Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Monday, 7 September 2015

Holy Smoke Cafe

Assalamualaikum...

Minggu lepas bawa family dinner di Holy Smoke Cafe di Seksyen 13, Shah Alam. Dah lama dah dengar tentang cafe ni tapi baru sekarang dapat pergi. Lokasi agak terasing sebab pada waktu malam area tu tak berapa happening...mungkin tak banyak kedai yang buka.

Apa-apa pun saya suka interior design cafe ni...memang menarik. Bagi mereka yang meminati motor berkuasa besar tentu suka lepak kat cafe ni hehehe. 







Makanan kat sini sudah semestinya makanan barat dan portionnya boleh tahan besar. Malam tu kami order chicken chop, burger, fish & chip dan nasi goreng signature cafe tu. Bagi saya semua rasa makanan yang kami order malam tu sedap dan puas hati. Isi ikan dia memang sangat tebal...tak macam fish & chip yang selalu saya makan di restoren western yang lain. Thumbs up untuk Holy Smoke Cafe!






Overall memang kami sekeluarga berpuas hati dengan makanan, harga dan ambience cafe ni. Lagi satu servis pun pantas...rasanya kurang 10 minit je dah dapat makanan pertama:)

Bagi yang teringin nak makan western food cubalah di cafe ni ye....bye..

Thanks for reading!

Wednesday, 2 September 2015

Promosi ESP kembali lagi...

Assalamualaikum...

Peminat tegar ESP mesti happy sangat sebab bulan ni promosi ESP beli 6 percuma satu. Kalau beli 2 pun dapat 5% diskaun yer...Kenapa ramai yang suka sangat consume ESP ni? ESP memang best sebab dikategorikan sebagai 'All in one product'. Kebanyakan mereka yang mengalami masalah kesihatan memeng disyorkan ambil ESP bersama beberapa vitamin lain yang berkaitan dengan penyakit tersebut. Suplemen Shaklee ni bukanlan ubat tapi ia memperbaiki keadaan kesihatan dan lama kelamaan ada yang baik terus....semuanya dengan izin Allah.



Kebaikan dan Kelebihan ESP 

1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang tidak bersifat keasidan. 
2. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam 
3. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan 
4. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit. 
5. Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan. 
6. Memberi tona warna kulit yang sekata. 
7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu. 
8. Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan). 
9. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. 
10. Rendah lemak, tanpa kolestrol. 
11. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi. 
12. 1 kanister 850g dihasilkan dari 30kg kacang soya. 
13. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone.
14. Protein soya(tumbuhan )lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan. 
15. Membantu mengurangkan risiko kanser.
16. Bertindak sebagai antioksidan. 
17. Menguatkan sistem imun tubuh. 
18. Mempertingkatkan tahap kolestol baik. 
19. Memelihara kesihatan jantung. 
20. Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan penuaan. 
21. Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan. 
22. Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan. 
23. Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones. 
24. Membantu merendahkan paras kolestrol. 
25. Mencegah osteoporosis 
26. Membantu pembentukan sel-sel baru. 
27. Membantu menyembuhkan gastrik. 
28. Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan. 
29. Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan.
30. Memudarkan parut. 
31. Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. 
32. Kecantikan kulit dan rambut.

Beli sekarang untuk penjimatan berganda. Hubungi saya!

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com


Monday, 31 August 2015

Pengalaman pertama...

Assalamualaikum...

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-58 kepada semua...apa makna merdeka kepada anda? Kami sekeluarga ada jugak teringin nak pergi ke Dataran Merdeka untuk melihat sendiri sambutan Hari Merdeka tapi mugkin tahun depan. Dulu masa anak sulung berumur 3-4 tahun dah pernah pergi tengok sambutan Hari Merdeka di Dataran Merdeka tu...cuma anak yang kedua dan ketiga saja belum pernah tengok secara live.

