Assalamualaikum
Apa khabar semua ? Lama betul tak ngadap blog ni. Alhamdullilah, 6 October hari tu dapat anak sedara baru. Bayi lelaki anak adik saya telah selamat dilahirkan melalui c-section. Apa-apa pun tahniah kepada adikku dan suami.
Sepanjang bulan September memang banyak sangat aktiviti dan peristiwa untuk family besar kami seperti yang saya ada update dalam entry sebelum ni. Alhamdullilah semua yang dirancang berjalan dengan lancar...dengan izinNya jua.
Pada 5-8 September anak sulung saya Muhammad Fahim selesai menduduki exam UPSR. Syukur sepanjang exam dia tenang dan sihat-sihat je. Risau jugak kan hehe. Lepas exam start curi sekolah seminggu. Masa tu sibuk uruskan preparation adik nak kawin pada 17 September. Sekali lagi sangat2 bersyukur majlis berjalan lancar, ramai tetamu yang hadir dan cuaca pun ok walaupun agak panas sikit...takpe lah kan daripada hujan lebat:)
Lepas tu dah rileks sikit...tunggu majlis bertandang je di Muar pada 24 September. Saya dan plan nak bawa anak-anak bercuti ke Legoland sebab dari Muar terus ke JB dah tak jauh sangat. Nanti saya buat separate entry untuk wedding adik dan Legoland ye.
Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor
Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.
Showing posts with label wedding. Show all posts

Monday, 31 October 2016
Thursday, 1 September 2016
Please be nice to me, September...
Assalamualaikum...
Pantasnya masa berlalu...dah habis pun bulan kemerdekaan. Dah masuk bulan September ni memang menggerunkan. Haaa bukannya apa...banyak sangat event dalam bulan ni. Harapnya semua berjalan lancar dan dirahmatiNya.
Nak tengok list?
- anak sulung nak ambil exam UPSR
- adik nak kawin (i am the wedding planner so called)
- birthday anak bongsu (prepare party pack)
- bertandang ke rumah pengantin lelaki di Muar
- jalan-jalan Johor & Legoland
Banyak ke??? Ada lagi bab business tapi malas nak update kat sini hehe
Sebelum terlupa...bulan ni Shaklee buat promo ESP dan Vita C ye...sesuai untuk mereka yang nak sihat dan kulit flawless...
So please be super nice to me, Mr September:)))

Thursday, 19 March 2015
The flower girls
Assalamualaikum...
Weekend lepas balik ke Penang untuk hadiri kenduri anak pakcik sebelah suami. Seminggu sebelum tu pengantin perempuan whatsaap minta anak-anak saya jadi flower girls. Saya pun kata ok dan memang niat nak tolong. Saya pun mulalah intai ig shop untuk cari jubah dress yang sesuai for the girls...warna cream ok. Kenapa saya nak cari jubah dress instead of gown? Sebabnya senang lepas ni boleh pakai pergi kenduri even nak pakai masa raya pun boleh. Tapi sedihnya tak jumpa yang berkenan dan kalau yang ada pun takde saiz. Nak pegi cari gown kat shopping complex? Dah sah-sah la mahal sebab time tu takde sale. Mana nak cari ni? Last-last tanya kat group whatsapp kawan-kawan sekolah...ramai pulak yang bagi respond dan siap ada yang bagi offer untuk pinjam. Terharu saya ada kawan-kawan yang sudi bantu di saat memerlukan...thanks u ladies! And special thanks to kawan saya Moni Razak sebab pinjamkan gown cream yang lawa ni.
Petang Jumaat before balik pada malam tu baru sempat pegi cari kasut. Nasib baik kat Aeon ada sale. Hand flower tu pun saya decorate sendiri...beli bunga tu dekat KK Home Deco then beli riben untuk balut batang bunga dan ikat riben 2 warna...gold & cream.
Selamat Pengantin Baru to Lili & Fauzi...semoga berbahagia hingga ke jannah.

