Mesti ramai yang sedia maklum, malam ni 8 Oktober bersamaan 13 Zulhijjah akan berlaku gerhana bulan pada pukul 7.18 pm. Apa yang dimaksudkan oleh gerhana bulan? Menurut Wikipedia:
Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.
Pelbagai mitos dikaikan dengan gerhana bulan antaranya:
- Orang Arab Quraisy mengaitkan gerhana bulan dengan kejadian-kejadian tertentu, seperti adanya kematian atau kelahiran, dan kepercayaan ini dipercayai secara turun temurun sehingga menjadi keyakinan umum masyarakat.
- Di negeri China, orang percaya bahawa seekor naga langit membanjiri sungai dengan darah lalu menelannya. Itu sebabnya orang Cina menyebut gerhana sebagai “chih” yang artinya memakan.
- Orang Indian juga percaya bahwa seekor naga lah yang membuat gerhana bulan. Mereka lalu menyembah sang naga dengan berendam hingga ke leher.
- Di Jepun, orang percaya bahawa waktu gerhana ada racun yang disebarkan ke bumi. Dan untuk menghindari air di bumi terkena racun, mereka menutup telaga/perigi mereka.
- Ibu hamil pula dikatakan tidak boleh keluar rumah ketika gerhana bulan agar bayinya tidak lahir cacat, tidak boleh menggunakan pisau untuk memotong apapun saat terjadi gerhana bulan atau anaknya akan lahir dengan bibir sumbing atau ibu hamil yang menyentuh perutnya ketika gerhana bulan sedang berlangsung akan melahirkan bayi dengan tanda lahir.
Sebenarnya banyak lagi mitos yang dikaitkan dengan gerhana ni tak kiralah gerhana bulan atau matahari. Tapi ni semua mitos je tau...apa-apa pun yang baik boleh diambil sebagai iktibar. Apapun semua kejadian di muka bumi ni adalah tanda kekuasaan Allah. Dalam Islam, gerhana bulan adalah bentuk keagungan Allah sebagai Maha Pencipta. Sebagaimana sabda Rasullah SAW dalam Hadits Riwayat Bukhari, “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi kerana kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat gerhana tersebut, maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.”
Jadi malam ni lepas Maghrib bolehlah kita dirikan solat sunat khusuf (gerhana bulan) dan hukumnya adalah sunat muakad.
No comments:
Post a Comment