Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Thursday 18 June 2015

Selamat berpuasa

Assalamualaikum...

Sempena menyambut bulan yang penuh kemuliaan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang menulis di blog ini. Semoga kita mendapat keberkatan dan rahmat Allah taala.



Alhamdullilah semalam dapat menunaikan solat terawikh bersama suami dan anak-anak. Saya hanya pergi ke surau berdekatan dengan rumah. Solat selesai dalam 9.50 malam...buat 8 rakaat dengan 3 rakaat solat witir. 

Sahur pagi tadi pun alhamdullilah senang je si abang dan kakak bangun sahur. Tahun ni kakak baru nak belajar puasa. Elok la umur 6 tahun mula belajar puasa separuh hari. Si adik memang dah bagitau awal-awal tak nak puasa lagi tahun ni. It's ok adik...tahun depan boleh cuba.

Tahun ni azam saya nak cuba khatam Quran atau pun baca sebanyak yang boleh. Harap dapat la habiskan sebelum Raya kan. Nak lebih banyak bersedekah juga...ingat ye bersedekah bukan dari segi wang ringgit & harta benda saja...banyak cara lagi kan? Jangan lepaskan peluang sepanjang Ramadhan ini untuk membuat amal kebajikan dan mengumpul saham akhirat kita:)

No comments:

Post a Comment