Assalamualaikum
Apa khabar semua? Harap semua sihat-sihat selalu. Alhamdullilah dari jumaat hingga Ahad baru ni dapat bercuti ke negeri Johor. Lama jugak tak jejakkan kaki ke sana...kalau tak silap last pegi sana tahun 2008 masa konvo adik kat UTM. Kisah jalan-jalan ni saya akan cerita di lain entry.
Hari ni nak share tips untuk kempiskan perut yang buncit tak kira untuk lelaki atau wanita. Bukan lelaki sahaja yang ada perut buncit atau boroi ni...wanita pun tak terlepas jugak tau. Perut buncit ni ada dua sebab samada banyak lemak atau banyak angin. Kalau yang banyak lemak tu banyak la tips yang boleh dikongsikan tapi kalau banyak angin kenalah kurangkan ambil makanan yang berangin dan selalu berurut.
Cara-cara berkesan untuk kurangkan perut buncit:
Tips 1 : Kurangkan pengambilan karbohidrat
Apabila kita kurangkan pengambilan karbohidrat dalam diet harian, badan akan dilatih untuk menggunakan karbohidrat yang disimpan (glikogen) dan bakar mana yang berlebihan. Jadi, anda masih boleh ambil karbohidrat pada kadar yang minimal bukannya hapuskan terus dari diet anda.
Tips 2 : Kurangkan alkohol
Alkohol terutamanya wain dan bir, sangat tinggi kalorinya (fakta yang menakutkan: satu botol wain mengandungi hampir 600 kalori). Alkohol juga merangsang selera makan.
Tips 3 : Minum banyak air kosong
Minum air yang banyak akan membantu untuk mencuci toksin daripada sistem badan dan menjaga usus anda. Bagi mereka yang mengamalkan suplemen, pastikan anda mengambil air yang banyak supaya suplemen dapat menjalankan tugas dengan efisien dalam badan anda. Sukatan air yang mencukupi bergantung kepada berat badan masig-masing. Setiap 25kg memerlukan satu liter air untuk sehari. Jadi jika berat anda 75kg pastikan anda minum sehari paling kurang 3 liter air kosong!
Tips 4 : Makan dalam kuantiti yang sedikit
Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap adalah lebih baik daripada makan banyak sekaligus. Ini membolehkan perut mencerna makanan dengan lebih efektif.
Tips 5 : Makan makanan ringan yang kaya dengan protein
Menurut pakar, makan makanan ringan yang kaya dengan protein antara pukul tiga hingga empat petang akan meningkatkan metabolisme anda dan mengimbangi gula dalam darah anda.
Tips 6 : Kurangkan makanan dan minuman bergula
Makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula seperti coklat, aiskrim, kuih-muih, kek, minuman bergas, minuman isotonik patut dielakkan.
Tips 7 : Makan makanan indeks glisemik rendah
Makanan ini mengambil masa lama untuk dihadam, supaya anda berasa kenyang berpanjangan. Badan anda secara perlahan-lahan akan menyerap nutrien supaya anda akan mengelakkan kelaparan. Antaranya ialah kobis, lobak, saderi, timun, bawang, tomato dan pisang. Untuk memudahkan anda, ESP Shaklee boleh diambil bagi fungsi yang sama.
Tips 8 : Makan tiga jam sebelum tidur
Pada waktu malam badan menjadi kurang aktif. Ini bermakna badan anda lebih cenderung untuk menyimpan kalori yang anda makan lewat malam sebagai lemak, dan bukannya membakarnya sebagai tenaga. Cuba untuk tidak makan apa-apa sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur.
Tips 9 : Lakukan senaman
Pelbagai jenis senaman boleh dilakukan untuk mengempiskan perut seperti senaman kardio dan sit-up. Tapi senaman yang paling senang dan boleh dilakukan pada bila-bila masa ialah pertamanya tegakkan badan anda (sambil berdiri atau duduk pun boleh) dan kedua tarik otot perut ke dalam (macam kita menarik nafas). Tahan dalam 10 saat, lepaskan dan ulang semula hingga 10 kali untuk setiap sesi.
Selamat mencuba!
Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com