Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Tuesday, 24 February 2015

Kenapa Ostematrix best?

Assalamualaikum...

Tak berapa hari je lagi bulan Februari bakal meninggalkan kita...haishh cepat sungguh masa berlalu...banyak lagi tugas yang belum selesai ni huhuhu..bila dah nak hujung bulan bermakna promosi bulan ni pun dah nak habislah...ostematrix, ajht, vitalea dan vitalea kids. Ostematrix ni antara produk yang customer selalu borong bila ada promotion. Bukan apa bila grab promotion beli 6 percuma 1 memang la lebih jimat dan dah ada stok untuk 7 bulan...senangkan? Ostematrix ni satu botol memang untuk sebulan. Sebotol ada 120 tablet dan sehari kena ambil 4 biji untuk cukupkan 1000mg keperluan kalsium harian kita.

Kenapa ramai yang suka sangat Ostematrix ni? Antara sebabnya ramai yang kurang gemar minum susu jadi telan tablet lagi senangkan? Selain daripada tu mereka yang selalu sakit-sakit badan, sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut dan sendi memang dah rasa kesan yang positif bila konsisten ambil pil kalsium ni. Ostematrix bukan hanya kalsium semata...ia juga mengandungi magnesium, vitamin D, boron, mangan, tembaga dan zink. Setiap satu mempunyai peranan yang penting untuk memastikan kita mendapat sumber kalsium yang terbaik. Boleh baca di sini untuk penerangan yang lebih detail.

Apa-apa pun jangan lepaskan peluang untuk dapat harga murah bulan ni ok. Sabtu ni dah last day...




Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris

Email: asmin.fahmi@gmail.com

Monday, 2 February 2015

Menarik promosi Februari

Assalamualaikum...

Dah masuk bulan baru mestilah ada promosi baru kan? Bulan ni memang sesuai sangat untuk mereka yang ada masalah sendi, selalu sakit belakang, sakit lutut atau yang seangkatan dengannya. Sebabnya promosi bulan ni ada ostematrix dan ajht selain promosi vitalea dan vitalea untuk kanak-kanak. 

Ramai sebenarnya yang ada masalah sendi atau sakit belakang ni, tak kira muda atau tua. Ostematrix ni memang banyak membantu sebab ramai yang tak suka minum susu jadi sumber kalsium tu kurang. Kalsium sebenarnya banyak sangat fungsinya...nanti saya kongsi di entry yang lain.

Jadi sempena promosi yang best ni...jom shopping dengan saya...harga pastinya super duper best! Jom hadiahkan kepada ibubapa kita Set Sendi yang sangat membantu mereka dan permudahkan mereka untuk beramal ibadah dengan lebih selesa.




Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Friday, 14 November 2014

Analogi sebuah rumah dengan Ostematrix

Assalamualaikum

Tadi saya teringat satu perkara yang saya belajar masa hadiri Bengkel Nutrisi Ahad lepas. Rasa nak kongsi dengan anda semua supaya kita semua faham apa fungsi setiap bahan dalam Ostematrix. Ramai yang sedia maklum Ostematrix ni kalpet kalsium yang mudah untuk diambil untuk melengkapkan keperluan kalsium harian kita. Tak semua orang suka minum susu atau ambil produk yang kaya dengan kalsium seperti keju, yogurt, sayuran hijau, salmon, kacang soya, oat dan tofu. Jom kita tengok berapa banyak keperluan kalsium seseorang mengikut peringkat umur.


Jadi anda di kategori mana? Apakah gejala yang akan terjadi jika seseorang kekurangan kalsium? Anda boleh check jika anda ada mana-mana tanda seperti di bawah.
  • Badan mudah mengalami masalah kekejangan atau kebas-kebas
  • Sering mengalami sembelit
  • Mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam
  • Sering mengalami sakit dan lenguh pada bahagian pinggang
  • Emosi tidak stabil dan mudah naik angin
  • Proses pembekuan darah dan penyembuhan luka sangat lambat
  • Menyukarkan pembentukan tisu kolagen, ia boleh membawa kepada masalah arthritis
  • Merendahkan kadar metabolisme dalam badan
  • Boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  • Lemah, 'lemau', tidak bersemangat dan cepat letih
  • Risiko mendapat masalah tulang reput (osteoporosis) sangat tinggi
Okey, berbalik kepada analogi yang saya nak kaitkan dengan Ostematrix. Dalam Ostematrix ada lima bahan utama iaitu kalsium, magnesium, vitamin d, boron dan mangan, tembaga, zink. Bayangkan anda hendak membuat sebuah rumah...

