Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.
Showing posts with label vita c sustained release. Show all posts
Showing posts with label vita c sustained release. Show all posts

Monday, 15 June 2015

Bulan kecantikan

Assalamualaikum...

Tak lama lagi dah nak puasa maknanya dah tak lama jugaklah nak raya. Time raya memang sinonim dengan kita akan berjumpa dengan sanak-saudara yang jauh mahupun yang dekat. Bila nak jumpa ramai orang ni, mestilah nak pakai cantik-cantik, badan langsing dan yang paling penting muka pun cantik berseri.

Memang bertepatanlah dengan promosi yang Shaklee tawarkan bulan ni...produk untuk cantik iaitu Vita C dan E. Vitamin C Sustained Release ni memang sangat popular di kalangan mereka yang menjaga kecantikan kulit. Satu masa dulu bila Vita C takde stok ramai yang meroyan:)

Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya sudah diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’. Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Ini kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan.

Selain itu, satu biji Vita-C ini juga mampu membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 biji buah oren beserta dengan kulitnya. Sudah pasti kita tidak mampu untuk memakan buah limau sebanyak ini setiap hari, kan? Vitamin C Shaklee juga mengandungi bioflavonoids untuk meningkatkan keberkesan vitamin C itu sendiri.

Bagi Vita E Shaklee pula, ia dihasilkan dari minyak soya organik dan minyak biji gandum
yang sememangnya kaya dengan vitamin E juga dari ekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocoperol yang aktif secara fisiologi dan digabungkan dengan 8 jenis vitamin E. Ia merupakan vitamin E yang lengkap.

Vita E complex dilengkapi dengan 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kaya menyerap vitamin E dengan lebih efisyen. Ia juga memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Vita E juga tinggi anti-oksidan dan penyahtoksik yang hebat.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Vita C & Vita E hari ini pada harga promosi...buat pengetahuan semua dari sekarang hingga October 2015, pendaftaran ahli baru akan mendapat sebotol Vitalea (multivitamin lengkap) secara percuma. Jom join Shaklee!

Sihat dan cantik dengan vitamin semulajadi...



Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com


Tuesday, 20 January 2015

Kenapa protein penting untuk kulit yang cantik?

Assalamualaikum...

Ramai yang gunakan pelbagai jenis suplemen untuk mencantikkan kulit. Tapi tak semua orang mendapat kecantikan kulit yang mereka idamkan. Mengapa? Apa yang penting untuk diambil bagi mendapatkan kulit yang cantik? Protein merupakan makanan asas yang penting untuk kita dapatkan kulit yang cantik dan sihat.

Protein terdiri daripada rantaian asid amino. Apabila kita mengambil protein dalam diet harian, protein akan dicernakan menjadi asid amino dan diangkut melalui darah ke seluruh badan. Sel akan memilih asid amino yang diperlukan untuk membina tisu baru, antibody, hormone, enzim dan sel darah merah.

Protein penting untuk pembaik pulih tisu serta membina tisu yang baru. Setiap sel memerlukan protein untuk menentukan jangka hayatnya. Protein adalah bahan utama untuk menggantikan sel yang rosak atau mati.

Kebanyakan sel darah putih diganti setiap 10 hari. Sel kulit pula diganti setiap 24 hari.
Lebih daripada 98% molekul badan diganti sepenuhnya setiap tahun. Tahukah anda yang otot, rambut, kuku, kulit dan mata diperbuat daripada protein? Begitu juga dengan sel yang membuat hati, buah pinggang, jantung, paru-paru, otak, saraf serta kelenjar seks.

Fakta Penting Protein

Badan memerlukan 9 jenis ASID AMINO PERLU yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan perlu diambil daripada diet harian ataupun supplement. 9 asid amino perlu ini akan membentuk 13 jenis asis amino tidak perlu.

Bagaimana protein mencantikkan kulit?

