Assalamualaikum
Alhamdulillah...dah selesai hantar anak first day masuk sekolah. Tadi ramai jugak ibu bapa yang tunggu anak masing-masing. Saya hantar depan sekolah je...dah darjah 5 kan. Lagi dua hari baru adik-adikya pula start tadika.
Hari ni nak berkongsi satu tips pembuka rezeki. Memang dah tahu sebelum ni tapi jarang-jarang amalkan. Tapi mulai sekarang nak cuba istiqamah sebab bukanya susah pun nak buat. Memang banyak tips pembuka rezeki seperti membaca surah Al-Waqiah, zikir al-wahhab, solat tahajud dan sebagainya. Tapi tips yang satu ni sangat mudah dan simple iaitu sedekah Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa setiap pagi tak kira mereka masih hidup ataupun dah meninggal dunia. Senangkan? Jom kita amalkan setiap hari...
No comments:
Post a Comment