Hari ni nak berkongsi dengan anda semua jenis makanan yang membantu mereka yang mengalami masalah sukar untuk tidur atau lebih dikenali sebagai insomnia.
Insomnia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur. Antara simptom-simptom insomnia ialah:
* Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)
* Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)
* Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur
(fragmented sleep)
Jadi apakah jenis makanan yang dikatakan dapat membantu masalah sukar tidur ni?
1. Salmon
Salmon mengandung unsaturated docosahexaenoic acid (DHA), yang kaya dengan omega-3. Asid lemak ini membantu menghasilkan melatonin dalam tubuh. Melatonin sangat berguna mengatur pergerakan fisiologi badan manusia termasuklah waktu tidur.
2. Sayur kekacang
Mengandungi vitamin B dan folic asid yang tinggi. Antaranya kacang panjang, kacang merah dan kacang hijau membantu tubuh mengatur waktu tidur dan penghasilan serotonin. Hormon serotonin sangat penting dalam pembentukan melatonin yang membantu seseorang mendapat kualiti tidur yang lebih baik.
3. Ceri
Buah kecil berwarna merah ini terkenal sebagai anti-radang dan sumber melatonin. Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Agricultural and Food Chemistry menunjukkan melatonin dalam ceri cukup tinggi iaitu sekitar 13,5 ng per gram.
4. Kacang
Para penyelidik di University of San Antonio menunjukkan bahawa orang yang mengalami gangguan tidur boleh mencuba makan segenggam walnut sebelum tidur. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Russel J. Reiter, Ph.D. menunjukkan bahawa walnut merupakan sumber melatonin yang baik dan mudah diserap oleh tubuh. "Kadar melatonin dalam darah meningkat tiga kali ganda apabila anda mengambil walnut," jelas Dr. Russel.
5. Madu
Madu mengandungi kandungan gula asli yang membantu mengantar triptofan ke dalam otak dan diubah menjadi serotonin. Serotonin adalah neurotransmitter yang memberi anda lebih rasa tenang.
6. Pisang
Pisang dapat meningkatkan rasa mengantuk kerana ia mengandungi kandungan kalium, karbohidrat, dan magnesium. Selain daripada itu, pisang juga elok diambil sebelum tidur kerana ia membantu fungsi kognitif dan kesihatan jantung.
7. Teh herba
Jika anda inginkan tidur yang lebih nyenyak, eloklah minum secawan teh herba sebelum tidur. Ia akan memberi rasa tenang yang lebih lama dan memudahkan anda untuk tidur.
Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com
No comments:
Post a Comment