Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.
Showing posts with label nutriferon. Show all posts
Showing posts with label nutriferon. Show all posts

Saturday, 11 October 2014

Perisai untuk anak-anak

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Hujung minggu ni mesti banyak aktiviti yang korang dah rancangkan? For this weekend saya tak ke mana-mana pun sebab pagi ni anak sulung ada sekolah ganti, pastu kena start buat revision sebab Isnin ni dah start final exam. Lagi satu sebab kedua-dua hari ni suami kena bertugas untuk LPGA (Ladies Professional Golf Association) kat KLGCC. Jadi kami duduk rumah jelah jawabnya.

Sejak dua hari lepas cuaca start jerebu semula. Kekadang tu pagi agak teruk tapi petang kurang sikit. Indeks IPU pun ada masanya bacaan sampai 100...tak sihat tu. Bagi saya masa-masa macam ni memang kena pantau kesihatan anak-anak lebih sikit. Tak nak lah dah nak dekat exam ni sakit pulak kan. Kesian kat anak, nanti tak boleh nak concentrate buat revision dan jawab soalan-soalan periksa. Apa-apa pun kita cuba usaha yang terbaik, yang lain serah je pada Allah. Apa yang kita sebagai ibu bapa boleh buat jika keadaan cuaca tak berapa elok?

  • Pastikan anak-anak tidak terlalu terdedah dengan persekitaran luar
  • Sentiasa tutup pintu dan tingkap
  • Kalau boleh pasang penapis udara (air purifier)
  • Pastikan anak-anak minum air kosong lebih banyak
  • Pakai topeng muka jika terpaksa keluar rumah
  • Ambil suplemen yang sesuai untuk tingkatkan imun badan mereka

Setiap hari memang saya bagi anak-anak Cheewable Vita C dan Mealshakes sebagai suplemen harian mereka. Tapi jika keadaan cuaca tidak begitu baik atau anak-anak ada tanda-tanda nak dapat demam/selsema, saya cepat-cepat bagi satu sachet Nutriferon untuk tingkatkan tahap imun badan mereka. Budak-budak kan lagi senang nak dapat penyakit jadi kita kena lebih alert dengan keadaan sekeliling dan lebih berhati-hati. 



MEAL SHAKES

- Rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
- Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas
- Sesuai untuk seisi keluarga
- Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta       kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
- Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
- Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
- Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
- Meningkatkan selera makan anak
-Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
- Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
- Menangani masalah sembelit
- Amat bagus untuk kanak-kanak yang obes


NUTRIFERON

- Cepat membantu melegakan deman dan selsema
- Tingkatkan imun badan kanak-kanak jadi susah nak dapat demam/selsema dan lain-lain     penyakit
- Merupakan 'first aid kit' di rumah. Jika badan anak dedar, terus bagi satu sachet dulu.
- Mampu menurunkan suhu badan yang tinggi.

CHEEWABLE VITA C PLUS

- Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
- Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting   bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
- Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
- Sesuai untuk anak-anak yang tidak pandai telan tablet


Saya tak risau bagi anak-aak suplemen ni sebab semuanya selamat dan semulajadi. Kalau boleh taknak lah asyik bergantung pada ubat saja setiap masa. Tak salahkan kita cuba alternatif lain dan ambil langkah pencegahan. Suplemen ni sebenarnya membantu meningkatkan imun badan seseorang jadi susah sikit nak dijangkiti penyakit. Jadi bagi mereka yang masih tercari-cari vitamin atau suplemen utuk anak-anak, boleh cuba ketiga-tiga ni ok.

Happy weekend!


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Thursday, 14 August 2014

Nutriferon tingkatkan imun badan

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Harap anda semua berada dalam keadaan sihat dan bahagia. Minggu ni cuaca agak tidak menentu, ada hari yang hujan ada hari yang panas terik. Perubahan cuaca yang mendadak mudah menyebabkandemam dan selsema terutamanya kepada budak-budak. Anak saya yang kedua pun sakit tekak malam kelmarin dan bila bangun pagi badan mula panas.

Saya bagi dulu satu sachet Nutriferon lepas tu bagi dia sarapan. Lepas sarapan baru bagi ubat (yang masih berbaki dalam peti sejuk). Alhamdulillah...panas badan dah makin kurang. Saya memang sarankan sangat setiap rumah ada simpan Nutriferon untuk kes-kes emergency macam ni. Lagipun Nutriferon memang sangat elok untuk tingkatkan sistem imun dalam jangka masa yang singkat. Jom kita lihat dulu apa kelebihan Nutriferon:

1. Kukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
Kajian menunjukkan interferon mampu meransang dan mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells & Makrofag.


