Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.
Showing posts with label mealshakes. Show all posts
Showing posts with label mealshakes. Show all posts

Monday, 13 June 2016

Set Sahur Ramadhan

Assalamualaikum semua...

Sedar tak sedar dah masuk hari ke-8 bulan Ramadan. Ada yang dah pening nak makan @masak apa masa bersahur dan berbuka. Kalau nak senang boleh je ambil Set Sahur Ramadhan ni...so utk bersahur tak payah pening-pening fikir dah nak bangun awal siapkan lauk-pauk semua...yang penting set sahur ni sangatlah berkhasiat, mengenyangkan dan memberi tenaga. Tak percaya? Cubalah dulu!


Kalau berminat nak cuba boleh contact saya ye...

Asmin
012-7747 857


Wednesday, 17 December 2014

Obesiti di kalangan kanak-kanak

Assalamualaikum

Sekarang ni ramai jugak tengok budak-budak yang berbadan besar. Anak cousin saya sorang ni pun baru berumur dua tahun berat dah 25kg...semangat betul! Tapi kalau bayi bawah setahun tu kita tengok badan bersemangat tu takpe lagi sebab kita tahu diorang hanya minum susu dan makan makanan sepeerti bubur nasi dan puree buah atau sayuran. Tapi bila anak-anak dah pandai makan macam orang dewasa contohnya ayam goreng, burger, fries dan macam-macam makanan yang diproses terutamanya, berat badan yang berlebihan daripada yang sepatutnya haruslah dipantau. Ramai ibu-bapa yang cakap kesian kat anak sebab time ni la dia nak membesar jadi bagi je la apa yang dia nak makan. Memang betul diorang perlukan banyak protein, karbohidrat, vitamin dan mineral tapi ibu bapa perlu pantau makanan apa yang diambil oleh anak-anak terutama makanan yang diproses, makanan yang berlemak dan makanan yang manis.

Bila saya hadiri kelas nutrisi tempoh hari, nutritionist Shaklee tu ada cakap anak-anak yang obes masa kecik tapi berat badan turun masa dah mula bersekolah contohnya, berkemungkinan akan menjadi gemuk semula selepas usia 20 tahun sebab sel-sel otak dia dan simpan memori yang dia pernah gemuk suatu ketika dulu. Haaa...ini satu info baru yang saya dapat. Kanak-kanak yang obes juga berisiko mendapat kencing manis tahap 1. Bahaya ni sebab saya kenal seorang budak dari kecil dah kena cucuk insulin. Kesian kat budak tu...bayangkanlah sampai ke tua nak kena buat macam tu kalau tak jumpa penawar yag sesuai dengan masalah diabetes dia tu. Tak dapat saya nak bayangkan situasi yang macam tu...




Jadi penting untuk ibu bapa menjaga pemakanan anak-anak sejak mereka masih kecil. Jangan terlalu manjakan mereka sampai tiap-tiap minggu diorang minta nak makan fastfood terus bagi saja. Lagi satu kena juga pantau makanan dan minuman yang manis ni sebab banyak sangat perasa dan pewarna tiruan. Memang sekarang ni banyak makanan yang mudah disediakan contohnya semualah 'frozen food'. Memang la senang kan...keluarkan dari freezer lepas tu goreng tapi sebenarnya tak elok amalkan selalu sebab satu makanan tu dah diproses dan ada pengawet untuk pastikan ia tahan lama dan lagi satu kebanyakan cara peyediaannya adalah dengan menggoreng.

Kalau anda ada anak yang obes, selain dari menjaga pemakanan mereka elok juga bagi mereka menjalankan lebih aktiviti fizikal. Jangan asyik duduk rumah tengok tv atau mengadap ipad saja. Pada waktu petang boleh ajak berjalan-jalan sekitar kawasan perumahan, naik basikal atau main badminton. Boleh juga beri mereka suplemen yang sesuai agar dapat mengawal berat badan dan pada masa yang sama mendapat nutrisi yang lengkap. Saya cadangkan anda boleh memberi Meal Shakes sebagai multivitamin dan juga Omega Guard untuk pembakaran lemak berlebihan di samping untuk kecerdasan minda anak-anak.







Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com



Saturday, 11 October 2014

Perisai untuk anak-anak

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Hujung minggu ni mesti banyak aktiviti yang korang dah rancangkan? For this weekend saya tak ke mana-mana pun sebab pagi ni anak sulung ada sekolah ganti, pastu kena start buat revision sebab Isnin ni dah start final exam. Lagi satu sebab kedua-dua hari ni suami kena bertugas untuk LPGA (Ladies Professional Golf Association) kat KLGCC. Jadi kami duduk rumah jelah jawabnya.

Sejak dua hari lepas cuaca start jerebu semula. Kekadang tu pagi agak teruk tapi petang kurang sikit. Indeks IPU pun ada masanya bacaan sampai 100...tak sihat tu. Bagi saya masa-masa macam ni memang kena pantau kesihatan anak-anak lebih sikit. Tak nak lah dah nak dekat exam ni sakit pulak kan. Kesian kat anak, nanti tak boleh nak concentrate buat revision dan jawab soalan-soalan periksa. Apa-apa pun kita cuba usaha yang terbaik, yang lain serah je pada Allah. Apa yang kita sebagai ibu bapa boleh buat jika keadaan cuaca tak berapa elok?

  • Pastikan anak-anak tidak terlalu terdedah dengan persekitaran luar
  • Sentiasa tutup pintu dan tingkap
  • Kalau boleh pasang penapis udara (air purifier)
  • Pastikan anak-anak minum air kosong lebih banyak
  • Pakai topeng muka jika terpaksa keluar rumah
  • Ambil suplemen yang sesuai untuk tingkatkan imun badan mereka

Setiap hari memang saya bagi anak-anak Cheewable Vita C dan Mealshakes sebagai suplemen harian mereka. Tapi jika keadaan cuaca tidak begitu baik atau anak-anak ada tanda-tanda nak dapat demam/selsema, saya cepat-cepat bagi satu sachet Nutriferon untuk tingkatkan tahap imun badan mereka. Budak-budak kan lagi senang nak dapat penyakit jadi kita kena lebih alert dengan keadaan sekeliling dan lebih berhati-hati. 



MEAL SHAKES

- Rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
- Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas
- Sesuai untuk seisi keluarga
- Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta       kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
- Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
- Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
- Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
- Meningkatkan selera makan anak
-Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
- Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
- Menangani masalah sembelit
- Amat bagus untuk kanak-kanak yang obes


NUTRIFERON

- Cepat membantu melegakan deman dan selsema
- Tingkatkan imun badan kanak-kanak jadi susah nak dapat demam/selsema dan lain-lain     penyakit
- Merupakan 'first aid kit' di rumah. Jika badan anak dedar, terus bagi satu sachet dulu.
- Mampu menurunkan suhu badan yang tinggi.

CHEEWABLE VITA C PLUS

- Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
- Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting   bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
- Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
- Sesuai untuk anak-anak yang tidak pandai telan tablet


Saya tak risau bagi anak-aak suplemen ni sebab semuanya selamat dan semulajadi. Kalau boleh taknak lah asyik bergantung pada ubat saja setiap masa. Tak salahkan kita cuba alternatif lain dan ambil langkah pencegahan. Suplemen ni sebenarnya membantu meningkatkan imun badan seseorang jadi susah sikit nak dijangkiti penyakit. Jadi bagi mereka yang masih tercari-cari vitamin atau suplemen utuk anak-anak, boleh cuba ketiga-tiga ni ok.

Happy weekend!


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Sunday, 5 October 2014

Salam Eiduladha...

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidiadha kepada semua...mesti seronokkan beraya di kampung bersama keluarga dan sanak-saudara. Kami sekeluarga tak balik kampung kali ni sebab suami dah kena kerja esok. Semalam sempat sediakan rendang ayam...ketupat beli je dekat Pasar TTDI.