Kalsium
- umpama batu bata yang akan digunakan untuk membuat dinding rumah.

Magnesium
- simen yang digunakan untuk mencantumkan batu bata dan menjadikan dinding rumah tersebut lebih cantik.
- Ini bermakna magnesium sangat penting untuk mencantumkan kalsium dalam tulang.

Vitamin D
- umpama pintu dan tingkap rumah yang terbuka.
- vitamin d membuka pintu untuk meningkatkan penyerapan kalsium di dalam badan.
- jika kalsium yang diambil tiada vitamin d, penyerapan yang sempura tidak akan berlaku.

Boron
- umpama supervisor/mandur kepada kontraktor yang membuat rumah tersebut. 
- memastikan agar semua menjalankan tugas masing-masing dengan lebih efisien.

Mangan, tembaga & zink
- umpama kontraktor yang membuat rumah.
- ketiga-tiganya membantu enzim untuk penghasilan kalsium.

Haaa...sekarang jelas tak kenapa kesemua bahan di atas perlu diambil bersama kalsium? Kalsium juga lebih elok diambil pada waktu malam sebelum tidur kerana penyerapan kalsium bergantung kepada kekerapan kita buang air kecil. Pada waktu malam, kita kurang ke tandas, jadi tubuh dapat menyerap kalsium lebih banyak. Untuk pengetahuan anda, Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan dan pada jam yang ke-empat penyerapan kalsium berada di tahap yang paling optimum.



Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com


Friday, 26 September 2014

Set bersalin ibu-ibu moden

Assalamualaikum

Since semalam ada kawan tanya tentang set bersalin, teringin nak buat entry jugak. Semenjak dua menjak ni memang sangat popular set bersalin Shaklee sebabnya mereka yang guna set hamil boleh sambung je dengan vitamin tu untuk pantang cuma tambah 2-3 produk je lagi.

Kenapa set bersalin Shaklee menjadi pilihan ibu-ibu masa kini? Antara sebabnya ialah:
  • Boleh digunakan sejurus selepas bersalin
  • Diteruskan penggunaan walaupun semasa bayi kuning (juandice) atau G6PD.
  • Digunakan untuk semua jenis kelahiran: Normal/Pembedahan/Pra-matang.
  • Membantu ibu pulih segera dari luka bersalin dan luka dalaman rahim.
  • Membantu untuk menambah semula darah yang banyak kehilangan semasa bersalin.
  • Memberi tenaga kepada ibu yang letih dan lesu selepas melahirkan anak dan yang perlu berjaga malam menjaga bayi.
  • Mengelakkan stress dan tekanan kepada ibu dan seterusnya mengelakkan daripada meroyan.
  • Mengawal keguguran rambut.

Set bersalin ni terdiri dari 3 jenis iaitu Set Bersalin Asas, Set Bersalin Optimum dan Set Bersalin Extra (Breasfeeding + Slimming). Apa bezanya? Set ni sebenarnya mengikut budget dan keperluan pengguna.

1) Set Bersalin Asas

Terdiri daripada Vitalea, Vita C Sustained Released, B Complex dan Zinc Complex.




2) Set Bersalin Optimum

Terdiri daripada Vitalea, Vita C Sustained Released, B Complex dan Zinc Complex, ESP dan Ostematrix.




3) Set Bersalin Extra (Breasfeeding + Slimming)

Terdiri daripada Vitalea, Vita C Sustained Released, B Complex dan Zinc Complex, ESP, Ostematrix, Alfalfa Complex dan Lecithin.


