Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Friday 26 December 2014

Banjir teruk di Pantai Timur

Assalamualaikum

Sedih tengok berita tentang banjir teruk di Pantai Timur terutamanya di Kelantan. Tak dapat nak bayangkan kalau tempat penempatan mangsa banjir macam sekolah 4 tingkat pun dinaiki air hingga ke tingkat atas. Allahuakbar!

Saya hanya pernah merasa sekali saja banjir teruk (bagi saya la) sepanjang hidup ni. Masih kekal di ingatan masa baru 2 hari lepas berpantang anak ketiga di Alor Star, 4/11/10. Pada masa tu di selatan Thailand hujan lebat dan banjir teruk dan mereka terpaksa lepaskan air dari dam. Kalau dam pecah lagi teruk keadaan banjir yang bakal terjadi. Malam 3/11/10, air dah mula naik di kawasan sawah padi belakang taman kami. Keesokan paginya, air dah mula masuk area porch rumah. Kami pun dah mula risau dan start angkat barang yang penting. Pukul 8 lebih air dah mula masuk ke dalam rumah. Dipendekkan cerita pukul 3 petang bekalan elektrik terputus dan kami sekeluarga ambil keputusan untuk berpindah...tak dapat nak bayangkan dengan anak kecil dan keadaan yang panas malam nanti.

Pada masa tu air dalam rumah dah naik hingga paras betis. Abah saya harung air bah ke jalan besar (dalam 400m) untuk dapatkan bantuan. Akhirnya dalam pukul 5 sebuah bot datang untuk selamatkan kami. Bot tu ditolak ke jalan besar di mana lori bantuan dah sedia menunggu untuk membawa orang ramai ke tempat penempatan mangsa banjir. Tapi alhamdullilah sebelum bertolak kami menelefon pakcik yang tinggal di taman yang jaraknya 3 km dari rumah kami dan katanya setakat ni kawasan perumahan mereka masih selamat. Kebetulan kawasan perumahan tu memang agak tinggi dari kawasan lain. Jadi lori pun menghantar kami ke situ dan kami tinggal lebih kurang seminggu jugak. Lepas 4 hari baru air betul-betul surut dan kami dapat mencuci rumah yang penuh dengan selut.

Marilah kita sama-sama memberi sumbangan mana yang mampu dan tak lupa berdoa supaya keadaan banjir di sana pulih secepat mungkin. Selain daripada itu saya juga berharap agar sumbangan yang orang ramai berikan sampai kepada mereka yang memerlukan.


No comments:

Post a Comment