Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.
Showing posts with label performance drink. Show all posts
Showing posts with label performance drink. Show all posts

Monday, 13 June 2016

Set Sahur Ramadhan

Assalamualaikum semua...

Sedar tak sedar dah masuk hari ke-8 bulan Ramadan. Ada yang dah pening nak makan @masak apa masa bersahur dan berbuka. Kalau nak senang boleh je ambil Set Sahur Ramadhan ni...so utk bersahur tak payah pening-pening fikir dah nak bangun awal siapkan lauk-pauk semua...yang penting set sahur ni sangatlah berkhasiat, mengenyangkan dan memberi tenaga. Tak percaya? Cubalah dulu!


Kalau berminat nak cuba boleh contact saya ye...

Asmin
012-7747 857


Thursday, 7 August 2014

Denggi sangat merbahaya

Assalamualaikum

Sejak kebelakangan ni banyak betul dengar orang kena denggi. Risau jugak sebab kalau ada yang demam tak sure denggi ke tidak unless buat blood test. Kalau betul denggi tapi asyik delay sebab ingat demam biasa, itu yang bahaya. Jadi kita kenalah berhati-hati lebih sikit kalau ada ahli keluarga yang demam. Demam denggi terbahagi kepada dua iaitu demam denggi klasikal dan denggi berdarah. Apa yang sangat ditakuti ialah denggi berdarah sebab virus tu boleh attack organ dalaman yang lain dan boleh membawa maut.

Di sini saya suggest Nutriferon dan Performance Drink untuk denggi biasa dan tambah Vivix untuk denggi berdarah. Jom kita lihat apa fungsi setiap satu suplemen ni...


NUTRIFERON
Nutriferon berperanan untuk supaya badan mendapat signal untuk menghasilkan antibodi semulajadi untuk melawan virus denggi.  Nutriferon mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.

PERFORMANCE DRINK (PD)
PD berfungsi untuk mengembalikan dan menstabilkan kandungan air di dalam badan. PD mempunyai garam yang berfungsi untuk menstabilkan badan. PD juga memberikan tenaga yang lebih lama kepada pesakit. Apa yang membezakan PD dan 100 Plus? 100 Plus tidak mempunyai banyak garam natrium di dalamnya dan mempunyai lebih banyak kandungan gula manakala PD tidak mempunyai perisa, pewarna atau pengawet tiruan. Memang berkali-kali ganda lebih bagus dari 100 Plus.

VIVIX
Vivix merupakan tonik anti-penuaan dan anti-oksida semulajadi yang bertindak memperbaiki sehingga tahap DNA sel. Apabila kita sakit, banyak sel-sel yang rosak jadi Vivix dapat membantu memperbaharui sel-sel tersebut. 

Selain daripada itu terdapat beberapa alternatif yang selalu kita dengar untuk membantu mereka yang terkena denggi seperti sup ketam, air pucuk betik dan air kelapa muda. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa...hanya DIA yang menentukan...


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Thursday, 26 June 2014

Susu badan merudum di bulan puasa?

Assalamualaikum

Tak beberapa hari je lagi kita dah nak menyambut bulan Ramadhan. Mesti ramai yang dah plan setiap petang nak masak apa untuk menu berbuka. Tentu ada juga yang dah susun pasar Ramadhan mana yang nak diterjah lepas balik kerja...hehehe...

Tapi yang paling seronok bagi mereka yang bekerja sudah tentu la dapat balik awal, masak untuk keluarga, ada lebih banyak masa dengan anak-anak dan boleh sama-sama menunaikan solat terawih. Selain daripada tu satu benda yang saya suka masa bulan puasa ni, kita boleh jumpa banyak kuih-kuih tradisional yang susah nak dapat pada waktu lain. Dapat la lepaskan ngidam ye tak?

Berbalik pada topik kita hari ni, ramai ibu-ibu menyusu di luar sana yang risau bekalan susu mereka merudum masa bulan puasa. Mengapa? Antara sebabnya kita tak boleh minum air lebih banyak pada waktu siang. Tapi sebenarnya bukan kurang makan atau minum air saja punca susu merudum, banyak lagi faktor lain yang anda perlu tahu. Antaranya ialah:

1) Tekanan/Stress
Tekanan di tempat kerja atau selalu sangat memikirkan samada susu akan cukup atau tidak untuk anak.

2) Pumping
Tidak 'pump' secara konsisten. Jarak antara sesi mengepam janganlah terlalu lama. Seelok-eloknya 3-4 jam sekali.

3) Teknik penyusuan yang tidak betul
Teknik menyusu yang salah boleh menyebabkan susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Pastikan bayi anda menyusu dengan betul dan posisi ketika menyusu juga amat penting.

4) Tidak bersahur
Penting untuk ibu menyusu bersahur supaya dapat nutrisi yang diperlukan dan lebih bertenaga untuk berpuasa sepanjang hari.

