Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.
Showing posts with label Ibu menyusu. Show all posts
Showing posts with label Ibu menyusu. Show all posts

Saturday, 20 December 2014

Siapa perlukan Omega-3?

Assalamulaikum


Ramai yang sedia maklum Omega-3 (DHA & EPA) sangat penting untuk perkembangan otak kanak-kanak. Kalau kita perhatikan susu formula anak-anak mesti terdapat kandungan DHA, EPA, AA, SA dan macam-macam lagi. Walau bagaimanapun, sebenarnya banyak lagi manfaat Omega-3 kepada semua golongan. Jom kita baca dulu kelebihannya...

1. Ibu hamil

Omega 3 sangat membantu:
  • untuk perkembangan otak bayi semasa di dalam kandungan
  • mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang
  • mengurangkan risiko gila meroyan selepas bersalin
  • mengawal kenaikan berat badan yang akan mencanak naik semasa hamil

2. Ibu menyusu

Omega 3 membantu:
  • tingkatkan sistem imunisasi badan bayi serta membantu perkembangan otak kanak-kanak
  • untuk penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan

3. Kanak-kanak

Omega 3 membantu:
  • pertumbuhan badan yang sihat selain meningkatkan kecerdasan otak
  • memperkuatkan sistem imunisasi badan terutamanya untuk kanak-kanak yang sering demam, selsema, batuk, asma dan ekzema

4. Mereka yang ada masalah berat badan

Omega 3 membantu:
  • pembakaran lemak dalam badan lebih cepat berbanding lecithin
  • meningkatkan hormon leptine yang mana ia sangat membantu dalam mengawal selera makan

5. Mereka yang ada masalah kesihatan

Omega 3 membantu :
  • mengurangkan batuk dan selsema
  • menyihatkan paru-paru
  • memperkuatkan sistem imunisasi tubuh badan
  • merendahkan kolestrol
  • mengembalikan kenormalan tekanan darah tinggi

6. Golongan wanita yang mementingkan kecantikan

Omega 3 membantu:
  • mendapatkan kulit wajah yang cantik
  • mengimbangi perubaan dan kepekatan hormon PMS wanita
  • melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  • membantu menentang kanser paru-paru, payudara
Memang banyak manfaat Omega-3 dalam kehidupan seharian kita. Satu botol boleh dikongsi bersama semua ahli keluarga. Di dalam Omega Guard Shaklee terkandung 90% Omega-3 dan ianya adalah yang paling tinggi jika dibandingkan dengan produk lain di pasaran. Berikanlah yang terbaik untuk keluarga anda!




Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Sunday, 14 September 2014

Kembali langsing selepas bersalin

Assalamualaikum

Ramai yang mengeluh susah ak dapat balik berat badan asal selepas bersalin. Sebenarnya seseorang itu boleh dapatkan kembali pre-pregnancy weight sama ada cepat atau lambat saja. Menyusukan anak merupakan salah satu cara untuk membakar lemak yang terkumpul selama 9 bulan.Ye lah kan, masa mengandung orang kata makanlan sepuas-puasnya lepas bersalin dah kena pantang. Sebenarnya memang boleh makan apa saja yang kita suka tapi kena juga amalkan konsep 'bersederhana'. Elok kalau semasa mengandung pun kita jaga pemakanan supaya berat badan tak naik mencanak-canak. Ada sesetengah doktor memang monitor kenaikan berat badan ibu hamil, jika berat naik terlalu banyak dalam masa sebulan, doktor akan suruh kita kawal.

Selain menyusu, apa lagi cara yang boleh diamalkan oleh seseorang yang baru lepas bersalin untuk mendapat berat badan idaman?
  • makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
  • sarapan pagi wajib diambil dan bole diambil dalam kauntiti yang lebih seperti kata pepatah 'eat breakfast like a king'.
  • jadikan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai snek di antara waktu makan utama.
  • sertakan banyak makanan berserat tinggi seperti oat, kekacang, lentil, bijirin dan biji-bijian dalam diet anda
  • ambil karbohidrat dalam kuantiti yang sedikit tetapi jangan buang terus dari diet anda.
  • kurangkan makanan yang mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi.


Di samping itu anda boleh mengambil set kurus Shaklee yang selamat untuk ibu menyusu. Selain dapat menurunkan berat badan, pelbagai manfaat kesihatan yag anda bakal perolehi dari suplemen seperti Alfalfa, Omega Guard, Lecithin dan ESP.


