Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.
Showing posts with label omega-3. Show all posts
Showing posts with label omega-3. Show all posts

Saturday, 20 December 2014

Siapa perlukan Omega-3?

Assalamulaikum


Ramai yang sedia maklum Omega-3 (DHA & EPA) sangat penting untuk perkembangan otak kanak-kanak. Kalau kita perhatikan susu formula anak-anak mesti terdapat kandungan DHA, EPA, AA, SA dan macam-macam lagi. Walau bagaimanapun, sebenarnya banyak lagi manfaat Omega-3 kepada semua golongan. Jom kita baca dulu kelebihannya...

1. Ibu hamil

Omega 3 sangat membantu:
  • untuk perkembangan otak bayi semasa di dalam kandungan
  • mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang
  • mengurangkan risiko gila meroyan selepas bersalin
  • mengawal kenaikan berat badan yang akan mencanak naik semasa hamil

2. Ibu menyusu

Omega 3 membantu:
  • tingkatkan sistem imunisasi badan bayi serta membantu perkembangan otak kanak-kanak
  • untuk penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan

3. Kanak-kanak

Omega 3 membantu:
  • pertumbuhan badan yang sihat selain meningkatkan kecerdasan otak
  • memperkuatkan sistem imunisasi badan terutamanya untuk kanak-kanak yang sering demam, selsema, batuk, asma dan ekzema

4. Mereka yang ada masalah berat badan

Omega 3 membantu:
  • pembakaran lemak dalam badan lebih cepat berbanding lecithin
  • meningkatkan hormon leptine yang mana ia sangat membantu dalam mengawal selera makan

5. Mereka yang ada masalah kesihatan

Omega 3 membantu :
  • mengurangkan batuk dan selsema
  • menyihatkan paru-paru
  • memperkuatkan sistem imunisasi tubuh badan
  • merendahkan kolestrol
  • mengembalikan kenormalan tekanan darah tinggi

6. Golongan wanita yang mementingkan kecantikan

Omega 3 membantu:
  • mendapatkan kulit wajah yang cantik
  • mengimbangi perubaan dan kepekatan hormon PMS wanita
  • melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  • membantu menentang kanser paru-paru, payudara
Memang banyak manfaat Omega-3 dalam kehidupan seharian kita. Satu botol boleh dikongsi bersama semua ahli keluarga. Di dalam Omega Guard Shaklee terkandung 90% Omega-3 dan ianya adalah yang paling tinggi jika dibandingkan dengan produk lain di pasaran. Berikanlah yang terbaik untuk keluarga anda!




Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Monday, 3 November 2014

Promosi Omega Guard kembali...

Assalamualaikum

Bulan November adalah bulan promosi Omega Guard. Kenapa Omega Guard ni best? Pertamanya ia adalah suplemen untuk semua peringkat umur. Jadi dalam satu family tu tak kira umur berapa semua boleh ambil Omega ni. Kedua, Omega Guard adalah minyak ikan yang mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang baik untuk kesihatan jantung, perkembangan minda kanak-kanak, mengawal kolestrol jahat, membakar lemak untuk mereka yang nak turunkan berat badan, membanru masalah asma dan ekzema serta banyak lagi. Memang banyak sangat khasiat Omega Guard ni dan saya memang syorkan untuk anda sekeluarga mengamalkan Omega Guard dalam diet seharian.

Promosi bulan ini seperti biasa bila ada beli 6 botol anda dapat percuma satu botol yang berharga rm136. Anda juga dapat keahlian seumur hidup secara percuma. Lepas ni dah jadi ahli bolehlah beli vitamin dan suplemen lain dengan harga yang lebih murah. Berbaloi sangat tau! Selain itu bila anda juga dapat cash back sebanyak rm32.70...siapa nak bagikan? Lagi satu, bagi yang beli 2 botol, anda layak mendapat diskaun sebanyak 5%. Jom sama-sama rasai kelebihan Omega Guard dan rebut promosi yang best bulan ini...



Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Friday, 20 June 2014

Makanan terbaik untuk otak

Assalamualaikum

Hari ni nak berkongsi sumber makanan yang bagus untuk otak. Otak adalah organ yang penting dalam tubuh kita jadi kena la bagi dia makanan yang terbaik kan? Jom tengok makanan yang disenaraikan terbaik untuk fungsi otak...

1. Salmon
Ikan ini adalah sumber terbaik lemak omega-3 (DHA dan EPA) yang berperanan penting terhadap pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak. Kajian menunjukkan bahawa orang yang mengambil lemak Omega-3 yang mencukupi mempunyai pemikiran yang tajam dan daingatan yang tinggi. Menurut kajian juga, ikan tuna juga mengandungi lemak omega-3, namun kandungannya tidak sebanyak ikan salmon.

2. Telur
Telur telah lama dikenal sebagai sumber penting protein yang mudah didapati dan harganya pun tidak mahal. Walaupun mengandung kolesterol, bahagian kuning telur ternyata kaya akan kolin, iaitu suatu zat yang membantu perkembangan daya ingat atau memori.

3. Kekacang
Kekacang kaya dengan vitamin E, antioksidan yang berperanan dalam melindungi membran-membran sel saraf. Bersama tiamin, vitamin E akan membantu sel saraf dan otak untuk menggunakan glukosa sebagai keperluan tenaga.