Kulit menjadi anjal disebabkan kehadiran kolagen yang bertindak seperti simen yang kuat menggabungkan di antara satu sel dengan sel yang lain. Kolagen adalah tisu berstruktur dan proses penggantiannya sangat perlahan. KOLAGEN DIPERBUAT DARIPAPA PROTEIN BERSERAT. Hakikatnya, 30% daripada keseluruhan protein dalam badan adalah kolagen. Fiber putihnya yang kuat itu adalah lebih kuat daripada wayar logam yang sama saiznya serta mempunyai rangkaian elastic kuning yang dipanggil ELASTIN, membentuk jambatan tisu yang memegang badan kita.

Kolagen menguatkan kulit, salur darah, tulang dan gigi. Kolagen adalah satu di antara protein yang penting di dalam badan manusia. Otot-otot di bahagian kaki dan tangan akan mula menggeleber bagi orang sakit atau yang mengamalkan diet rendah protein sebagai tanda mereka sudah kehilangan kolagen.

Jadi pengambilan protein memang sangat penting dalam diet seharian kita. Bagi kecantikan kulit pula selain protein, vitamin A,C dan E juga penting untuk diamalkan.


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Saturday, 13 December 2014

Kulit makin licin berseri dengan Shaklee

Assalamualaikum

Ramai yang nak kulit licin, cerah, tegang dan flawless tapi ramai yang tak konsisten makan suplemen. Saya dapat lihat perbezaan pada customer yang konsisiten amalkan suplemen dan mereka yang selalu skip ambil suplemen. Kalau yang ikut cara yang saya berikan dan minum air kosong secukupnya memang cepat saja dapat lihat hasilnya. 

Suplemen apa yang selalu diambil oleh customer saya? Kalau ambil yang basic pun ok asalkan amalkannya setiap hari. Di bawah ni merupakan suplemen yang basic untuk nak dapatkan kulit yang cantik dan berseri...


B complex
Penting dalam menstabilkan hormon kita dan digelar juga vitamin anti-stress. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil.

Vitamin C
Ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai yang terigin nak beli kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.

Vitamin E
Sangat terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.

Protien
Pengambilan protein sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik.


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Friday, 5 December 2014

Vitamin C wajib diambil setiap hari

Assalamualaikum

Sebelum bertemu dengan Shaklee, saya memang tak pernah konsisten makan apa-apa jenis suplemen atau vitamin. Salah satu sebabnya kurang kesedaran tentang kepentingan vitamin dan tak pasti nak pilih brand mana yang bagus sebab di farmasi tu banyak sangat jenama yang ada. Jadi bila saya dah terjebak dengan bisnes Shaklee ni, banyak pengetahuan dan ilmu tentang suplemen, vitamin serta kelebihan setiap jenis suplemen tu yang saya dapat. Jadi saya tahu yang mana satu nak pilih dan jadikan amalan harian.

Antara suplemen yang wajib saya ambil setiap hari ialah vitamin c. Apabila dah setahun ambil vitamin c ni, saya dapat rasakan perubahan dari segi imun badan. Boleh dikatakan sepanjang tahun 2014 ni saya belum pernah demam atau selsema. Alhamdullilah...syukur sangat dengan rezeki kesihatan yang Allah kurniakan.

Apakah kelebihan Vita C Sustained Release yang dikeluarkan oleh Shaklee? Apakah yang dimaksudkan dengan Sustained Release ni? Jom kita sama-sama korek kelebihannya...

Sustained Release atau bahasa Melayunya 'pelepasan masa' ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar vitamin dilepaskan secara perlahan mengikut keperluan badan. Sebagai contoh, Vita C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C, jadi setiap sejam 100mg akan dilepaskan dalam aliran badan kita. Oleh itu vitamin C tersebut mampu bertahan sehingga 5-6 jam di dalam badan berbanding dengan vitamin c biasa yang hanya mampu bertahan 2-3 jam sahaja. Sustained Release suplemen menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan) serta menstabilkan paras darah pada waktu siang dan malam.

Vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan pelbagai faktor lagi. Jadi anda boleh mengambil vitamin c 2-3 biji sehari utuk mencukupkan keperluan badan anda. Anda juga dinasihatkan minum air yang cukup untuk vitamin c menjalankan fungsinya.

Selain daripada bersifat Sustained Release, Vita C Shaklee mengandungi bioflavonoid. Ia mengadungi Citrus Bioflavanoid Complex 120mg (7.5mg bagi setiap Lemon, Orange dan Grapefruits Bioflavanoids dan 7.5mg Hesperidin). Apa pula bioflavonoid ni? 

Bioflavonoid atau yang dikenal dengan nama vitamin P juga selalu disebut dengan nama Flavonoids. Bioflavanoids ni merupakan kelompok pigmen yang larut dalam air. BioFlavonoids adalah kelompok dari senyawa polyphenoic yang banyak terdapat pada berbagai jenis tanaman.

Istilah bioflavonoid merujuk pada beberapa jenis zat seperti hesperin, hesperidin, eriodictyol, quercetin, quercertrin, rutin, myricetin, apigenin, luteolin, catechin, citrin, luteolin, dan flavonoid lainnya. Nutrien ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan perlu dapatkan dari makanan.

Bioflavonoids dapat bekerja dengan baik iaitu dengan adanya vit B6, Vit c, vit E, Tyrosine, Kalsium dan Zink.



Jadi apa bagusnya bioflavonoid ni?

Bioflavonoid bekerja efektif bersama vitamin C dan membantu fungsi vitamin C. Selain itu, Bioflavanoid berfungsi untuk:

  • menjaga kekuatan pembuluh darah (kapilari darah) dan mengatur penyerapannya.
  • membantu vitamin C dalam menjaga kolagen agar tetap dalam keadaan yang baik. 
  • membantu penyerapan dan penggunaan vitamin C.
  • mencegah kerosakan vitamin C kerana oksidasi.
  • mengurangkan hipertensi.
  • mengurangkan pendarahan.
  • mencegah kerosakan pembuluh kapilari dan jaringan penghubung.
  • membentuk pelindung terhadap jangkitan.
  • memiliki kesan menghilangkan rasa nyeri.
  • dapat mengurangkan gejala-gejala pendarahan jangka panjang.
  • memperbaiki penyakit herpes rongga mulut (oral herpes).
  • merupakan antioksidan, pencegah pembentukan radikal bebas.
  • mencegah terjadinya serangan penyakit jantung coronary dan stroke. Ini adalah kerana ia mampu mencegah pelekatan sel darah merah dan kerosakan HDL. 
Bioflavonoids juga berfungsi sebagai antioksidan dalam tumbuh-tumbuhan. Cuba kita lihat, tumbuh-tumbuhan yang terdedah kepada cahaya matahari sepanjang hari, menerima dos cahaya ultraungu (UV) yg tinggi kan? Bioflavonoids membantu melindungi tumbuhan daripada sinaran UV yang berbahaya dan meneutralkan radikal bebas molekul tidak stabil dengan elektron berpasangan yang mereka keluarkan. Dan apa yang bagusnya tu, kesan antioksidan bioflavonoid yang sama macam ni jugak berlaku pada kita yg mengambilnya! 

Jadi memang perlulah kita mengambil vitamin c setiap hari bagi meningkatkan kesihatan diri. Untuk anak-anak ada juga vitamin c tau...Cheewable Vita C Plus...yang ni anak-anak boleh gigit macam coklat je...



Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Monday, 1 December 2014

Promosi berkembar Vita C dan Vita E

Assalamualaikum

Tengah hari tadi dapat tahu yang bulan ni ada promosi berkembar lagi. Wahhh...baik hati betul Shaklee ni. Bulan ni bolehlah digelar bulan kecantikan sebab Vitamin E dan Vitamin C memang best untuk kulit. Walau bagaimanapun, kedua-dua vitamin ni ada banyak lagi kelebihan selain untuk kulit. Antaranya Vita E merupakan vitamin yang mengandungi anti-oksidan yang tinggi jadi pengamalnya akan terhalang dari radikal bebas. Selain daripada itu, Vita E juga sangat bagus untuk mereka yang mengalami masalah kesuburan.

Vita C Sustained Release pula bagus untuk tingkatkan imun badan kita jadi susahlah kita nak dapat demam dan selsema jika imun badan kita kuat. Vitamin c juga penting untuk membantu penghasilan kolagen dalam badan. Jadi jom borong dua-dua vitamin cantik ni!



Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Friday, 26 September 2014

Set bersalin ibu-ibu moden

Assalamualaikum

Since semalam ada kawan tanya tentang set bersalin, teringin nak buat entry jugak. Semenjak dua menjak ni memang sangat popular set bersalin Shaklee sebabnya mereka yang guna set hamil boleh sambung je dengan vitamin tu untuk pantang cuma tambah 2-3 produk je lagi.

Kenapa set bersalin Shaklee menjadi pilihan ibu-ibu masa kini? Antara sebabnya ialah:
  • Boleh digunakan sejurus selepas bersalin
  • Diteruskan penggunaan walaupun semasa bayi kuning (juandice) atau G6PD.
  • Digunakan untuk semua jenis kelahiran: Normal/Pembedahan/Pra-matang.
  • Membantu ibu pulih segera dari luka bersalin dan luka dalaman rahim.
  • Membantu untuk menambah semula darah yang banyak kehilangan semasa bersalin.
  • Memberi tenaga kepada ibu yang letih dan lesu selepas melahirkan anak dan yang perlu berjaga malam menjaga bayi.
  • Mengelakkan stress dan tekanan kepada ibu dan seterusnya mengelakkan daripada meroyan.
  • Mengawal keguguran rambut.

Set bersalin ni terdiri dari 3 jenis iaitu Set Bersalin Asas, Set Bersalin Optimum dan Set Bersalin Extra (Breasfeeding + Slimming). Apa bezanya? Set ni sebenarnya mengikut budget dan keperluan pengguna.

1) Set Bersalin Asas

Terdiri daripada Vitalea, Vita C Sustained Released, B Complex dan Zinc Complex.




2) Set Bersalin Optimum

Terdiri daripada Vitalea, Vita C Sustained Released, B Complex dan Zinc Complex, ESP dan Ostematrix.




3) Set Bersalin Extra (Breasfeeding + Slimming)

Terdiri daripada Vitalea, Vita C Sustained Released, B Complex dan Zinc Complex, ESP, Ostematrix, Alfalfa Complex dan Lecithin.