FUNGSI SETIAP PRODUK DALAM SET BERSALIN

VITALEA
  • Multivitamin terbaik yang lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh
  • Membantu ibu-ibu yang berpantang makan mendapat zat nutrisi sepenuhnya sepanjang tempoh berpantang
  • Mengandungi zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah bagi menggantikan kehilangan darah semasa bersalin
  • Membantu mengekalkan zat besi di dalam susu ibu pada paras yang selamat (untuk keperluan bayi di bawah 6 bulan)
  • Memberi stamina dan tenaga kepada ibu berpantang berjaga malam untuk menjaga bayi
VITA C 500mg SUSTAINED RELEASE
  • Bersifat “Sustained Release” iaitu 100mg Vitamin C dilepaskan setiap jam bagi memenuhi keperluan Vitamin C secara berterusan
  • Membina antibodi tubuh ibu berpantang dan bayi melalui penyusuan susu ibu
  • Membantu penyembuhan luka bersalin dengan cepat
  • Meningkatkan penyerapan zat besi ke dalam tubuh
B COMPLEX
  • Mengandungi 8 jenis vitamin B yang diperlukan olen tubuh
  • Sangat penting dalam menjaga kesihatan saraf
  • Memberi tenaga kepada ibu berpantang berjaga malam untuk menjaga bayi
  • Membantu mengelakkan ibu dari tekanan / meroyan
  • Meningkatkan tahap metabolisma ibu
ZINC COMPLEX
  • Sangat penting untuk membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran
  • Mengelakkan rambut ibu daripada gugur
  • ESP
  • Protein merupakan salah satu kandungan utama dalam susu ibu 
  • Ibu berpantang akan merasa lebih bertenaga dan lancar menghasilkan susu 
  • Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel badan
  • Memberi rasa kenyang yang lama
  • Memperbaiki kulit kusam dan tidak bermaya
OSTEMATRIX
  • Kalsium merupakan salah satu khasiat yang penting yang terkandung di dalam susu ibu
  • Mengelakkan masalah sakit belakang,  tulang dan gigi  
  • Bantu tingkatkan penghasilan susu ibu
  • Mengandungi Magnesium yang merupakan agen pelawas yang sangat baik yang dapat membantu mengatasi masalah sembelit yang sering dialami oleh ibu-ibu yang sedang berpantang
ALFALFA COMPLEX
  • Digelar 'raja segala tumbuhan' kerana terlalu banyak khasiat
  • Bertindak sebagai 'milk booster' yang menggalakkan pengeluaran susu ibu 
  • Agen detoks yang berkesan
LECITHIN
  • Dikenali sebagai PENGEMULSI semulajadi kerana ia mempunyai kesan 'melekat pada lemak' 
  • Menyebabkan lemak terapung dalam darah dan mencegahnya daripada melekat pada salur darah
  • Membantu mengelakkan ibu berpantang mendapat bengkak susu 
Kebanyakan feedback yang diberi oleh pengguna set bersalin ni ialah rasa sihat dan cergas, susu melimpah ruah, bayi tak meragam dan kurang rasa tertekan walaupun kena melayan kerenah anak-anak lain. Saya sangat syorkan mereka yang bakal bersalin mengambil set ini. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi dan memilih set yang sesuai dengan budget anda. Semoga anda dan bayi sihat-sihat selalu:)

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Thursday, 24 July 2014

Slip Disc dan Shaklee

Assalamualaikum

Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesihatan yang baik sepanjan bulan Ramadhan ni. Kesihatan merupakan satu nikmat dan rezeki yang selalu kita lupa. Ramai yang menggangap rezeki hanya jika kita kaya dan mewah. Sebenarnya kekayaan adalah rezeki dan juga dugaan dariNya. Ada orang yang kaya harta tapi miskin jiwa. Tapi ada yang kaya jiwa tapi miskin harta. Anda dalam kategori mana? Apapun kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada terutamanya kesihatan yang baik, makan minum yang mencukupi dan anak-anak yang sihat dan cerdik. Sama-samalah kita berdoa dan meningkatkan amalan di penghujung Ramadhan ni. Semoga segala amalan kita diterima Allah...

Hari ni saya nak berkongsi tentang slip disc. Sebenarnya ramai yang mengalami slip disc tapi tidak menyedarinya. Kadang-kadang tu rasa sakit tapi hanya sangkakan sakit sendi biasa dan tidak mendapat rawatan lanjut. Sebenarnya slip disc ni tiada ubat tetapi terdapat cara yang tertentu atau suplemen yang dapat mengurangkan kesakitan dan memberi lebih keselesaan.

APA ITU SLIP DISC?