Apapun hari ni saya berjaya bawa anak yang kedua dan ketiga saya menaiki lrt dan komuter. Ini merupakan pengalaman pertama mereka menaiki tren. Suami hantar ke stesen putra lrt Universiti dan kami menunggu dalam 7 minit sebelum tren sampai. Kakak dan adik memang excited dapat naik tren dan kemudiannya kami turun di Masjid Jamek. Kami pergi ke stesen star lrt Masjid Jamek dan turun di stesen Bandaraya. Satu stesen je pun merasa naik star lrt hehehe. Sampai Sogo macam biasalah shopping, makan dan jamu mata. 

Dalam pukul 4.45 petang kami pun decide nak balik. Kali ni dari Sogo jalan ke stesen komuter Bank Negara. Dah cantik stesen tu...saya ni dah 5 tahun tak guna public transport sejak berenti kerja. Komuter tunggu dalam 10 minit dah sampai dan pergerakannya boleh tahan laju. Alhamdullilah sampai stesen Sg Buloh dalam pukul 5.20 pm. Jom layan gambar adik dengan kakak excited naik tren.


Tunggu tren di stesen Universiti

Laluan putra lrt

Tren dah sampai

Lagi best berdiri dapat tengok view

Di stesen Masjid Jamek

Dapat duduk kejap dalam tren

Di stesen komuter Bank Negara

Thank u Makteh teman kami
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        

Friday, 31 July 2015

Selamat Hari Raya 1436H

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar dah 15 Syawal...kejap je bulan raya nak meninggalkan kita. Esok pun dah 1 Ogos maknanya lagi 4 bulan kita akan masuk tahun 2016. Adoiii kenapa cepat sangat ni? Apa yang kita dah capai selama 8 bulan dalam tahun 2015 ni? Bagi saya dan suami ada beberapa pencapaian yang boleh dibanggakan yang kami dah buat dalam tahun ni...tapi tak perlulah nak share kat sini kan? Apa-apa pun kita doakan hari-hari mendatang kita sentiasa dilimpahi dengan rahmat Allah.

Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ni...walaupun kurang aktif berbanding dulu tapi saya akan tetap menulis...blog ni boleh dijadikan diari dan rujukan di masa hadapan jadi sayang pulak nak dibiarkan macam tu saja.

Tahun ni kami sambut raya pertama di Alor Star rumah mak abah saya. Sampai hari Rabu malam kami berehat di Pulau Pinang dulu rumah mertua. Hari Khamis tu tolong kemas rumah dan buat apa yang patut. Dapat bersama-sama mak abah dan adik beradik yang lain berbuka untuk hari terakhir sebelum Syawal menjelma. Malam raya anak-anak sibuk main bunga api dengan pakcik diorang. Saya dan suami naik motor pergi Pekan Rabu cari sampin anak sulung...bukannya tak beli lagi tapi saiz tak kena...so pergi la cari yang lain. Tak pernak ok naik motor dengan suami pergi jauh-jauh...setakat ronda area taman tu ada la...

Fast forward...lepas solat raya dan bermaafan dengan ahli keluarga, kami pergi ke rumah pakcik-pakcik sedara. Famili saya tahun ni pakai baju tema warna biru dan kelabu...combination dua warna. Lepas solat Jumaat, duduk rumah je tunggu tetamu datang...kami masak bihun dan mi sup daging. dah dekat pukul 6 baru ada orang datang sampailah ke malam...laku jugaklah bihun sup tu.

Hari raya kedua pula tema merah untuk famili saya. Kami semua bergerak ke Yan, Kedah kampung sebelah abah. Di sana memang ramai sanak-saudara berkumpul...kebanyakannya setahun sekali berjumpa huhuhu....yang paling seronok anak-anak la sebab dapat kumpul banyak duit raya. Hari raya ketiga kami bergerak ke Kepala Batas...beraya di rumah pakcik suami...di situ juga kami jumpa semua adik beradik sebelah bapak mertua saya. Hari Isnin pukul 7 malam kami dah bergerak balik ke KL. Jalan boleh tahanlah jamnye...sabar je la....

First raya in blue & grey

With my Mr F

The girls in the family

Love the jubah dress

Day 2 in red theme

Kampung abah @Yan, Kedah

Sunday, 26 July 2015

Promo Vivix..tinggal 6 hari lagi


Assalamualaikum...

