Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.
Showing posts with label cheewable vita c plus. Show all posts
Showing posts with label cheewable vita c plus. Show all posts

Friday, 5 December 2014

Vitamin C wajib diambil setiap hari

Assalamualaikum

Sebelum bertemu dengan Shaklee, saya memang tak pernah konsisten makan apa-apa jenis suplemen atau vitamin. Salah satu sebabnya kurang kesedaran tentang kepentingan vitamin dan tak pasti nak pilih brand mana yang bagus sebab di farmasi tu banyak sangat jenama yang ada. Jadi bila saya dah terjebak dengan bisnes Shaklee ni, banyak pengetahuan dan ilmu tentang suplemen, vitamin serta kelebihan setiap jenis suplemen tu yang saya dapat. Jadi saya tahu yang mana satu nak pilih dan jadikan amalan harian.

Antara suplemen yang wajib saya ambil setiap hari ialah vitamin c. Apabila dah setahun ambil vitamin c ni, saya dapat rasakan perubahan dari segi imun badan. Boleh dikatakan sepanjang tahun 2014 ni saya belum pernah demam atau selsema. Alhamdullilah...syukur sangat dengan rezeki kesihatan yang Allah kurniakan.

Apakah kelebihan Vita C Sustained Release yang dikeluarkan oleh Shaklee? Apakah yang dimaksudkan dengan Sustained Release ni? Jom kita sama-sama korek kelebihannya...

Sustained Release atau bahasa Melayunya 'pelepasan masa' ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar vitamin dilepaskan secara perlahan mengikut keperluan badan. Sebagai contoh, Vita C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C, jadi setiap sejam 100mg akan dilepaskan dalam aliran badan kita. Oleh itu vitamin C tersebut mampu bertahan sehingga 5-6 jam di dalam badan berbanding dengan vitamin c biasa yang hanya mampu bertahan 2-3 jam sahaja. Sustained Release suplemen menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan) serta menstabilkan paras darah pada waktu siang dan malam.

Vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan pelbagai faktor lagi. Jadi anda boleh mengambil vitamin c 2-3 biji sehari utuk mencukupkan keperluan badan anda. Anda juga dinasihatkan minum air yang cukup untuk vitamin c menjalankan fungsinya.

Selain daripada bersifat Sustained Release, Vita C Shaklee mengandungi bioflavonoid. Ia mengadungi Citrus Bioflavanoid Complex 120mg (7.5mg bagi setiap Lemon, Orange dan Grapefruits Bioflavanoids dan 7.5mg Hesperidin). Apa pula bioflavonoid ni? 

Bioflavonoid atau yang dikenal dengan nama vitamin P juga selalu disebut dengan nama Flavonoids. Bioflavanoids ni merupakan kelompok pigmen yang larut dalam air. BioFlavonoids adalah kelompok dari senyawa polyphenoic yang banyak terdapat pada berbagai jenis tanaman.

Istilah bioflavonoid merujuk pada beberapa jenis zat seperti hesperin, hesperidin, eriodictyol, quercetin, quercertrin, rutin, myricetin, apigenin, luteolin, catechin, citrin, luteolin, dan flavonoid lainnya. Nutrien ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan perlu dapatkan dari makanan.

Bioflavonoids dapat bekerja dengan baik iaitu dengan adanya vit B6, Vit c, vit E, Tyrosine, Kalsium dan Zink.



Jadi apa bagusnya bioflavonoid ni?

Bioflavonoid bekerja efektif bersama vitamin C dan membantu fungsi vitamin C. Selain itu, Bioflavanoid berfungsi untuk:

  • menjaga kekuatan pembuluh darah (kapilari darah) dan mengatur penyerapannya.
  • membantu vitamin C dalam menjaga kolagen agar tetap dalam keadaan yang baik. 
  • membantu penyerapan dan penggunaan vitamin C.
  • mencegah kerosakan vitamin C kerana oksidasi.
  • mengurangkan hipertensi.
  • mengurangkan pendarahan.
  • mencegah kerosakan pembuluh kapilari dan jaringan penghubung.
  • membentuk pelindung terhadap jangkitan.
  • memiliki kesan menghilangkan rasa nyeri.
  • dapat mengurangkan gejala-gejala pendarahan jangka panjang.
  • memperbaiki penyakit herpes rongga mulut (oral herpes).
  • merupakan antioksidan, pencegah pembentukan radikal bebas.
  • mencegah terjadinya serangan penyakit jantung coronary dan stroke. Ini adalah kerana ia mampu mencegah pelekatan sel darah merah dan kerosakan HDL. 
Bioflavonoids juga berfungsi sebagai antioksidan dalam tumbuh-tumbuhan. Cuba kita lihat, tumbuh-tumbuhan yang terdedah kepada cahaya matahari sepanjang hari, menerima dos cahaya ultraungu (UV) yg tinggi kan? Bioflavonoids membantu melindungi tumbuhan daripada sinaran UV yang berbahaya dan meneutralkan radikal bebas molekul tidak stabil dengan elektron berpasangan yang mereka keluarkan. Dan apa yang bagusnya tu, kesan antioksidan bioflavonoid yang sama macam ni jugak berlaku pada kita yg mengambilnya! 

Jadi memang perlulah kita mengambil vitamin c setiap hari bagi meningkatkan kesihatan diri. Untuk anak-anak ada juga vitamin c tau...Cheewable Vita C Plus...yang ni anak-anak boleh gigit macam coklat je...



Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Saturday, 11 October 2014

Perisai untuk anak-anak

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Hujung minggu ni mesti banyak aktiviti yang korang dah rancangkan? For this weekend saya tak ke mana-mana pun sebab pagi ni anak sulung ada sekolah ganti, pastu kena start buat revision sebab Isnin ni dah start final exam. Lagi satu sebab kedua-dua hari ni suami kena bertugas untuk LPGA (Ladies Professional Golf Association) kat KLGCC. Jadi kami duduk rumah jelah jawabnya.

Sejak dua hari lepas cuaca start jerebu semula. Kekadang tu pagi agak teruk tapi petang kurang sikit. Indeks IPU pun ada masanya bacaan sampai 100...tak sihat tu. Bagi saya masa-masa macam ni memang kena pantau kesihatan anak-anak lebih sikit. Tak nak lah dah nak dekat exam ni sakit pulak kan. Kesian kat anak, nanti tak boleh nak concentrate buat revision dan jawab soalan-soalan periksa. Apa-apa pun kita cuba usaha yang terbaik, yang lain serah je pada Allah. Apa yang kita sebagai ibu bapa boleh buat jika keadaan cuaca tak berapa elok?

  • Pastikan anak-anak tidak terlalu terdedah dengan persekitaran luar
  • Sentiasa tutup pintu dan tingkap
  • Kalau boleh pasang penapis udara (air purifier)
  • Pastikan anak-anak minum air kosong lebih banyak
  • Pakai topeng muka jika terpaksa keluar rumah
  • Ambil suplemen yang sesuai untuk tingkatkan imun badan mereka

Setiap hari memang saya bagi anak-anak Cheewable Vita C dan Mealshakes sebagai suplemen harian mereka. Tapi jika keadaan cuaca tidak begitu baik atau anak-anak ada tanda-tanda nak dapat demam/selsema, saya cepat-cepat bagi satu sachet Nutriferon untuk tingkatkan tahap imun badan mereka. Budak-budak kan lagi senang nak dapat penyakit jadi kita kena lebih alert dengan keadaan sekeliling dan lebih berhati-hati. 



MEAL SHAKES

- Rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
- Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas
- Sesuai untuk seisi keluarga
- Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta       kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
- Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
- Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
- Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
- Meningkatkan selera makan anak
-Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
- Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
- Menangani masalah sembelit
- Amat bagus untuk kanak-kanak yang obes


NUTRIFERON

- Cepat membantu melegakan deman dan selsema
- Tingkatkan imun badan kanak-kanak jadi susah nak dapat demam/selsema dan lain-lain     penyakit
- Merupakan 'first aid kit' di rumah. Jika badan anak dedar, terus bagi satu sachet dulu.
- Mampu menurunkan suhu badan yang tinggi.

CHEEWABLE VITA C PLUS

- Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
- Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting   bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
- Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
- Sesuai untuk anak-anak yang tidak pandai telan tablet


Saya tak risau bagi anak-aak suplemen ni sebab semuanya selamat dan semulajadi. Kalau boleh taknak lah asyik bergantung pada ubat saja setiap masa. Tak salahkan kita cuba alternatif lain dan ambil langkah pencegahan. Suplemen ni sebenarnya membantu meningkatkan imun badan seseorang jadi susah sikit nak dijangkiti penyakit. Jadi bagi mereka yang masih tercari-cari vitamin atau suplemen utuk anak-anak, boleh cuba ketiga-tiga ni ok.

Happy weekend!


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Thursday, 28 August 2014

Suplemen dan vitamin untuk anak-anak

Assalamualaikum

Hari ni nak berkongsi tentang suplemen untuk anak-anak. Budak pun nak kena ambil vitamin dan suplemen? Ramai yang tanya soalan ni. Sepanjang pemerhatian dan pengalaman saya dan kawan-kawan, budak bawah 7 tahun memang kebanyakkannya susah nak makan pelbagai jenis makanan. Mereka lebih suka makan 3-4 jenis makanan atau lauk yang dah biasa makan. Satu lagi mereka susah nak makan sayur. Mereka juga susah ak cuba sesuatu yang baru. Jadi mereka memang susah nak dapat makanan yang bang setiap hari.

Selain daripada itu, kanak-kanak yang kecil memang lebih mudah dijangkiti penyakit. Tambah pula yang kena tinggal di nursery sebab di sana mereka akan bercampur dengan lebih ramai budak-budak lain. Jadi ibu bapa perlu pastikan imun badan mereka sentiasa tinggi supaya tidak mudah mendapat penyakit berjangkit macam batuk, selsema, demam dan sebagainya.

Secara peribadi, saya syorkan ibubapa membeikan 3 suplemen dan vitamin ni kepada anak:

1) Mealshakes
  • Kurangkan ekzema
  • Untuk tumbesaran
  • Untuk Perkembangan minda
  • Untuk tingkatkan selera makan anak
  • Untuk anak yang dah berhenti susu ibu
  • Untuk anak kekal aktif
  • Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  • Meningkatkan berat badan anak (bagi yang terlalu kurus)
  • Membantu anak fokus
  • Membantu kurangkan kekerapan asma
  • Mengatasi masalah sembelit pada anak
  • Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  • Membantu menurunkan berat badan anak yang obes
  • Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  • Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu
2) Cheewable Vita C Plus
  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
  • Menguatkan tulang, gigi dan gusi 
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
  • Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa
3) Omega Guard
  • Membantu masalah ekzema 
  • Membantu merawat asma di kalangan kanak-kanak
  • Membantu kanak-kanak yang mengalami ADHD
  • Membantu mengekalkan kesihatan optima kepada kanak-kanak
  • Meningkatkan keupayaan pembelajaran dan kemahiran kognitif kanak-kanak
  • Meningkatkan daya fokus dan daya ingatan


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com