Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Friday 5 December 2014

Vitamin C wajib diambil setiap hari

Assalamualaikum

Sebelum bertemu dengan Shaklee, saya memang tak pernah konsisten makan apa-apa jenis suplemen atau vitamin. Salah satu sebabnya kurang kesedaran tentang kepentingan vitamin dan tak pasti nak pilih brand mana yang bagus sebab di farmasi tu banyak sangat jenama yang ada. Jadi bila saya dah terjebak dengan bisnes Shaklee ni, banyak pengetahuan dan ilmu tentang suplemen, vitamin serta kelebihan setiap jenis suplemen tu yang saya dapat. Jadi saya tahu yang mana satu nak pilih dan jadikan amalan harian.

Antara suplemen yang wajib saya ambil setiap hari ialah vitamin c. Apabila dah setahun ambil vitamin c ni, saya dapat rasakan perubahan dari segi imun badan. Boleh dikatakan sepanjang tahun 2014 ni saya belum pernah demam atau selsema. Alhamdullilah...syukur sangat dengan rezeki kesihatan yang Allah kurniakan.

Apakah kelebihan Vita C Sustained Release yang dikeluarkan oleh Shaklee? Apakah yang dimaksudkan dengan Sustained Release ni? Jom kita sama-sama korek kelebihannya...

Sustained Release atau bahasa Melayunya 'pelepasan masa' ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar vitamin dilepaskan secara perlahan mengikut keperluan badan. Sebagai contoh, Vita C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C, jadi setiap sejam 100mg akan dilepaskan dalam aliran badan kita. Oleh itu vitamin C tersebut mampu bertahan sehingga 5-6 jam di dalam badan berbanding dengan vitamin c biasa yang hanya mampu bertahan 2-3 jam sahaja. Sustained Release suplemen menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan) serta menstabilkan paras darah pada waktu siang dan malam.

Vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan pelbagai faktor lagi. Jadi anda boleh mengambil vitamin c 2-3 biji sehari utuk mencukupkan keperluan badan anda. Anda juga dinasihatkan minum air yang cukup untuk vitamin c menjalankan fungsinya.

Selain daripada bersifat Sustained Release, Vita C Shaklee mengandungi bioflavonoid. Ia mengadungi Citrus Bioflavanoid Complex 120mg (7.5mg bagi setiap Lemon, Orange dan Grapefruits Bioflavanoids dan 7.5mg Hesperidin). Apa pula bioflavonoid ni? 

Bioflavonoid atau yang dikenal dengan nama vitamin P juga selalu disebut dengan nama Flavonoids. Bioflavanoids ni merupakan kelompok pigmen yang larut dalam air. BioFlavonoids adalah kelompok dari senyawa polyphenoic yang banyak terdapat pada berbagai jenis tanaman.

Istilah bioflavonoid merujuk pada beberapa jenis zat seperti hesperin, hesperidin, eriodictyol, quercetin, quercertrin, rutin, myricetin, apigenin, luteolin, catechin, citrin, luteolin, dan flavonoid lainnya. Nutrien ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan perlu dapatkan dari makanan.

Bioflavonoids dapat bekerja dengan baik iaitu dengan adanya vit B6, Vit c, vit E, Tyrosine, Kalsium dan Zink.



Jadi apa bagusnya bioflavonoid ni?

Bioflavonoid bekerja efektif bersama vitamin C dan membantu fungsi vitamin C. Selain itu, Bioflavanoid berfungsi untuk:

  • menjaga kekuatan pembuluh darah (kapilari darah) dan mengatur penyerapannya.
  • membantu vitamin C dalam menjaga kolagen agar tetap dalam keadaan yang baik. 
  • membantu penyerapan dan penggunaan vitamin C.
  • mencegah kerosakan vitamin C kerana oksidasi.
  • mengurangkan hipertensi.
  • mengurangkan pendarahan.
  • mencegah kerosakan pembuluh kapilari dan jaringan penghubung.
  • membentuk pelindung terhadap jangkitan.
  • memiliki kesan menghilangkan rasa nyeri.
  • dapat mengurangkan gejala-gejala pendarahan jangka panjang.
  • memperbaiki penyakit herpes rongga mulut (oral herpes).
  • merupakan antioksidan, pencegah pembentukan radikal bebas.
  • mencegah terjadinya serangan penyakit jantung coronary dan stroke. Ini adalah kerana ia mampu mencegah pelekatan sel darah merah dan kerosakan HDL. 
Bioflavonoids juga berfungsi sebagai antioksidan dalam tumbuh-tumbuhan. Cuba kita lihat, tumbuh-tumbuhan yang terdedah kepada cahaya matahari sepanjang hari, menerima dos cahaya ultraungu (UV) yg tinggi kan? Bioflavonoids membantu melindungi tumbuhan daripada sinaran UV yang berbahaya dan meneutralkan radikal bebas molekul tidak stabil dengan elektron berpasangan yang mereka keluarkan. Dan apa yang bagusnya tu, kesan antioksidan bioflavonoid yang sama macam ni jugak berlaku pada kita yg mengambilnya! 

Jadi memang perlulah kita mengambil vitamin c setiap hari bagi meningkatkan kesihatan diri. Untuk anak-anak ada juga vitamin c tau...Cheewable Vita C Plus...yang ni anak-anak boleh gigit macam coklat je...



Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

No comments:

Post a Comment