Jadi ia dapat membantu:-
a. Bantu sesiapa yang hadapi masalah tahap keimunan sering berkurang.

b. Sesuai untuk yang kerap selsema, kerap demam dan kerap jatuh sakit
melebihi seminggu.

c. Ibu menyusu yang mana anaknya masih kerap demam atau demam berpanjangan.
2. Bantu lawan kanser dan tumor otak
Polisakariada yang terdapat dalam interferon semulajadi meransang dan mengaktifkan
immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser.

3. Bantu kurangkan ketidakselesaan sewaktu kemoterapi
Polisakarida juga membantu mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi
dijalankan.

4. Melindungi dari influenza dan selesema
Membantu seimbangkan respon alergi terhadap persekitaran dan pencemaran udara,
berkesan melindungi virus mikrob seperti selesema, alergi dan inflamasi dan influenza

Jadi nutriferon sangat bagus untuk:-
a. Bagus untuk 'immune booster' ketika keadaan cuaca tidak menentu, jerebu dan sebagainya. Sangat sesuai untuk orang yang kerap dikelilingi orang ramai @ melancong atau berada di luar negara.

5. Meringankan stress dan kelesuan
Rumusan nutriferon dapat ringankan rasa tidak sihat yang disebabkan oleh keresahan,
stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.

6. Melambatkan penuaan
Formula unik nutriferon semulajadi yang pertama di dunia sebenarnya dapat meransang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman dan menjadikan sel-sel kulit lebih sihat dan muda.

7. Mengurangkan infeksi dan sakit kronik pesakit-pesakit hepatitis B & C
Keberkesanan nutriferon dalam memerangi dan mengurangkan infeksi juga meminimumkan ketidakselesaan akibat penyakit hepatitis B & C ini seperti kembung perut, rasa mual, muntah dan sebagainya.

8. Membantu kesihatan wanita menopous menjadi lebih baik
Gejala-gejala seperti hipertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah dalam tubuh dan masalah-masalah lain berkaitan menopous dapat diatasi dengan pengambilan nutriferon.

9. Mengurangkan simptom-simptom ketika pra-haid dan sewaktu haid 
Mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin seperti kekejangan otot, sakit belakang, sakit payudara, jerawat, kegelisahan, insomnia dan perubahan emosi yang tidak terjangka.

10. Bantu dalam pemulihan penyakit;-
a. Lepromatus (kusta),
b. Leishmaniasis (pelbagai penyakit yang disebabkan oleh jangkitan
organisma yang dikenali sebagai protozoa) &
c. Toxoplasmosis (penyakit yang disebabkan oleh parasit).



Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness

Email: asmin.fahmi@gmail.com

Thursday, 7 August 2014

Denggi sangat merbahaya

Assalamualaikum

Sejak kebelakangan ni banyak betul dengar orang kena denggi. Risau jugak sebab kalau ada yang demam tak sure denggi ke tidak unless buat blood test. Kalau betul denggi tapi asyik delay sebab ingat demam biasa, itu yang bahaya. Jadi kita kenalah berhati-hati lebih sikit kalau ada ahli keluarga yang demam. Demam denggi terbahagi kepada dua iaitu demam denggi klasikal dan denggi berdarah. Apa yang sangat ditakuti ialah denggi berdarah sebab virus tu boleh attack organ dalaman yang lain dan boleh membawa maut.

Di sini saya suggest Nutriferon dan Performance Drink untuk denggi biasa dan tambah Vivix untuk denggi berdarah. Jom kita lihat apa fungsi setiap satu suplemen ni...


NUTRIFERON
Nutriferon berperanan untuk supaya badan mendapat signal untuk menghasilkan antibodi semulajadi untuk melawan virus denggi.  Nutriferon mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.

PERFORMANCE DRINK (PD)
PD berfungsi untuk mengembalikan dan menstabilkan kandungan air di dalam badan. PD mempunyai garam yang berfungsi untuk menstabilkan badan. PD juga memberikan tenaga yang lebih lama kepada pesakit. Apa yang membezakan PD dan 100 Plus? 100 Plus tidak mempunyai banyak garam natrium di dalamnya dan mempunyai lebih banyak kandungan gula manakala PD tidak mempunyai perisa, pewarna atau pengawet tiruan. Memang berkali-kali ganda lebih bagus dari 100 Plus.

VIVIX
Vivix merupakan tonik anti-penuaan dan anti-oksida semulajadi yang bertindak memperbaiki sehingga tahap DNA sel. Apabila kita sakit, banyak sel-sel yang rosak jadi Vivix dapat membantu memperbaharui sel-sel tersebut. 

Selain daripada itu terdapat beberapa alternatif yang selalu kita dengar untuk membantu mereka yang terkena denggi seperti sup ketam, air pucuk betik dan air kelapa muda. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa...hanya DIA yang menentukan...


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com