Slip disc secara ringkas bermaksud tulang belakang yang “teralih” atau “mengelongsor dari kedudukan asal. Ini disebabkab oleh gel antara tulang yang berfungsi menyerap tekanan telah bocor seterusnya mengakibatkan alihan. Apabila ini terjadi, tulang akan menekan pula saraf-saraf yang mengawal anggota badan seperti kaki, tangan dan leher. Kesakitan melampau menyebabkan anggota badan menjadi kebas pergerakan akan terbatas.


PUNCA SLIP DISC TERJADI

  • cara mengangkat beban yang salah
  • selalu mengangkat beban yang terlalu berat
  • orang yang pernah terjatuh tetapi tidak mendapatkan rawatan
  • duduk atau baring pada postur yang tidak betul
  • kecederaan ketika bersukan
  • pernah mengalami kemalangan yang melibatkan tulang belakang
  • berat badan yang berlebihan

CARA MERAWAT SLIP DISC

1) Physiotherapy – menjalani sesi dengan pakar yang menunjukkan kaedah senaman yang betul untuk menguatkan otot. Ini termasuklah sesi rawatan menggunakan tuala panas pada bahagian sakit.
2) Stereoid – Untuk kesakitan biasa, suntikan stereoid dapat menguatkan otot belakang dan mengurangkan kesakitan.
3) Pembedahan – Ini adalah langkah terakhir di mana bahagian tulang dan disc yang terkeluar akan dikikis. Untuk kes yang lebih serius, kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang.

Selain daripada kaedah-kaedah di atas, suplemen Shaklee juga mampu membantu mereka yag mengalami masalah ini. Ramai yang berpuas hati setelah mengamalkan Set Sendi Shaklee bersama Vivix.



ADVANCE JOINT HEALTH TABLET
- memelihara ligament (tisu penyambung) yang sihat.
- menyokong keselesaan sendi.
- meningkatkan kesan kusyen.

OSTEMATRIX
- Sumber kalsium yang penting untuk kesihatan tulang,otot dan ligamen.
- Magnesium membantu penyerapan kalsium dan membantu menguatkan tulang.
- Vitamin D merangsang penyerapan kalsium.

OMEGA GUARD
- Mengurangkan inflamasi atau radang akibat sakit sendi.
- Bertindak sebagai pelincir pada sendi.

VIVIX
- Merupakan agen anti penuaan yang menjaga keanjalan struktur disc tulang belakang dan mengurangkan risiko slip disc.
- Menyokong kesihatan sendi.
- Menyokong kesihatan menyeluruh.

Set sendi ini juga sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sendi selain dari slip disc. Apa yang penting, produk Shaklee selamat, halal dan berkesan...semestinya tiada kesan sampingan seperti steroid atau ubat-ubatan lain.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Sunday, 13 July 2014

Set migrain membantu anda

Assalamulaikum

Siapa yang pernah kena migrain? Mesti sakit sangat dan hanya nak baring je kan? Nak buat kerja pun tak larat. Ramai di antara kita kalau kena migrain mesti telan ubat atau pain killer. Sebenarnya ubat hanya memberi kelegaan sementara dan bukannya membantu menghilangkan penyakit tersebut. Berbeza dengan vitamin yang mana jika diambil secara konsisten ia mampu mengurangkan dan lama-kelamaan dapat hilangkan masalah migrain tersebut.

Apakah antara faktor yang menyebabkan migrain terjadi?

1. Kesan daripada alahan seseorang
2. Silau akibat lampu yang terang
3. Bunyi yang terlalu kuat
4. Hormon estrogen yang tidak stabil bagi wanita
5. Tekanan fizikal atau emosi
6. Waktu tidur yang tidak teratur
7. Merokok atau terdedah kepada asap rokok
8. Stres atau tekanan melampau
9. Menahan lapar atau makan tak tentu masa
10. Perubahan cuaca yang tidak menentu
11. Mengambil minuman berkafein atau bergas secara berlebihan
12. Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate(MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan migraine kerana ada di antara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah

Cadangan vitamin Shaklee yang dapat membantu anda:




1) Ostematrix.
Terdiri dari kalsium,magnesium dan vitamin D. Kalsium yang dapat meringankan stress,memperbaiki jantung berdebar,memperbaiki depresi,mood swing dan sakit kepala. Magnesium dapat membantu sistem saraf, pengecutan otot dan saraf, menstabilkan denyutan tidak sekata yang sering di hadapi oleh penghidap migrain. Ostematrix juga sangat bagus untuk membantu kita untuk tidur lebih lena.

