Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Friday 31 July 2015

Selamat Hari Raya 1436H

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar dah 15 Syawal...kejap je bulan raya nak meninggalkan kita. Esok pun dah 1 Ogos maknanya lagi 4 bulan kita akan masuk tahun 2016. Adoiii kenapa cepat sangat ni? Apa yang kita dah capai selama 8 bulan dalam tahun 2015 ni? Bagi saya dan suami ada beberapa pencapaian yang boleh dibanggakan yang kami dah buat dalam tahun ni...tapi tak perlulah nak share kat sini kan? Apa-apa pun kita doakan hari-hari mendatang kita sentiasa dilimpahi dengan rahmat Allah.

Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ni...walaupun kurang aktif berbanding dulu tapi saya akan tetap menulis...blog ni boleh dijadikan diari dan rujukan di masa hadapan jadi sayang pulak nak dibiarkan macam tu saja.

Tahun ni kami sambut raya pertama di Alor Star rumah mak abah saya. Sampai hari Rabu malam kami berehat di Pulau Pinang dulu rumah mertua. Hari Khamis tu tolong kemas rumah dan buat apa yang patut. Dapat bersama-sama mak abah dan adik beradik yang lain berbuka untuk hari terakhir sebelum Syawal menjelma. Malam raya anak-anak sibuk main bunga api dengan pakcik diorang. Saya dan suami naik motor pergi Pekan Rabu cari sampin anak sulung...bukannya tak beli lagi tapi saiz tak kena...so pergi la cari yang lain. Tak pernak ok naik motor dengan suami pergi jauh-jauh...setakat ronda area taman tu ada la...

Fast forward...lepas solat raya dan bermaafan dengan ahli keluarga, kami pergi ke rumah pakcik-pakcik sedara. Famili saya tahun ni pakai baju tema warna biru dan kelabu...combination dua warna. Lepas solat Jumaat, duduk rumah je tunggu tetamu datang...kami masak bihun dan mi sup daging. dah dekat pukul 6 baru ada orang datang sampailah ke malam...laku jugaklah bihun sup tu.

Hari raya kedua pula tema merah untuk famili saya. Kami semua bergerak ke Yan, Kedah kampung sebelah abah. Di sana memang ramai sanak-saudara berkumpul...kebanyakannya setahun sekali berjumpa huhuhu....yang paling seronok anak-anak la sebab dapat kumpul banyak duit raya. Hari raya ketiga kami bergerak ke Kepala Batas...beraya di rumah pakcik suami...di situ juga kami jumpa semua adik beradik sebelah bapak mertua saya. Hari Isnin pukul 7 malam kami dah bergerak balik ke KL. Jalan boleh tahanlah jamnye...sabar je la....

First raya in blue & grey

With my Mr F

The girls in the family

Love the jubah dress

Day 2 in red theme

Kampung abah @Yan, Kedah

No comments:

Post a Comment