Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Wednesday, 17 December 2014

Obesiti di kalangan kanak-kanak

Assalamualaikum

Sekarang ni ramai jugak tengok budak-budak yang berbadan besar. Anak cousin saya sorang ni pun baru berumur dua tahun berat dah 25kg...semangat betul! Tapi kalau bayi bawah setahun tu kita tengok badan bersemangat tu takpe lagi sebab kita tahu diorang hanya minum susu dan makan makanan sepeerti bubur nasi dan puree buah atau sayuran. Tapi bila anak-anak dah pandai makan macam orang dewasa contohnya ayam goreng, burger, fries dan macam-macam makanan yang diproses terutamanya, berat badan yang berlebihan daripada yang sepatutnya haruslah dipantau. Ramai ibu-bapa yang cakap kesian kat anak sebab time ni la dia nak membesar jadi bagi je la apa yang dia nak makan. Memang betul diorang perlukan banyak protein, karbohidrat, vitamin dan mineral tapi ibu bapa perlu pantau makanan apa yang diambil oleh anak-anak terutama makanan yang diproses, makanan yang berlemak dan makanan yang manis.

Bila saya hadiri kelas nutrisi tempoh hari, nutritionist Shaklee tu ada cakap anak-anak yang obes masa kecik tapi berat badan turun masa dah mula bersekolah contohnya, berkemungkinan akan menjadi gemuk semula selepas usia 20 tahun sebab sel-sel otak dia dan simpan memori yang dia pernah gemuk suatu ketika dulu. Haaa...ini satu info baru yang saya dapat. Kanak-kanak yang obes juga berisiko mendapat kencing manis tahap 1. Bahaya ni sebab saya kenal seorang budak dari kecil dah kena cucuk insulin. Kesian kat budak tu...bayangkanlah sampai ke tua nak kena buat macam tu kalau tak jumpa penawar yag sesuai dengan masalah diabetes dia tu. Tak dapat saya nak bayangkan situasi yang macam tu...




Jadi penting untuk ibu bapa menjaga pemakanan anak-anak sejak mereka masih kecil. Jangan terlalu manjakan mereka sampai tiap-tiap minggu diorang minta nak makan fastfood terus bagi saja. Lagi satu kena juga pantau makanan dan minuman yang manis ni sebab banyak sangat perasa dan pewarna tiruan. Memang sekarang ni banyak makanan yang mudah disediakan contohnya semualah 'frozen food'. Memang la senang kan...keluarkan dari freezer lepas tu goreng tapi sebenarnya tak elok amalkan selalu sebab satu makanan tu dah diproses dan ada pengawet untuk pastikan ia tahan lama dan lagi satu kebanyakan cara peyediaannya adalah dengan menggoreng.

Kalau anda ada anak yang obes, selain dari menjaga pemakanan mereka elok juga bagi mereka menjalankan lebih aktiviti fizikal. Jangan asyik duduk rumah tengok tv atau mengadap ipad saja. Pada waktu petang boleh ajak berjalan-jalan sekitar kawasan perumahan, naik basikal atau main badminton. Boleh juga beri mereka suplemen yang sesuai agar dapat mengawal berat badan dan pada masa yang sama mendapat nutrisi yang lengkap. Saya cadangkan anda boleh memberi Meal Shakes sebagai multivitamin dan juga Omega Guard untuk pembakaran lemak berlebihan di samping untuk kecerdasan minda anak-anak.







Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com



No comments:

Post a Comment