FUNGSI SETIAP PRODUK DALAM SET BERSALIN

VITALEA
  • Multivitamin terbaik yang lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh
  • Membantu ibu-ibu yang berpantang makan mendapat zat nutrisi sepenuhnya sepanjang tempoh berpantang
  • Mengandungi zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah bagi menggantikan kehilangan darah semasa bersalin
  • Membantu mengekalkan zat besi di dalam susu ibu pada paras yang selamat (untuk keperluan bayi di bawah 6 bulan)
  • Memberi stamina dan tenaga kepada ibu berpantang berjaga malam untuk menjaga bayi
VITA C 500mg SUSTAINED RELEASE
  • Bersifat “Sustained Release” iaitu 100mg Vitamin C dilepaskan setiap jam bagi memenuhi keperluan Vitamin C secara berterusan
  • Membina antibodi tubuh ibu berpantang dan bayi melalui penyusuan susu ibu
  • Membantu penyembuhan luka bersalin dengan cepat
  • Meningkatkan penyerapan zat besi ke dalam tubuh
B COMPLEX
  • Mengandungi 8 jenis vitamin B yang diperlukan olen tubuh
  • Sangat penting dalam menjaga kesihatan saraf
  • Memberi tenaga kepada ibu berpantang berjaga malam untuk menjaga bayi
  • Membantu mengelakkan ibu dari tekanan / meroyan
  • Meningkatkan tahap metabolisma ibu
ZINC COMPLEX
  • Sangat penting untuk membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran
  • Mengelakkan rambut ibu daripada gugur
  • ESP
  • Protein merupakan salah satu kandungan utama dalam susu ibu 
  • Ibu berpantang akan merasa lebih bertenaga dan lancar menghasilkan susu 
  • Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel badan
  • Memberi rasa kenyang yang lama
  • Memperbaiki kulit kusam dan tidak bermaya
OSTEMATRIX
  • Kalsium merupakan salah satu khasiat yang penting yang terkandung di dalam susu ibu
  • Mengelakkan masalah sakit belakang,  tulang dan gigi  
  • Bantu tingkatkan penghasilan susu ibu
  • Mengandungi Magnesium yang merupakan agen pelawas yang sangat baik yang dapat membantu mengatasi masalah sembelit yang sering dialami oleh ibu-ibu yang sedang berpantang
ALFALFA COMPLEX
  • Digelar 'raja segala tumbuhan' kerana terlalu banyak khasiat
  • Bertindak sebagai 'milk booster' yang menggalakkan pengeluaran susu ibu 
  • Agen detoks yang berkesan
LECITHIN
  • Dikenali sebagai PENGEMULSI semulajadi kerana ia mempunyai kesan 'melekat pada lemak' 
  • Menyebabkan lemak terapung dalam darah dan mencegahnya daripada melekat pada salur darah
  • Membantu mengelakkan ibu berpantang mendapat bengkak susu 
Kebanyakan feedback yang diberi oleh pengguna set bersalin ni ialah rasa sihat dan cergas, susu melimpah ruah, bayi tak meragam dan kurang rasa tertekan walaupun kena melayan kerenah anak-anak lain. Saya sangat syorkan mereka yang bakal bersalin mengambil set ini. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi dan memilih set yang sesuai dengan budget anda. Semoga anda dan bayi sihat-sihat selalu:)

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Sunday, 11 May 2014

Set kehamilan pilihan ramai

Assalamualaikum

Sejak akhir-akhir ni ramai betul ibu-ibu mengandung yang mengambil set hamil Shaklee dan ramai jugak yang bagi feedback macam ni

'Saya rasa lain la pregnant kali ni bila consume set hamil Shaklee. Tak penat macam masa pregnant anak sulung dulu'

'Tiap-tiap kali check-up kat klinik doktor cakap HB cantik je'

'Nasib baik jumpa Shaklee, kalau tidak time awal pregnant je mesti lemah tak bermaya'

Waaahhhh...seronoknya ibu-ibu mengandung ni bila ambil set Shaklee kan? Empat tahun dulu saya masih belum kenal Shaklee walaupun dah lama Shaklee bertapak di Malaysia. Kalau tidak bole consume Shaklee masa pregnant anak bongsu. Sebelum ni mana ada orang promote Shaklee kat internet melalui blog dan FB jadi susah sikit la nak dapat info kan? Sekarang ni blog pasal produk Shaklee tumbuh bak cendawan la pulak hik...hik

Jom kita tengok apa yang ditawarkan dalam set hamil ni. Apa yang sangat membantu kaum ibu kekal cergas dan bersemangat sepanjang tempoh kehamilan.