Alfalfa Complex
Alfalfa membantu membersihkan usus supaya semua sisa makanan yang termendap di dalam usus dapat dibuang. Alfalfa lebih dikenali sebagai agen detox. Alfalfa juga membantu sebagai pelawas.

Kenapa penting usus bersih?

Hanya usus yang bersih dapat menyerap semua nutrisi dari makanan yang kita ambil. Kalau usus tu kotor, berkeladak dengan segala macam toksin dan lemak, usus tidak dapat menyerap nutrisi dengan baik.

Lecithin
Lecithin merupakan vitamin yang membantu memecahkan lemak daripada makanan yang telah kita makan. Istilah lain adalah mengemulsikan lemak-lemak tersebut.

Kalau kita makan makanan seperti nasi lemak, masak lemak dan apa-apa yang berlemak, boleh ambil 2-3 biji Lecithin sesudah makan untuk membuang semua lemak tersebut.


Omega Guard
OmegaGuard membantu menyingkirkan lemak yang termendap di dalam tubuh kita.
Lemak boleh termendap dan melekat pada salur darah. Untuk jangka masa panjang, perkara ini sangat berbahaya kerana ia boleh menjadi penyebab diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.

Lemak ini juga menyebabkan usus kita tak dapat menyerap nutrisi dari makanan dan makin lama tubuh akan menjadi semakin tak sihat.

Kelebihan lain OmegaGuard selain daripada menguruskan badan:

  • Merangsang penghasilan serotonin, sejenis hormon yang boleh membantu mengawal selera makan dan juga mood.
  • Mengekang penghasilan cortisol, sejenis hormon yang merangsang penyimpanan lemak di dalam badan.
  • Kaya dengan DHA & EPA yang bagus untuk perkembangan otak & mata bayi.

ESP
Ibu meyusu memang lebih mudah lapar kerana semasa menyusu banyak tenaga digunakan dan banyak jugak kalori yang dibakar. ESP adalah penyelamat jika tengah-tengah malam tetiba rasa lapar. Dengan mengambil ESP, kita akan berasa kenyang dengan lebih lama. Ini kerana ESP mempunya Glycemic Index yang rendah di mana tenaga daripada ESP ini dibebaskan secara perlahan-lahan. ESP juga membantu menguatkan otot yang bekerja untuk membakar lemak dalam tubuh. 



Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Wednesday, 16 April 2014

Ostematrix - Sumber kalsium terbaik!

Assalamualaikum...

Hari ni nak cerita kelebihan Ostematrix yang dah menjadi pilihan ramai. Memandangkan bulan April ni promosi beli 6 percuma 1, memang ramai yang ambil peluang beli dan buat stok. Satu botol memang untuk sebulan sahaja sebab satu hari perlu ambil 4 biji untuk memenuhi keperluan kalsium harian. 


Sebiji ostematrix mengandungi 250mg kalsium, orang dewasa berumur 19-50 tahun memerlukan 1000mg keperluan kalsium sehari. Jadi sehari mestilah wajib ambil 4 biji ostematrix kan? Mari kita lihat apa kelebihan ostematrix ni...


MANFAAT UTAMA OSTEMATRIX :


Menguatkan tulang

Kalsium menghalang osteoperosis, menguatkan kuku, gigi dan saraf. Ia juga merawat tulang reput dan menguatkan gusi.

Membantu masalah kekejangan dan kebas

Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur dapat mengurangkan kebas-kebas, kekejangan dan sakit sendi.

Meringankan stress

Ostematrix mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, membantu tidur yang lebih nyenyak, membantu depresi, mood yang tidak tetap dan sakit kepala.

Membantu masalah haid

Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium secara serentak dapat meringankan sakit ketika haid.

Pengalkalian tubuh

Kalsium adalah mineral yang beralkali dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ia juga menghalang obesiti semasa tua. kalsium juga membantu penyerapan nutrien dan merangsang detoxfikasi.



SIAPA PERLUKAN OSTEMATRIX?
1. Ibu hamil dan menyusukan anak
2. Mereka yang selalu mengalami sakit sendi, kejang dan kebas
3. Mereka yang tidak dapat tidur dengan nyenyak
4. Mereka yang sering sakit kepala
5. Mereka yang mengalami PMS yang teruk
6. Sesiapa yang sering sembelit
7. Golongan yang tidak mengambil susu atau produk tenusu lain.



Jom sama-sama tingkatkan pengambilan kalsium harian kita...


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com