Wednesday, 20 August 2014
Kesibukan melanda...
Assalamualaikum
Apa khabar semua? Rindu kat blog ni...lama tak berupdate. Sebenarnya boleh je curi masa nak update tapi sebab macam-macam hal sejak seminggu ni tu yang menyepi sekejap.
Hari Khamis lepas parents from Alor Star datang sebab ada kenduri kawin cousin saya 16 & 17 Ogos tu. Jadi hari Jumaat tu adik bawa parents jalan-jalan dulu...duduk rumah pun boring gak kan? Malam tu kami buat barbeku kat rumah my sister. Bakar ayam, ikan dan sosej....nasi dengan lauk pun ada. Saya masak spagethi je untuk menambah menu malam tu. Lepas dah settle makan ada SUPRISE! Adik bawa keluar sebiji kek siap dipasang lilin....menyambuat birthday mereka yang lahir pada bulan Ogos. Family saya dan husband memang ramai yang lahir bulan Ogos. Bermula dengan adik lelaki saya (6/8), adik ipar (10/8), husband (15/8), yours truly (16/8), biras (29/8) dan adik bongsu saya (31/8). Ada anak merdeka lagi hehehe...
The next day (16/8) dalam pukul 12 tgh hari kami bergerak ke Kinrara untuk wedding cousin. Seronok dapat jumpa ramai sanak-saudara. Selain time raya, masa kendurilah nak jumpa pun...time lain memang susahlah kan. Makcik-pakcik dari Alor Star pun ramai yang datang. Dessert table memang best...penuh dengan pelbagai jenis cake...al-maklum la adik pengantin memang terror baking:) Semoga Hirni & suami bahagia hingga ke syurga...selamat pengantin baru!
Hari Jumaat malam dah dapat call dari FIL...dia bagitau MIL kena tahan kat hospital. Mulanya sebab sakit perut (sebelah kanan) teramat sangat...doktor terus suruh buat scan dan kena admit dulu untuk pengawasan dan pemeriksaan lanjut. Jadi hari Sabtu tu tunggu result test, kalau serius memang kami nak balik. Malam lepas maghrib, FIL call cakap macam ada batu dalam hempedu dan doktor suggest buat operation. Mula-mula plan nak gerak dalam pukul 10 malam tapi memandangkan penat berjalan kat Sunway Pyramid lepas kenduri dan barang pun belum pack lagi, jadi tunda gerak sebelum pukul 5 pagi. So malam tu start la pack barang, pukul 12 tido, pkl 4 bangun semula, angkut barang masuk kereta pastu dalam 5.15 pagi bertolak. Sampai di Lembah Beringin tayar pancit pulak...nasib baik tak jauh dari tempat berenti tu ada Shell...reverse dalam 500m then tukar tayar kat Shell tu. Lepas solat Subuh kat situ dalam pkl 7 pagi teruskan perjalanan ke Penang. Pukul 10 baru la sampai rumah.
Jadi, hari Ahad, Isnin dan Selasa memang berulang-alik ke hospital. Memandankan laptop hubby je yang bawa balik dan Wifi yang slow, tu yang blog tak berupdate. Hari Isnin MIL kena buat scan skali lagi dan lepas tu memang doktor confirm ada batu dalam hempedu. Jadi doktor suggest buat 'laparoscopy' untuk buang batu dan hempedu sekali. Hari Selasa pukul 1 tgh hari MIL dah kena bius, procedure start pukul 2 rasanya. Pukul 4.45 doktor keluar dari OT tapi nak dekat pukul 7 baru diorang hantar MIL ke wad. Jadi malam tu memang plan ak balik KL sebab hubby kena kerja. Lepas singgah hospital dan settlekan a few things, kami bertolak pukul 10.40 malam (terlewat sikit dari plan asal). Sudahnya sampai rumah pukul 3 pagi...angkut barang pastu tidur dalam pukul 3.30 pagi...phewww!

Subscribe to:
Posts (Atom)