Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Monday 13 October 2014

LPGA @ KLGCC 2014

Assalamualaikum

Semalam saya dan anak-anak berkesempatan pergi ke Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) untuk tengok final perlawanan LPGA (Ladies Professional Golf Association) tajaan Sime Darby. Actually dah 4 tahun husband bertugas untuk LPGA tapi tahun ni dia involve keempat-empat hari sepanjang tournament tu dijalankan. Since semalam dia dapat VIP pass yang membolehkan kami parking kereta kat dalam dan tak perlu menapak jauh-jauh so kami pun pergi satu family. Lagipun semalam temanya 'family day':)

Macam biasa husband awal-awal pagi dah keluar ke KLGCC. Saya siapkan anak-anak lepas tu dalam 8.45 baru kami keluar rumah. Sampai dalam pukul 9.15 pagi so terus cari parking...then terus masuk ke tempat exhibition. Lepas tu pegi makan jap sebab tak sempat nak breakfast kat rumah...rushing nak keluar awal. Then kami pegi la explore KLGCC tu...tengok orang main golf...bila anak-anak dah boring, pegi area pool side jap. Kat situ ada aktiviti untuk kanak-kanak macam mini golf, face painting, main belon buih yang besar tu dan beberapa aktiviti lain. 

Pada tahun ni ada 70 orang pemain golf wanita dari seluruh dunia join LPGA. Diadakan selama empat hari dari 9-12 Oktober. Semalam dalam pukul 3 petang, selesai perlawanan golf tu. Pemain dari China, Shanshan Feng yang menjadi juara dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai USD2 juta. Fuhhh!!!Lumayan sangattt...

Ok, sekarang jom layan gambar sepanjang setengah hari kat sana...balik terasa gak penatnya sebab jalan sana sini. Nasib baik matahari tak terik tapi terasa jugak la bahang tu.

Kat Chairman's Pavilion

View Chairman's Pavilion
Pool side

One of the players

The Triple F

Dengan orang kaki panjang

Face painting

Kakak tengah aim

Adik boleh tahan jugak main golf

Pendek sangat kayu golf tu

Kita minum dulu!

No comments:

Post a Comment