalam tubuh kita jadi kena la bagi dia makanan yang terbaik kan? Jom tengok makanan yang disenaraikan terbaik untuk fungsi otak...

1. Salmon
Ikan ini adalah sumber terbaik lemak omega-3 (DHA dan EPA) yang berperanan penting terhadap pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak. Kajian menunjukkan bahawa orang yang mengambil lemak Omega-3 yang mencukupi mempunyai pemikiran yang tajam dan daingatan yang tinggi. Menurut kajian juga, ikan tuna juga mengandungi lemak omega-3, namun kandungannya tidak sebanyak ikan salmon.

2. Telur
Telur telah lama dikenal sebagai sumber penting protein yang mudah didapati dan harganya pun tidak mahal. Walaupun mengandung kolesterol, bahagian kuning telur ternyata kaya akan kolin, iaitu suatu zat yang membantu perkembangan daya ingat atau memori.

3. Kekacang
Kekacang kaya dengan vitamin E, antioksidan yang berperanan dalam melindungi membran-membran sel saraf. Bersama tiamin, vitamin E akan membantu sel saraf dan otak untuk menggunakan glukosa sebagai keperluan tenaga.

4. Gandum
Otak memerlukan glukosa dari tubuh. Gandum mempunyai peranan untuk memenuhi keperluan tersebut. Serat yang terkandung di dalamnya membantu mengatur pelepasan glukosa dalam tubuh. Makanan ini juga memiliki kandungan vitamin B yang berguna dalam memelihara kesihatan sistem saraf.

5. Oat
Oat atau oatmeal adalah sejenis cereal yang selalu dijadikan sarapan. Oat merupakan sumber nutrisi penting bagi otak. Oat mampu menyediakan tenaga untuk otak yang sangat diperlukan anak-anak dalam menjalani aktiviti di waktu pagi. Selain itu, serat pada oat juga memiliki peranan untuk daya pemikiran kanak-kanak di waktu pagi. Kandungan lain seperti potasium, vitamin B dan vitamin E yang ada pada oat dapat meningkatkan fungsi tubuh dan otak pada tahap yang optimum.

6. Buah beri
Buah berry seperti strawberi, blackberi, rasberi, blueberi kerana buah-buahan ini mengandungi banyak nutrisi penting yang baik untuk kesihatan. Antioksidan yang tinggi pada buah berry, terutama vitamin C, memiliki peranan untuk mencegah kanser. Beberapa kajian menunjukkan bahawa ekstrak strawberi dan blueberi mempunyai fungsi untuk tingkatkan daya ingatan. Biji buah berry juga mengandung lemak omega-3.

7. Sayuran berwarna
Bayam, labu, ubi, dan tomato merupakan sayuran-sayuran kaya nutrisi dan antioksidan yang akan membuat sel-sel otak jadi lebih kuat dan sihat.

8. Daging lembu tanpa lemak
Daging lembu tanpa lemak merupakan sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi adalah mineral penting yang dapat membantu anak-anak tingkatkan kosentrasi dan lebih bertenaga.

9. Susu dan Yogurt
Makanan-makanan dari produk susu cenderung mengandung vitamin B dan protein yang tinggi. Kedua jenis nutrisi penting ini dapat membantu pertumbuhan otak, enzim dan neurotransmitter. Susu dan yogurt juga dapat membantu perut lebih kenyang kerana kandungan karbohidrat dan proteinnya menjadi sumber tenaga untuk otak.


Tetapi jika anda jarang dapat mengamalkan makanan di atas anda tak perlu risau. Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan yang kaya dengan lemak omega-3, DHA dan EPA. Ia juga sesuai untuk diambil oleh semua peringkat umur untuk kesihatan otak.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Thursday, 15 May 2014

Kenapa Omega-3 penting untuk kurus?

Assalamualaikum

Kenapa dalam Set Kurus Shaklee ada Omega Guard? Seperti yang kita tahu, Omega Guard adalah sumber asid lemak Omega-3 yang paling tinggi yang penting dalam proses untuk turunkan berat badan. 

Jika anda mahu menurunkan berat badan dengan cara yang lebih mudah, pastikan anda memasukkan sumber asid lemak omega-3 dalam diet harian.

Terdapat kajian mengenai banyak faedah omega-3, terutamanya yang melibatkan omega-3 dan penurunan berat badan. Seperti yang anda akan ketahui nanti, asid lemak Omega-3 tidak hanya membantu sebaliknya mereka lebih diperlukan dalam pembakaran lemak dan berat badan.

Kenapa?

Kerana asid lemak omega-3 adalah asid lemak yang penting untuk fisiologi normal tubuh badan kita. Tubuh kita tidak boleh menghasilkan asid lemak Omega-3 sendiri, jadi kita perlu mendapatkan mereka daripada makanan atau makanan tambahan.

Omega-3 dan Manfaat kepada Berat Badan:
  • Kandungan asid lemak Omega-3 EPA (asid eicosapentaenoic) dan DHA (asid docosahexaenoic) menurunkan paras insulin kita, jadi apa-apa kalori tambahan yang kita makan akan dibakar untuk tenaga, bukannya disimpan sebagai lemak badan
  • Omega 3 minyak adalah anti-lipogenic (blok penyimpanan lemak dalam badan anda) dan meningkatkan kadar metabolik anda, jadi anda membakar lemak badan lebih cepat
  • Asid lemak Omega-3 menyekat pengeluaran kortisol, hormon yang berkaitan dengan tekanan lemak simpanan yang juga menyebabkan anda menyimpan vs membakar kalori tambahan
  • Asid lemak omega-3 telah terbukti untuk meningkatkan aliran darah ke otot semasa bersenam, sekali gus meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lebih banyak lemak
  • Diet yang kaya dengan minyak omega-3 meningkatkan tahap gula dalam darah (hipoglisemia) dan hasilnya, kita mempunyai lebih banyak tenaga untuk menjalankan urusan seharian
  • Asid lemak omega-3 meningkatkan fungsi hati 
Jadi sekarang anda dah tahu bagaimana asid lemak Omega-3 dalam Omega Guard berkesan untuk menurunkan berat badan. Pastikan juga Omega Guard termasuk dalam diet harian anda!