Apakah kelebihan yang terdapat pada Set Kehamilan Shaklee?
  • Kandungan asid folik di dalam B Complex melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang.
  • Asid folik jga menghalang ibu dari risiko kanser dan strok.
  • Vita-Lea mengandungi zat besi yang tinggi mengelakkan masalah anemia dan kekurangan sel darah merah.
  • Zat besi juga berperanan untuk memastikan bayi mendapat semua zat dari makanan ibu, jadi ini akan mengurangkan risiko bayi pra-matang dan masalah bayi kurang berat badan.
  • Vita C Sustained Release yang mencukupi akan membantu mengurangkan risiko terkena demam atau selsema, satu biji Vita C bersamaan 7 1/2 biji buah oren. 
  • Omega Guard mengandungi DHA tinggi untuk membantu perkembangan otak bayi. Ibu boleh mula mengambil Omega pada trimester kedua.
  • Kalsium adalah salah satu mineral yang penting untuk ibu mengandung. Ostematrix adalah kalsium-magnesium yang membantu sistem saraf, otot dan peredaran darah si ibu, juga mengelakkan kekejangan yang sering berlaku pada ibu-ibu hamil.
  • Juga membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat bagi ibu dan bayi
  • ESP adalah makanan berindek glisemik rendah, jadi dapat memberikan tenaga yang berpanjangan kepada ibu.
  • Juga kandungan protein tulen ESP juga akan menghasilkan sel-sel kulit yang baru, jadi kulit ibu tampak lebih cantik dan kulit anak yang bakal lahir pun akan jadi halus, mulus dan gebu.
Bila ibu sihat dan gembira menjalani tempoh kehamilan, baby kat dalam tu pun happy je. Anda sepatutnya menikmati setiap detik sepanjang tempoh 9 bulan itu dengan penuh kebahagiaan...pilihlah suplemen yang dapat membantu anda dan bayi mencapai tahap kesihatan yang optimum. Yang paling penting pilih yang selamat dan berkesan...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Friday, 9 May 2014

Sukar hamil?

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Semoga semua sihat sejahtera di hari Jummat yang penuh barakah ni. Selepas berkahwin ramai yang inginkan zuriat tetapi semua itu adalah ketentuan Allah. Kita sebagai hambanya hanya perlu berusaha, doa dan tawakal. Tapi ada yang hanya berserah kepada takdir apabila dah lama menanti tapi masih belum dikurniakan zuriat. Patut ke macam tu?

Di zaman yang serba moden dan canggih ni pelbagai alternatif yang boleh diambil oleh pasangan yang sedang berusaha mendapatkan anak. Dari cara yang murah hinggalah kepada rawatan yang berpuluh ribu ringgit. Jadi kita boleh cuba berlandaskan cara yang kita suka dan budget yang kita ada. Insya-allah Tuhan tu maha penyayang dan maha mendengar...

Hari ni saya suka nak berkongsi tentang Set Kesuburan Shaklee yang alhamdullilah telah banyak membantu pasangan yang inginkan zuriat sendiri. Ada yang ambil 1-2 bulan sudah mendapat hasil tak kurang juga ramai yang konsisten selama beberapa bulan dapat hasil yang positif.

Set Kesuburan Shaklee bukan hanya untuk wanita tetapi lelaki pun mainkan peranan juga. Kalau kedua-dua pasangan sihat dan subur baru la senang persenyawaan berlaku. Set Kesuburan ni pun ada dua kategori iaitu basic set dan full set. Kenapa macam tu? Sebenarnya saya akan cadangkan set tertentu mengikut keperluan dan budget pelanggan. Sebab tu semua orang mampu guna produk Shaklee dan ia sebenarnya tak mahal kerana sesetengah vitamin tu boleh tahan sehingga 4-6 bulan.
Set Kesuburan paling basic

Set Kesuburan budget sederhana 

Set Kesuburan lengkap

VITAMIN ASAS UNTUK SUAMI ISTERI

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

VITALEA
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seorang dewasa. Pengambilan Vitalea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatan diri terlebih dahulu supaya berada pada tahap kesihatan yang terbaik.

VITAMIN C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita -C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dengan ovum.

