Ramai yang mengeluh duit tak cukup, tak sampai hujung bulan gaji dah habis, kena ikat perut dan macam-macam lagi. Tapi pernah tak kita cari cara mengatasinya? Selain dari berusaha bersungguh-sungguh, kita boleh juga cari amalan-amalan rohani yang boleh membantu kita lebih tenang dan dipermudahkan rezeki. Konsep rezeki ni sendiri luas...bukan setakat harta benda dan wang ringgit saja. Rezeki meliputi kesihatan yang baik, anak yang soleh dan solehah, jiran dan kawan-kawan yang baik, bos yang bertimbang rasa dan pelbagai lagi.
Hari ni saya ingin berkongsi tentang satu surah pembuka rezeki iaitu Surah Al-Waqiah. Sesiapa yang rasa rezekinya selalu sempit bolehlah mengamalkan surah ini kerana Surah Al-Waqiah menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki. Ditambah dengan usaha yang setimpal, insya-allah rezeki akan dalam pelbagai bentuk.
Berikut adalah cara yang paling mudah dalam mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut:
1. Membaca secara rutin setiap malam samada selepas sembahyang maghrib atau sesudah Isyak.
Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya "
2. Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam
3. Membaca 3 kali selepas subuh dan 3 kali waktu malam
4. Membaca surah al -Waqiah sebanyak 14 kali selepas waktu asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat terutamanya rezeki.
Selamat beramal...
No comments:
Post a Comment