Rasa ramai yang dah tahu, promo bulan ni ialah minuman protein kegemaran ramai iaitu ESP. Mesti ramai yang teruja sebab ESP ni mempunyai pelbagai fungsi. Nak kurus, nak kulit cantik, ibu menyusu, ibu hamil, awet muda, nak tambah tenaga, masalan sembelit dan banyak lagi...semua boleh consume ESP ni. Lagi satu ESP ni famous sebab ia minuman protein non-GMO (tidak diubah secara genetik) yang selamat dan halal. Protein sangat penting untuk membina sel-sel tisu baru jadi badan kita akan lebih sihat dan bertenaga.

Lagi satu jangan lupa promo Meal Shakes masih berlangsung sampai akhir bulan ni jugak. Meal Shakes adalah minuman berkhasiat untuk anak-anak kerana ia membekalkan nutrien yang lengkap. Jadi, marilah kita berikan yang terbaik kepada anak-anak agar mereka dapat membesar dengan sihat dan sempurna. Meal Shakes telah banyak membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah asma, kurang selera makan, sembelit dan mereka yang terlalu memilih makanan.

Dapatkan yang terbaik untuk keluarga anda!





Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Wednesday, 17 September 2014

Tips tambahkan berat badan

Assalamualaikum

Selama ini ramai yang asyik membincangkan masalah obesiti dan cara yang efektif untuk menurukan berat badan atau mendapat berat badan ideal. Jarang orang perkatakan tentang cara-cara untuk meningkatkan berat badan.

Memang ada orang yang terlalu kurus dan berusaha untuk meningkatkan berat badan mereka. Tetapi golongan tersebut tidaklah terlalu ramai. Tapi ini tidak bermakna tiada orang yang perlukan tips untuk menambah berat badan. Jom kita tengok antara tips yang boleh diguna pakai...

1. Perbanyakkan makanan yang tinggi kalori, protien dan garam galian.
– gantikan nasi dengan roti. Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh mengambil nasi dan sejam kemudian roti

2. Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari.
– pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan. Lebih elok mengambil snek seperti sandwich, kekacang, biskut, minuman bersusu, jus, keju, buah-buahan kering dan kentang lenyek.

3. Makan secara kerap.
– ambil hidangan yang sihat. Amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat, tetapi melambatkan proses peigkatan metabolisme tubuh.

4. Pada waktu pagi, ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protien yang tinggi
– minum satu gelas susu, roti atau telur separuh masak.

5.Melakukan senaman secara teratur.
– lakukan senaman senaman bina badan, angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap tiga atau empat kali seminggu. Pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan

6. Selepas selesai senaman, boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi.
– ambil makanan yang mempunyai sumber protien dan karbohidrat. Ini untuk mengantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.

7. Mengamalkan pemakanan mengikut panduan piramid makanan.
– lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kecuali gula, minyak dan lemak dalam makanan

8. Sokongan suplemen yang boleh membantu meningkatkan berat badan.
- antaranya Meal Shakes, B complex dan Vitalea


Meal Shakes 
Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Meal Shakes penting untuk menambah berat badan yang mana ia membantu menambah selera makan. Walaupun kita kurang makan namun pengambilan Meal Shakes ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga.

Vita-Lea 
Membekal 28 jenis vitamin dan mineral penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Badan yang kekurangan vitamin juga susah untuk membantu penambahan berat badan seseorang. Jadi asas utama seseorang perlulah mengambil multivitamin untuk menampung kekurangan nutrisi dalam badan.