2) B complex
Mengandungi vitamin B2 dan B6 yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat migrain.Juga pengambilan vitamin ini dapat mengurangkan gejala stress,strok dan depressi. Juga sangat terkenal dengan panggilan "painkiller semulajadi".

Pengambilan makanan yang betul dan berkhasiat serta mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan rehat/tidur yang cukup mampu membantu mengurangkan masalah ini serta pengambilan supplemen juga dapat membantu.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Thursday, 10 July 2014

Atasi gastrik di bulan puasa

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Macam mana anda semua hari ini? Alhamdullilah dah masuk hari ke-12 kita di bulan Ramadhan. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik sepanjang bulan puasa ni agar kita dapat beribadah dengan lebih baik.

Tapi tak dinafikan ada di antara kita yang diuji dengan kesakitan semasa berpuasa. Ada yang berazam dan semangat nak puasa, tiba-tiba diserang gastrik pula. Apa itu penyakit gastrik?

Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

Antara punca gastrik adalah amalan waktu pemakanan yang tidak menentu, kesan sampingan ubat-ubatan, pengambilan alkohol, masalah anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun, stress ekstrem dan jangkitan virus tertentu.

Antara tips yang boleh dikongsi untuk mengurangkan masalah gastrik ialah:
  • Berbuka dengan makanan yang ringan terlebih dahulu. Elok berbuka dengan kurma dan kuih-muih terlebih dahulu untuk mengelakkan kejutan kepada perut.
  • Elakkan berbuka dengan minuman sejuk, berkafein atau bergas. Seeleok-eloknya berbuka dengan air suam.
  • Tidak digalakkan berbuka dengan makanan yang pedas, berminyak dan berlemak. Sebaiknya cuba berbuka dengan bubur, sup atau sayur-sayuran.
  • Makanan dengan jumlah yang sederhana. Tidak perlu habiskan makanan sekaligus, boleh sambung makan lepas bersolat kelak.
Selain daripada itu, anda boleh mencuba Set Gastrik Shaklee yang telah banyak membantu ramai orang yang mengalami masalah ini lebih-lebih lagi semasa bulan puasa.


Ostematrix
  • Vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D
  • membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.
  • Kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa yang memang gemar minum susu adalah jarang untuk mendapat gastrik.

B Complex

  • Bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda. 
  • Melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita.
  • Berlainan sifat dengan pain killer yang hanya bersifat menghilangkan kesakitan yang sementara. Elakkan mengambil pain killer terlalu kerap.

Energizing Soy Protein (ESP)
  • Sumber protein unggul daripada kacang soya non- GMO dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. 
  • Nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pecernaan makanan.
Testimoni pesakit gastrik





Alhamdullilah ramai yang sudah merasai kebaikan vitamin dan suplemen Shaklee. Kalau anda ada masalah yang sama jangan ragu-ragu untuk mencuba ya.


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Sunday, 11 May 2014

Set kehamilan pilihan ramai

Assalamualaikum

Sejak akhir-akhir ni ramai betul ibu-ibu mengandung yang mengambil set hamil Shaklee dan ramai jugak yang bagi feedback macam ni

'Saya rasa lain la pregnant kali ni bila consume set hamil Shaklee. Tak penat macam masa pregnant anak sulung dulu'

'Tiap-tiap kali check-up kat klinik doktor cakap HB cantik je'

'Nasib baik jumpa Shaklee, kalau tidak time awal pregnant je mesti lemah tak bermaya'

Waaahhhh...seronoknya ibu-ibu mengandung ni bila ambil set Shaklee kan? Empat tahun dulu saya masih belum kenal Shaklee walaupun dah lama Shaklee bertapak di Malaysia. Kalau tidak bole consume Shaklee masa pregnant anak bongsu. Sebelum ni mana ada orang promote Shaklee kat internet melalui blog dan FB jadi susah sikit la nak dapat info kan? Sekarang ni blog pasal produk Shaklee tumbuh bak cendawan la pulak hik...hik

Jom kita tengok apa yang ditawarkan dalam set hamil ni. Apa yang sangat membantu kaum ibu kekal cergas dan bersemangat sepanjang tempoh kehamilan.