Jadi, apakah cara yang boleh dilakukan untu mengelakkan masalah susu berkurangan semasa di bulan puasa?

1) Sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan rezeki
Apa yang kita fikir itu yang kita dapat. Fikir dan katakan pada diri sendiri yang susu akan sentiasa cukup untuk anak anda. Kuasa minda sangat hebat jadi jangan selalu fikirkan yang negatif.

2) Jangan kurangkan sesi mengepam/direct feeding
Apa yang anda lakukan sebelumnya, perlu diikut juga semasa bulan puasa. Jangan fikir anda kurang minum di bulan puasa jadi sesi mengepam juga patut dikurangkan. Ini yang akan menyebabkan kuantiti susu jatuh kerana ia bergantung kepada 'demand & supply'.

3) Penting untuk bersahur
Jangan 'skip' sahur anda. Cuba ambil makanan yang seimbang dan minum air sebanyak yang boleh. Pengambilan kurma juga mampu menambah tenaga ibu dan meningkatkan penghasilan susu badan.

4) Tenangkan diri dan selalu berzikir
Semasa menyusu atau mengepam sentiasa tenangkan fikiran tanpa memikirkan masalah-masalah lain di luar sana. Tumpukan pada sesi tersebut sepenuh hati. Rajin berzikir 'Ya Mattin' yang bermaksud 'Maha Sempurna KekuatanNya'.

5) Ambil suplemen tambahan
Jangan risau, banyak suplemen yang dapat membantu anda mengekalkan kuantiti susu badan walaupun anda berpuasa. Shaklee juga menawarkan produk yang dapat membantu anda kekal bertenaga dan kurangkan hidrasi.

ESP
  • bekalkan tenaga yang berpanjangan
  • sebagai 'milk booster' dan menjadikan susu lebih pekat
  • memberi rasa kenyang yang lebih lama
  • menjadikan kulit ibu dan bayi lebih cantik

Performance Drink
  • mengurangkan kehilangan bendalir dalam badan dan mengelakkan dehidrasi
  • memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan tenaga dalam meningkatkan stamina
  • berperisa oren yang sangat sedap

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Monday, 5 May 2014

Mighty 3 Gems?

Assalamualaikum

Pernah tak anda dengar Mighty 3 Gems? Waaah...apa pulak ni ye? Ok hari ni saya nak kongsi tentang set ni yang sangat popular terutamanya apabila menjelang bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan pun dah tak lama lagi dan sekarang ni ramai yang tengah berpuasa ganti. Maklumlah sekarang dan pun masuk bulan Rejab bermakna tak sampai 2 bulan lagi kita nak menghampiri bulan Ramadhan.

Sebenarnya Set Mighty 3 Gems ni bukan hanya sesuai untuk yang berpuasa, kalau setiap pagi nak dijadikan sarapan segera pun boleh. Biasalah kan sibuk siapkan anak-anak lepas tu nak bergegas ke ofis pulak, selalu tak sempat nak sarapan. Tahu tak kalau orang yang selalu tak ambil sarapan akan cepat bertambah berat badan? Haaa...sebab itulah walau sesibuk mana pun kita sarapan tu adalah perkara yang WAJIB diambil. Jadi set ni memang sesuai sangat untuk mereka yang selalu nak cepat dan nak sarapan yang mudah tapi berkhasiat.

Untuk bulan Ramadhan, set ni  sesuai untuk mereka yang tak lalu nak makan masa sahur, budak-budak yang baru belajar berpuasa, ibu mengandung yang ingin meneruskan puasa dan ibu yang masih menyusukan anak.
Terdapat 3 jenis produk dalam set ini iaitu Mealshakes, Energizing Soy Protein (ESP) dan Performance Drink. Mealshakes dan ESP mempunyai perasa vanila, gabungan 2 produk ini akan menghasilkan rasa minuman yang sangat lazat dan berkhasiat. Ia mengandungi 9 jenis asid amino yang lengkap untuk keperluan tubuh dan mampu memberikan tenaga serta mengawal rasa lapar ketika berpuasa.

Performance Drink membantu mengekalkan kandungan air dalam badan kita dan mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehidrasi. Merupakan minuman kegemaran para atlit untuk kekal bertenaga. Mempunyai perasa oren, sesuai diminum begitu sahaja atau dicampur bersama Mealshake dan ESP. Performance Drink merupakan produk pilihan ibu menyusu yang berpuasa kerana banyak tenaga dan bendalir yang dikeluarkan ketika proses menyusu.


Jadi kesimpulannya...semua golongan boleh ambil set Mighty 3 Gems ni dan bukan di bulan puasa saja ye. Jadikan ianya sarapan 'on the go' anda dan dapatkan khasiat yang lengkap dan terbaik.


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com