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Sunday, 11 May 2014

Set kehamilan pilihan ramai

Assalamualaikum

Sejak akhir-akhir ni ramai betul ibu-ibu mengandung yang mengambil set hamil Shaklee dan ramai jugak yang bagi feedback macam ni

'Saya rasa lain la pregnant kali ni bila consume set hamil Shaklee. Tak penat macam masa pregnant anak sulung dulu'

'Tiap-tiap kali check-up kat klinik doktor cakap HB cantik je'

'Nasib baik jumpa Shaklee, kalau tidak time awal pregnant je mesti lemah tak bermaya'

Waaahhhh...seronoknya ibu-ibu mengandung ni bila ambil set Shaklee kan? Empat tahun dulu saya masih belum kenal Shaklee walaupun dah lama Shaklee bertapak di Malaysia. Kalau tidak bole consume Shaklee masa pregnant anak bongsu. Sebelum ni mana ada orang promote Shaklee kat internet melalui blog dan FB jadi susah sikit la nak dapat info kan? Sekarang ni blog pasal produk Shaklee tumbuh bak cendawan la pulak hik...hik

Jom kita tengok apa yang ditawarkan dalam set hamil ni. Apa yang sangat membantu kaum ibu kekal cergas dan bersemangat sepanjang tempoh kehamilan.



Apakah kelebihan yang terdapat pada Set Kehamilan Shaklee?
  • Kandungan asid folik di dalam B Complex melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang.
  • Asid folik jga menghalang ibu dari risiko kanser dan strok.
  • Vita-Lea mengandungi zat besi yang tinggi mengelakkan masalah anemia dan kekurangan sel darah merah.
  • Zat besi juga berperanan untuk memastikan bayi mendapat semua zat dari makanan ibu, jadi ini akan mengurangkan risiko bayi pra-matang dan masalah bayi kurang berat badan.
  • Vita C Sustained Release yang mencukupi akan membantu mengurangkan risiko terkena demam atau selsema, satu biji Vita C bersamaan 7 1/2 biji buah oren. 
  • Omega Guard mengandungi DHA tinggi untuk membantu perkembangan otak bayi. Ibu boleh mula mengambil Omega pada trimester kedua.
  • Kalsium adalah salah satu mineral yang penting untuk ibu mengandung. Ostematrix adalah kalsium-magnesium yang membantu sistem saraf, otot dan peredaran darah si ibu, juga mengelakkan kekejangan yang sering berlaku pada ibu-ibu hamil.
  • Juga membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat bagi ibu dan bayi
  • ESP adalah makanan berindek glisemik rendah, jadi dapat memberikan tenaga yang berpanjangan kepada ibu.
  • Juga kandungan protein tulen ESP juga akan menghasilkan sel-sel kulit yang baru, jadi kulit ibu tampak lebih cantik dan kulit anak yang bakal lahir pun akan jadi halus, mulus dan gebu.
Bila ibu sihat dan gembira menjalani tempoh kehamilan, baby kat dalam tu pun happy je. Anda sepatutnya menikmati setiap detik sepanjang tempoh 9 bulan itu dengan penuh kebahagiaan...pilihlah suplemen yang dapat membantu anda dan bayi mencapai tahap kesihatan yang optimum. Yang paling penting pilih yang selamat dan berkesan...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Thursday, 17 April 2014

Set kurus yang selamat dan berkesan

Assalamualaikum

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang Set Kurus yang ditawarkan oleh Shaklee. Memang ramai yang mempunyai masalah berat badan dan ramai juga yang cuba mencari jalan penyelesaian. Lambakan produk penurunan berat badan di pasaran menjadikan pengguna bingung untuk mencuba produk yang betul-betul dapat mengatasi masalah mereka. 

Apa ciri-ciri yang anda cari untuk mendapatkan satu produk untuk kurangkan berat badan?

1. Produk yang cepat memberikan kesan tapi belum tentu selamat?
2. Produk yang murah?
3. Produk yang selamat dan berkesan?

Kalau anda pilih no. 1 & 2, memang itu tidak ditawarkan oleh Shaklee. Jadi set kurus Shaklee mahallah ye? Set kurus Shaklee tidak terlalu mahal dan kami telah dilatih untuk memenuhi keperluan dan melihat budget pelanggan terlebih dahulu. Ada gabungan set kurus yang dalam lingkungan rm100 saja. Murahkan? Yang paling penting, set kurus Shaklee selamat, halal, berkesan dan tiada kesan sampingan.



Bagi anda yang baru mengenali suplemen Shaklee, berikut adalah cadangan suplemen yang dapat membantu anda turunkan berat badan secara sihat dan semulajadi. 

Herb-Lax - Detoks usus dan membantu masalah sembelit

Alfalfa - Detoks seluruh badan, keluarkan lemak dari badan dan kurangkan retensi air

Lecithin - Memecahkan lemak

Omega Guard - Membakar lemak dan membantu mengawal selera makan

ESP/Cinch Shake - Mengekalkan otot tanpa lemak supaya badan tidak mengelebar dan memberi rasa kenyang yang lama

Sila hubugi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang cara pengambilan set kurus yang betul agar anda mendapat kesan yang optimum.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com