B-Complex 
Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. Mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, menigkatkan selera makan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Bagi yang berminat, boleh hubungi saya ye...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Monday, 8 September 2014

Testimoni : Mealshakes bantu kanak-kanak asma

Assalamualaikum

Sempena promo best Mealshakes bulan ni beli 3 percuma 1, saya nak kongsi testimoni dari para ibu yang memberikan Mealshakes kepada anak-anak yang mengidap asma. Memang kesian kalau budak-budak yang ada asma ni...asyik-asyik kena pegi klinik ambik neb. Jadi kepada ibu-ibu yang ada masalah ni boleh cuba bagi anak-anak Mealshakes. Better invest lebih sikit untuk suplemen daripada tengok anak asyik keluar masuk klinik/hospital kan?




Bagi mereka yang masih tercari-cari suplemen yang sesuai untuk membantu masalah asma anak-anak, masih belum terlambat untuk cuba Mealshakes. Insya-allah berkesan...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness

Email: asmin.fahmi@gmail.com

Saturday, 6 September 2014

Mealshakes menambah selera makan

Assalamualaikum

Ramai yang risau anak-anak tak berapa suka nak makan apa yang kita sediakan. Ada jenis budak-budak yang suka memilih makanan dan ada juga yang memang makan dengan kauntiti yang sangat kecil. 

Pada awal tahun ni saya mula bagi anak sulung saya yang berusia 10 tahun minum Mealshakes. Walaupun anak saya ni makan every meal, tapi portion dia sangat kecil...rasanya kebanyakkan rakan yang sebaya dengan dia dah makan portion yang lebih besar. Lepas bagi dia Mealshakes, dalam tempoh dua minggu saya dapat lihat dia lebih bersemangat nak makan dan dia makan lebih sedikit daripada sebelumnya. Lama kelamaan, dia pun dah mula mita saya masakkan itu dan ini. Saya memang happy dengan perkembangan tersebut.

Mealshakes ni memang elok diberi pada anak-anak kerana ianya merupakan multivitamin yang lengkap. Kebanyakkan kanak-kanak tak suka telan vitamin berbentuk tablet jadi Mealshakes merupakan jawapannya. Pada pandangan saya, kita perlu berikan multivitamin kepada anak-anak kerana di zaman sekarang ni mereka lebih terdedah kepada banyak makanan yang 'tak sihat'.

Mealshakes bukan hanya untuk kanak-kanak sebaliknya semua golongan boleh ambil Mealshakes. Mealshakes juga sesuai untuk ibu-ibu yang menyusu, mereka yang inginkan kulit yang cantik serta orang dewasa yang terlalu kurus. 

Dapatkan Mealshakes sementara promosi masih berlangsung. Memang jimat sangat jika anda grab promosi beli 3 percuma 1 ni. Okey...siapa nak boleh roger-roger saya ye...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness

Email: asmin.fahmi@gmail.com

Wednesday, 3 September 2014

Promosi berkembar September

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan September...cepat sungguh masa berlalu...tak terkejar rasanya kadang-kadang tu. Bila masuk bulan baru, kami distributor Shaklee memang teruja nak tau apa promosi untuk bulan tu. First day pagi-pagi lagi dah dapat update yang bulan ni ada 'double promotion'. Wahhh! Ni first time sepanjang saya dengan Shaklee ada promosi berganda...

Bulan ni bulan untuk ibu gorjes dan anak bijak'. Yes...untuk mak-mak sekalian (yang belum jadi mak pun boleh guna), bulan ni promo Shaklee Collagen Powder (SCP) beli 6 percuma 1. Memang ramai yang tertunggu-tunggu promo SCP sebab kalau beli time promo memang berbaloi sangat. Anda akan dapat:
  • 6 kotak SCP
  • 1 kotak SCP percuma bernilai RM298
  • Free membership
  • Cash rebate pertengahan October 
Promosi yang kedua adalah Mealshakes beli 3 percuma 1. Ni memang ramai kaum ibu suka sebab boleh stock up untuk keperluan anak-anak. Mealshakes ni multivitamin dalam bentuk serbuk yang mudah disediakan. Hanya campurkan sesudu Mealshakes ke dalam minuman kegemaran anak anda. Mudahkan? Harga promosi ni pun memang jimat sesangat. Bagi peminat setia Mealshakes jangan lepaskan peluang. Bagi yang baru nak cuba anda boleh jugak dapat free membership. Cuma kena tambah beberapa barang je untuk cukupkan 200 uv. Buat pengetahuan semua, Mealshakes bukan untuk kanak-kanak saja, orang dewasa pun boleh ambil terutamanya yang ingin tambahkan berat badan. Kalau badan kurus sangat pun tak cantik ye tak?