Apakah kelebihan yang terdapat pada Set Kehamilan Shaklee?
  • Kandungan asid folik di dalam B Complex melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang.
  • Asid folik jga menghalang ibu dari risiko kanser dan strok.
  • Vita-Lea mengandungi zat besi yang tinggi mengelakkan masalah anemia dan kekurangan sel darah merah.
  • Zat besi juga berperanan untuk memastikan bayi mendapat semua zat dari makanan ibu, jadi ini akan mengurangkan risiko bayi pra-matang dan masalah bayi kurang berat badan.
  • Vita C Sustained Release yang mencukupi akan membantu mengurangkan risiko terkena demam atau selsema, satu biji Vita C bersamaan 7 1/2 biji buah oren. 
  • Omega Guard mengandungi DHA tinggi untuk membantu perkembangan otak bayi. Ibu boleh mula mengambil Omega pada trimester kedua.
  • Kalsium adalah salah satu mineral yang penting untuk ibu mengandung. Ostematrix adalah kalsium-magnesium yang membantu sistem saraf, otot dan peredaran darah si ibu, juga mengelakkan kekejangan yang sering berlaku pada ibu-ibu hamil.
  • Juga membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat bagi ibu dan bayi
  • ESP adalah makanan berindek glisemik rendah, jadi dapat memberikan tenaga yang berpanjangan kepada ibu.
  • Juga kandungan protein tulen ESP juga akan menghasilkan sel-sel kulit yang baru, jadi kulit ibu tampak lebih cantik dan kulit anak yang bakal lahir pun akan jadi halus, mulus dan gebu.
Bila ibu sihat dan gembira menjalani tempoh kehamilan, baby kat dalam tu pun happy je. Anda sepatutnya menikmati setiap detik sepanjang tempoh 9 bulan itu dengan penuh kebahagiaan...pilihlah suplemen yang dapat membantu anda dan bayi mencapai tahap kesihatan yang optimum. Yang paling penting pilih yang selamat dan berkesan...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Wednesday, 16 April 2014

Ostematrix - Sumber kalsium terbaik!

Assalamualaikum...

Hari ni nak cerita kelebihan Ostematrix yang dah menjadi pilihan ramai. Memandangkan bulan April ni promosi beli 6 percuma 1, memang ramai yang ambil peluang beli dan buat stok. Satu botol memang untuk sebulan sahaja sebab satu hari perlu ambil 4 biji untuk memenuhi keperluan kalsium harian. 


Sebiji ostematrix mengandungi 250mg kalsium, orang dewasa berumur 19-50 tahun memerlukan 1000mg keperluan kalsium sehari. Jadi sehari mestilah wajib ambil 4 biji ostematrix kan? Mari kita lihat apa kelebihan ostematrix ni...


MANFAAT UTAMA OSTEMATRIX :


Menguatkan tulang

Kalsium menghalang osteoperosis, menguatkan kuku, gigi dan saraf. Ia juga merawat tulang reput dan menguatkan gusi.

Membantu masalah kekejangan dan kebas

Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur dapat mengurangkan kebas-kebas, kekejangan dan sakit sendi.

Meringankan stress

Ostematrix mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, membantu tidur yang lebih nyenyak, membantu depresi, mood yang tidak tetap dan sakit kepala.

Membantu masalah haid

Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium secara serentak dapat meringankan sakit ketika haid.

Pengalkalian tubuh

Kalsium adalah mineral yang beralkali dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ia juga menghalang obesiti semasa tua. kalsium juga membantu penyerapan nutrien dan merangsang detoxfikasi.



SIAPA PERLUKAN OSTEMATRIX?
1. Ibu hamil dan menyusukan anak
2. Mereka yang selalu mengalami sakit sendi, kejang dan kebas
3. Mereka yang tidak dapat tidur dengan nyenyak
4. Mereka yang sering sakit kepala
5. Mereka yang mengalami PMS yang teruk
6. Sesiapa yang sering sembelit
7. Golongan yang tidak mengambil susu atau produk tenusu lain.



Jom sama-sama tingkatkan pengambilan kalsium harian kita...


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com