4. Gandum
Otak memerlukan glukosa dari tubuh. Gandum mempunyai peranan untuk memenuhi keperluan tersebut. Serat yang terkandung di dalamnya membantu mengatur pelepasan glukosa dalam tubuh. Makanan ini juga memiliki kandungan vitamin B yang berguna dalam memelihara kesihatan sistem saraf.

5. Oat
Oat atau oatmeal adalah sejenis cereal yang selalu dijadikan sarapan. Oat merupakan sumber nutrisi penting bagi otak. Oat mampu menyediakan tenaga untuk otak yang sangat diperlukan anak-anak dalam menjalani aktiviti di waktu pagi. Selain itu, serat pada oat juga memiliki peranan untuk daya pemikiran kanak-kanak di waktu pagi. Kandungan lain seperti potasium, vitamin B dan vitamin E yang ada pada oat dapat meningkatkan fungsi tubuh dan otak pada tahap yang optimum.

6. Buah beri
Buah berry seperti strawberi, blackberi, rasberi, blueberi kerana buah-buahan ini mengandungi banyak nutrisi penting yang baik untuk kesihatan. Antioksidan yang tinggi pada buah berry, terutama vitamin C, memiliki peranan untuk mencegah kanser. Beberapa kajian menunjukkan bahawa ekstrak strawberi dan blueberi mempunyai fungsi untuk tingkatkan daya ingatan. Biji buah berry juga mengandung lemak omega-3.

7. Sayuran berwarna
Bayam, labu, ubi, dan tomato merupakan sayuran-sayuran kaya nutrisi dan antioksidan yang akan membuat sel-sel otak jadi lebih kuat dan sihat.

8. Daging lembu tanpa lemak
Daging lembu tanpa lemak merupakan sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi adalah mineral penting yang dapat membantu anak-anak tingkatkan kosentrasi dan lebih bertenaga.

9. Susu dan Yogurt
Makanan-makanan dari produk susu cenderung mengandung vitamin B dan protein yang tinggi. Kedua jenis nutrisi penting ini dapat membantu pertumbuhan otak, enzim dan neurotransmitter. Susu dan yogurt juga dapat membantu perut lebih kenyang kerana kandungan karbohidrat dan proteinnya menjadi sumber tenaga untuk otak.


Tetapi jika anda jarang dapat mengamalkan makanan di atas anda tak perlu risau. Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan yang kaya dengan lemak omega-3, DHA dan EPA. Ia juga sesuai untuk diambil oleh semua peringkat umur untuk kesihatan otak.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Thursday, 15 May 2014

Kenapa Omega-3 penting untuk kurus?

Assalamualaikum

Kenapa dalam Set Kurus Shaklee ada Omega Guard? Seperti yang kita tahu, Omega Guard adalah sumber asid lemak Omega-3 yang paling tinggi yang penting dalam proses untuk turunkan berat badan. 

Jika anda mahu menurunkan berat badan dengan cara yang lebih mudah, pastikan anda memasukkan sumber asid lemak omega-3 dalam diet harian.

Terdapat kajian mengenai banyak faedah omega-3, terutamanya yang melibatkan omega-3 dan penurunan berat badan. Seperti yang anda akan ketahui nanti, asid lemak Omega-3 tidak hanya membantu sebaliknya mereka lebih diperlukan dalam pembakaran lemak dan berat badan.

Kenapa?

Kerana asid lemak omega-3 adalah asid lemak yang penting untuk fisiologi normal tubuh badan kita. Tubuh kita tidak boleh menghasilkan asid lemak Omega-3 sendiri, jadi kita perlu mendapatkan mereka daripada makanan atau makanan tambahan.

Omega-3 dan Manfaat kepada Berat Badan:
  • Kandungan asid lemak Omega-3 EPA (asid eicosapentaenoic) dan DHA (asid docosahexaenoic) menurunkan paras insulin kita, jadi apa-apa kalori tambahan yang kita makan akan dibakar untuk tenaga, bukannya disimpan sebagai lemak badan
  • Omega 3 minyak adalah anti-lipogenic (blok penyimpanan lemak dalam badan anda) dan meningkatkan kadar metabolik anda, jadi anda membakar lemak badan lebih cepat
  • Asid lemak Omega-3 menyekat pengeluaran kortisol, hormon yang berkaitan dengan tekanan lemak simpanan yang juga menyebabkan anda menyimpan vs membakar kalori tambahan
  • Asid lemak omega-3 telah terbukti untuk meningkatkan aliran darah ke otot semasa bersenam, sekali gus meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lebih banyak lemak
  • Diet yang kaya dengan minyak omega-3 meningkatkan tahap gula dalam darah (hipoglisemia) dan hasilnya, kita mempunyai lebih banyak tenaga untuk menjalankan urusan seharian
  • Asid lemak omega-3 meningkatkan fungsi hati 
Jadi sekarang anda dah tahu bagaimana asid lemak Omega-3 dalam Omega Guard berkesan untuk menurunkan berat badan. Pastikan juga Omega Guard termasuk dalam diet harian anda!

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com