Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Monday, 20 October 2014

SBS 12 & baking session


Assalamualaikum

Beberapa hari jugak tak update blog ni...tak tahu apa la yang sibuk sangat ntah. Yeay...hari ni kita kembali dengan update terbaru. Ni kisah aktiviti weekend lepas. Hari Sabtu petang dalam pukul 2.30 petang saya dan dua orang sideline pegi ke kelas Start Bright Series (SBS) yang ke-12. Kelas kali ni dikedalikan sendiri oleh Master Puteri dan suaminya Master Aznin.

Sebagai mukadimah, Master Aznin ceritakan serba sedikit tentang pengasas Shaklee iaitu Dr Forest C.Shaklee. Syarikat Shaklee Corporation ditubuhkan pada bulan April 1956...setahun sebelum Malaysia merdeka. Rupanya Dr Shaklee ni mengalami tiga fasa genting dalam hidup dia sebab diserang tiga penyakit yang berbeza sepanjang hayatnya. Beliau mula mencari membuat kajian tentang alternatif selain dari ubat iaitu suplemen semulajadi. Dari situlah bermulanya Shaklee dan suplemen pertama yang diberi nama 'Vitalized Mineral'. Kemudian ada satu slot tayangan video yang agak menarik tentang Shaklee.

Kemudian Master Puteri teruskan presentation tentang apa yang Shaklee tawarkan kepada seorang Distributor, bagaimana cara untuk berjaya dalam bisnes dan ketahui apa push-factor seseorang untuk terus bergerak ke hadapan. Ada juga satu slot di mana kami 'Skype' dengan adik Master Puteri iaitu Coordinator Puteri Hafiza yang menjalankan bisnes ini dari Ruwais. Dia ceritakan bagaimana di bermula, apa cabaran dan kelebihan menjalankan bisnes dari luar negara. Semuanya mustahil jika kita bersemanagt, fokus dan sanggup menghadapi cabaran dan rintangan. Yang paling seronok katanya jika kita berada di luar negara dan adalah orang pertama yang buat Shaklee...memang semua orang kat sana akan cari kita.

Mukadimah oleh Master Aznin

Master Puteri in action

Thank you for having us
Pada hari Ahad pula saya, Master Azlin dan Mai pegi rumah Mona untuk belajar buat cheesecake. Ni memang aktiviti yang ditunggu-tunggu sebab saya ni memang suka makan kek termasuk cheesecake ni tapi tak pandai nak buat. Memang orang cakap banyak je resipi atau video kat internet tapi saya lebih suka belajar sendiri dengan orang yang dah pandai. Jadi pada petang tu dapatlah ilmu buat cheesecake yang marvelous. Bahan-bahan nak buat cheesecake ni mudah je tapi nak siap tu lambat sebab lepas bakar kena biarkan lama sikit dalam oven supaya tak ada perubahan suhu yang mengejut. nanti merekah kek tu,,,lepas tu kena letak dalam peti sejuk lebih kurang 8 jam then baru boleh deko dan makan. Apapun memang best sesi baking haritu dengan gelagat anak-anak yang riuh-rendah. Thank you Masterchef Mona!

Bahan-bahan untuk cheesecake


Potong cream cheese


Masukkan dalam acuan


Pukul bagi kembang


Sebelum masuk oven

Inilah hasil kek saya


Seronok baking sambil layan anak-anak


No comments:

Post a Comment