Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Sunday 7 December 2014

Fungsi selenium dalam vitamin E

Assalamualaikum

Sempena bulan promosi vitamin e ni saya nak berkongsi sedikit tentang kepentingan selenium dalam vitamin e. Kenapa selenium bagus digabungkan dengan vitamin e? Mari kita fahami dulu apakan selenium itu sebenarnya.

Selenium adalah komponen pada sejenis enzim dalam badan yang disebut glutathion peroxidase. Enzim ini wujud dalam cecair badan dan sekeliling sel tubuh kita yang berfungsi memelihara sel dari mengalami kerosakan akibat radikal bebas yang menjadi punca pelbagai penyakit kronik.

Seperti juga vitamin e, selenium bertindak sebagai antioksidan malah kuasa antioksidannya semakin efektif apabila bergabung dengan vitamin e. Selenium juga mengawal tiroid, iaitu kelenjar kecil berbentuk rama-rama yamg bertindak mengawal segala proses metabolik di dalam badan dan memastikan sistem badan berfungsi dengan baik sempurna. Selenium membolehkan badan kita menghasilkan sel darah putih yang bertindak sebagai agen melawan penyakit dan serangan virus atau bakteria. Jadi apabila selenium digabungkan dengan vitamin e, tentulah fungsinya lebih hebat dalam menentang radikal bebas yang menyebabkan kita mudah terkena pelbagai penyakit. Buat pengetahuan semua, radikal bebas ni ada di mana-mana, contoh yang paling dekat ialah dari handphone yang kita guna sepanjang masa.

Secara ringkasnya, fungsi selenium ialah:
  • Melawan radikal bebas, tubuh badan memiliki kemampuan untuk melawan radikal bebas yang merosak sel dan menimbulkan berbagai penyakit. Di dalam tubuh selenium bekerja sama dengan vitamin E sehingga berfungsi sebagai antioksidan.
  • Meningkatkan kekebalan tubuh, kerana selenium bekerja memperbaiki sistem imuniti (kekebalan tubuh) dan fungsi kelenjar tiroid. Dari hasil kajian, selenium dapat mencegah kanser seperti kanser paru-paru, prostat, colorectal termasuk kanser kulit akibat sinar matahari. Jadi selenium bermanfaat untuk meningkatkan fungsi kekebalan tubuh.
  • Mempertahankan elastisiti (keanjalan) kulit bersama vitamin E, kerana itu bila kadar selenium berkurang maka tubuh akan mengalami penuaan lebih cepat daripada waktunya.
  • Kita dicadangkan mengambil 55 mikrogram selenium setiap hari. Selenium adalah nutrien penting yang menawarkan fungsi antioksidan, yang membantu meningkatkan sistem imun. Dijumpai di dalam tanah, tumbuh-tumbuhan menyerap dan ia tidak berkurangan apabila diproses. Ini adalah mineral penting dalam tubuh manusia kerana ia membantu kedua-dua sistem imun dan operasi kelenjar tiroid.

Jadi selenium memang penting dalam kehidupan seharian kita. Makanan yang kaya dengan selenium adalah seperti brokoli, tiram, buah tembikai, bawang putih, dan bayam. Tapi jika anda rasa anda tidak mampu untuk mengambil selenium yang cukup dari sumber makanan setiap hari, anda boleh mengambil sebiji Vita E Complex yang mengandungi 65 mikrogram selenium di dalamnya.


Dapatkan promosi Vita E bulan ini...beli 6 percuma 1 botol atau beli 2 botol dapat diskaun 5%. Anda juga layak mendapat percuma keahlian seumur hidup dan juga cash bonus. Dapatkan stok anda hari ini!



Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com


No comments:

Post a Comment