Jadi janganlah lepaskan peluang yang best lagi berbaloi ni. Kalau beli dengan saya, anda akan dapat konsultasi yang berterusan dan tip top. Nanti roger-roger ye.




Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Thursday, 28 August 2014

Suplemen dan vitamin untuk anak-anak

Assalamualaikum

Hari ni nak berkongsi tentang suplemen untuk anak-anak. Budak pun nak kena ambil vitamin dan suplemen? Ramai yang tanya soalan ni. Sepanjang pemerhatian dan pengalaman saya dan kawan-kawan, budak bawah 7 tahun memang kebanyakkannya susah nak makan pelbagai jenis makanan. Mereka lebih suka makan 3-4 jenis makanan atau lauk yang dah biasa makan. Satu lagi mereka susah nak makan sayur. Mereka juga susah ak cuba sesuatu yang baru. Jadi mereka memang susah nak dapat makanan yang bang setiap hari.

Selain daripada itu, kanak-kanak yang kecil memang lebih mudah dijangkiti penyakit. Tambah pula yang kena tinggal di nursery sebab di sana mereka akan bercampur dengan lebih ramai budak-budak lain. Jadi ibu bapa perlu pastikan imun badan mereka sentiasa tinggi supaya tidak mudah mendapat penyakit berjangkit macam batuk, selsema, demam dan sebagainya.

Secara peribadi, saya syorkan ibubapa membeikan 3 suplemen dan vitamin ni kepada anak:

1) Mealshakes
  • Kurangkan ekzema
  • Untuk tumbesaran
  • Untuk Perkembangan minda
  • Untuk tingkatkan selera makan anak
  • Untuk anak yang dah berhenti susu ibu
  • Untuk anak kekal aktif
  • Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  • Meningkatkan berat badan anak (bagi yang terlalu kurus)
  • Membantu anak fokus
  • Membantu kurangkan kekerapan asma
  • Mengatasi masalah sembelit pada anak
  • Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  • Membantu menurunkan berat badan anak yang obes
  • Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  • Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu
2) Cheewable Vita C Plus
  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
  • Menguatkan tulang, gigi dan gusi 
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
  • Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa
3) Omega Guard
  • Membantu masalah ekzema 
  • Membantu merawat asma di kalangan kanak-kanak
  • Membantu kanak-kanak yang mengalami ADHD
  • Membantu mengekalkan kesihatan optima kepada kanak-kanak
  • Meningkatkan keupayaan pembelajaran dan kemahiran kognitif kanak-kanak
  • Meningkatkan daya fokus dan daya ingatan


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Monday, 5 May 2014

Mighty 3 Gems?

Assalamualaikum

Pernah tak anda dengar Mighty 3 Gems? Waaah...apa pulak ni ye? Ok hari ni saya nak kongsi tentang set ni yang sangat popular terutamanya apabila menjelang bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan pun dah tak lama lagi dan sekarang ni ramai yang tengah berpuasa ganti. Maklumlah sekarang dan pun masuk bulan Rejab bermakna tak sampai 2 bulan lagi kita nak menghampiri bulan Ramadhan.

Sebenarnya Set Mighty 3 Gems ni bukan hanya sesuai untuk yang berpuasa, kalau setiap pagi nak dijadikan sarapan segera pun boleh. Biasalah kan sibuk siapkan anak-anak lepas tu nak bergegas ke ofis pulak, selalu tak sempat nak sarapan. Tahu tak kalau orang yang selalu tak ambil sarapan akan cepat bertambah berat badan? Haaa...sebab itulah walau sesibuk mana pun kita sarapan tu adalah perkara yang WAJIB diambil. Jadi set ni memang sesuai sangat untuk mereka yang selalu nak cepat dan nak sarapan yang mudah tapi berkhasiat.