Bulan ni adalah bulan promosi Vivix. Julai pun dah nak habiskan? Jadi promo Vivix pun bakal meninggalkan kita...jangan terlepas peluang keemasan ni ye...

Kenapa Vivix ni bagus untuk diamalkan sebagai suplemen harian? Vivix ni merupakan Superfood yang mana ia dihasilkan dari 4 bahan utama yang kaya dengan anti-oksidan, anti-kanser dan anti-penuaan. Banyak penyakit kronik yang dapat dibantu dengan pengambilan Vivix. Saya memang sarankan sangat mereka yang pentingkan kesihatan dan nak sihat serta kelihatan muda dari usia sebenar untuk mengambil Vivix. Kesihatan paling penting kan? Kalau banyak duit tapi asyik tak sihat pun kita tak happy betul tak? Jagalah kesihatan yang Allah dah kurniakan dengan baik...antara masalah yang terbukti berkesan dengan mengamalkan Vivix:


• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut, jeragat, garis halus)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf






Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Tuesday, 30 June 2015

Farha 6th birthday...

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Pantasnya masa berlalu, dah hari terakhir bulan Jun maknanya dah setengan tahun dah 2015. Puasa pun dah hari ke-13...tak lama lagilah nak raya...anda semua dah buat persiapan raya? Kuih raya saya dah tempah dengan kawan, baju anak-anak perempuan dah tempah dengan sedara kat kampung cuma baju Melayu suami dan anak bujang sorang tu je belum beli.

19hb yang lalu genap usia anak kedua saya 6 tahun. Happy birthday, kakak. Mama doakan kakak sentiasa gembira sesuai dengan makna nama kakak, membesar dengan sihat dan sempurna, menjadi anak yang solehah dan bahagia dunia dan akhirat. Tahun ni birthday Farha celebrate kat Genius Aulad dengan kawan-kawan dia. Saya tempah sebiji kek tema Frozen dan sediakan goodie bag. Hope kakak happy dapat sambut birthday dengan kawan-kawan kat sekolah....






Thursday, 18 June 2015

Tahniah Dr. Fatin Liyana

Assalamualaikum...

Walaupun dah 6 hari berlalu saya tetap nak tulis jugak dalam blog ni...supaya ada dalam Library saya hehe. Tahniah saya ucapkan pada adik blogger kesukaan saya ni Dr Fatin Liyana sebab dan selamat berkahwin dengan jejaka idaman hati Dr. Anwar Fazal. Saya suka baca blog beliau sebab cara penulisannya santai je. Terjumpa blog honeykoyuki ni pada tahun 2013...mula baca macam best pulak entry-entry Fatin ni so korek la baca dari mula beliau start blogging. Follower beliau pun ramai dan banyak jugak award blogger yang Fatin dapat...tahniah dan semoga terus aktif di dunia blogging.

Berbalik kepada majlis pernikahan diorang...13 Jun 2015 Fatin & suami selamat disatukan. Majlis resepsi diadakan pada hari berikutnya. Memang sweet sangat colour baju yang diorang pakai...soft & simple. 

Selamat Pengantin Baru

Sweet & simple

Majlis resepsi
Dulu masa dapat tahu Fatin Liyana dah bertunang, google la siapa Dr Anwar Fazal ni...rupanya beliau juga seorang penulis buku Diagnosis & Diagnosis 2. Dr Fazal ni sepupu dengan pengarah filem Syamsul Yusof...pernah berduet jugak diorang tu tau:)


Fatin pun ada sumbangkan idea beliau dalam buku ni tau. Kalau nak tau best ke tak silalah baca ye. Dapatkan di kedai buku berhampiran anda!

Semoga Dr. FL & Dr. AF bahagia hingga ke hujung nyawa. Semoga mendapat zuriat yang soleh dan solehah...kalau nak tengok banyak gambar kahwin diorang silalah follow ig 'dr.afl'. Follower kat ig pun dah dekat 44k even baru dua minggu create...ye la orang ramai peminat kan? Apapun tahniah sekali lagi...semoga sentiasa sukses dalam kerjaya dan rumah tangga...