B-COMPLEX
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 ( 40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

VITAMIN KESUBURAN UNTUK SUAMI

VITAMIN E
Terkenal sebagai 'vitamin cinta'. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran darah, mencegah pembentukan darah beku, membentuk sel-sel baru (termasuk RNA & DNA), ianya amat terkenal sebagai vitamin yang mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, kandungan Selenium yang cukup dapat membantu hubungan seksual yang lebih baik bagi lelaki.

ZINC COMPLEX
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukan hormon testosteron, membantu mengekalkan jumlah air mani, membantu mengekalkan paras testosteron yang bersesuaian, serta membekalkan tenaga untuk sperma agar lebih aktif berenang menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid). Secara keseluruhannya, zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal dan penyakit prostat.

VITAMIN KESUBURAN UNTUK ISTERI

GLA COMPLEX
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, Tiub Fallopio dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

ALFALFA COMPLEX
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

Jadi sebenarya amat penting untuk suami dan isteri berada dalam keadaan yang sihat sebelum perseyawaan berlaku. Semua vitamin di atas dapat membantu anda mencapai kesihatan yang optimum dan membantu tingkatkan peratus untuk hamil. Apa yang penting adalah cara pegambilan yang betul dan istiqamah dalam pengambilannya. Insya-allah hasrat anda untuk mendapat zuriat akan kesampaian. Kita usaha Allah menentukannya...

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi mengenai set yang sesuai...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Sunday, 27 April 2014

Kebaikan Vita C Sustained Release

Assalamualaikum

Ramai yang suka makan buah oren kan? Tapi mampukah kita nak makan 7 biji oren dalam satu hari? Kalau anda nak khasiat yang sama dengan 7 biji oren setiap hari, ada hanya perlu mengambil sebiji Vita C SR. Sebenarya sebiji Vita C SR bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Hebatkan???


Ok sekarang mari kita lihat apakah kebaikan Vita C SR..

  • Membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yg menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yg terlibat dlm pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan 'kolagen' berasal dari perkataan Yunani yg bermaksud 'lekat' atau bersifat pelekat. Sebab itu mereka yang amalkannya mendapati kulit mereka lebih licin, tegang dan cantik, malah luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan (lekat) tisu badan yang kuat. 
  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisme kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang mengidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan strok dan salur jatung tersumbat. 
  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantum bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan Vit C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang daripada mengalami kerosakan yg teruk. 
  • Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon (hormon fungsi imun).Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin c dan oleh kerana kekurangan vitamin C, sistem keimunan kita lemah dan mudah diserang penyakit. 
  • Penyakit Skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan dalam badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut (goyang) dan luka lambat sembuh, pendarahan dlm otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin c adalah umpama gam yg melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dlm badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin c pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepat proses penyembuhan.
Antara manfaat lain Vita C SR ialah:
  1. Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat utk penyerapan zat besi yg lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkat pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma juga memerangi simptom selsema. 
  2. Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yg berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan meransang pengeluaran T-cells utk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan. 
  3. Mencantikkan kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi iaitu penyebab utama jeragat. 
  4. Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan. 
  5. Mengekalkan kolesterol sihat - Ia mampu mengurangkan kolesterol dlm darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi. 
Apa KEISTIMEWAAN & PERBEZAAN Vita C Shaklee dengan Vitamin C lain di pasaran?
  • Vitamin C pertama yang SEMULAJADI dan bertindak secara 'sustained release' atau dilepaskan dalam badan secara perlahan-laha. Jadi vitamin c sentiasa berada dalam badan kita. 
  • Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk 1 tablet. 
  • Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik. 
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan-lahan mengikut keperluan kita.

Bestkan Vita C SR ni? Siapa yang masih tercari-cari jenama vitamin c apa yang nak guna eloklah cuba Vita C Shaklee. Memang berbaloi sebab 1 botol boleh tahan 6 bulan!

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com