Untuk bulan Ramadhan, set ni  sesuai untuk mereka yang tak lalu nak makan masa sahur, budak-budak yang baru belajar berpuasa, ibu mengandung yang ingin meneruskan puasa dan ibu yang masih menyusukan anak.
Terdapat 3 jenis produk dalam set ini iaitu Mealshakes, Energizing Soy Protein (ESP) dan Performance Drink. Mealshakes dan ESP mempunyai perasa vanila, gabungan 2 produk ini akan menghasilkan rasa minuman yang sangat lazat dan berkhasiat. Ia mengandungi 9 jenis asid amino yang lengkap untuk keperluan tubuh dan mampu memberikan tenaga serta mengawal rasa lapar ketika berpuasa.

Performance Drink membantu mengekalkan kandungan air dalam badan kita dan mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehidrasi. Merupakan minuman kegemaran para atlit untuk kekal bertenaga. Mempunyai perasa oren, sesuai diminum begitu sahaja atau dicampur bersama Mealshake dan ESP. Performance Drink merupakan produk pilihan ibu menyusu yang berpuasa kerana banyak tenaga dan bendalir yang dikeluarkan ketika proses menyusu.


Jadi kesimpulannya...semua golongan boleh ambil set Mighty 3 Gems ni dan bukan di bulan puasa saja ye. Jadikan ianya sarapan 'on the go' anda dan dapatkan khasiat yang lengkap dan terbaik.


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com



Wednesday, 30 April 2014

Mealshakes untuk anak anda

Assalamualaikum

Mealshakes??? Macam milk shake je bunyinya. Mesti sedapkan? Sebenarnya ramai ibu-ibu yang happy bila jumpa Mealshakes ni sebab ianya dapat membantu pelbagai masalah anak-anak. Kebanyakan anak-anak sekarang tinggal dengan pengasuh atau dihantar ke nurseri. Setiap hari mereka bercampur dengan ramai budak-budak lain dan dengan sebab itulah mereka lebih senang terkena jangkitan penyakit. Penyakit yang paling senang dan selalu kena ialah demam, batuk dan selsema. Dalam sebulan tu kadang-kadang 2-3 kali kena pergi klinik. Itu semua kos jugak kan?

Jadi apa yang bagus sangat Mealshakes ni yang menyebabkan ia mendapat sambutan hangat di kalangan ibu-ibu? Jom kita tengok apa kebaikannya...

Kebaikan Mealshakes untuk kanak-kanak:

  1. Kurangkan ekzema
  2. Untuk tumbesaran
  3. Untuk perkembangan minda
  4. Untuk tingkatkan selera makan anak
  5. Untuk anak yang dah berhenti susu ibu
  6. Untuk anak kekal aktif
  7. Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  8. Meningkatkan berat badan anak (bagi yang kurang makan)
  9. Membantu anak fokus
  10. Membantu kurangkan kekerapan asthma
  11. Mengatasi masalah sembelit pada anak
  12. Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  13. Membantu menurunkan berat badan anak yang obes
  14. Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  15. Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu
  16. Yang paling BEST, Mealshakes membekalkan 19 vitamin & mineral untuk tumbesaran anak anda.

Jadi kaum ibu di luar sana tak perlulah risau sangat kalau anak anda terlalu memilih makanan (picky eater), makan dalam kuantiti yang sedikit, terlalu gemuk atau sering sakit...insya-allah Mealshakes dapat membantu. Lagi elok bagi makanan tambahan kepada anak-anak daripada selalu kena bagi ubat. Selain daripada itu, boleh kurangkan kos jumpa doktor di klinik. Anak sihat ibu happy...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com