Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.
Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Monday, 20 June 2016

Farha's birthday & Father's Day celebration

Assalamualaikum...

Alhamdullilah...semalam dapat sambut birthday Farha yang ke-7 dan sekaligus sambut Hari Bapa. Pagi Ahad tu pergi GM Klang beli barang-barang untuk buat party pack Farha. Dia nak bagi pada kawan-kawan di sekolah. 

Bila dah azan Maghrib, minum air dan makan roti sekeping then terus solat. Lepas tu siap cepat-cepat dan terus gerak ke Star Avenue. Kami pilih Restoren Big Brother for this double celebration. Sampai dalam pukul 8.10 mlm, tak ramai pun orang kat restoren tu. Sebenarnya dulu kami selalu pergi Big Brother di Kota Damansara jadi dah tahu la nak expect quality yang macam mana. Kami pun order Chicken Parmigiana, Chicken Chop, Fish & Chip, Mushroom Soup, Kids Meal, Nachos with beef, Strawberry & Oreo Smoothies. Semua makanan di situ boleh dikatakan big portion dan yang paling best semuanya sedap-sedap belaka. Rasa sangat worth it makan kat situ. Sampai ada yang tapau bawa baliklah sebab dah tak larat nak habiskan.

Bagi yang nak buat apa-apa celebration bolehlah bawa kawan-kawan atau family makan di Big Brother, Star Avenue dekat Subang Bestari tu. Lepas makan kami pusing-pusing di lobby Star Avenue. Cantik decoration raya yang diorang buat...dengan lagu raya lagi...memang feeling la nak raya sangat-sangat dah. Anak-anak pun happy je bergambar dan lari sana-sini.

Lastly, mama doakan Farha dapat membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan rajin belajar. To my beloved hubby, thanks for everything...you are our hero!








Monday, 13 June 2016

Birthday Fahim ke -12

Assalamualaikum...

Jumaat lepas bersamaan 5 Ramadhan genaplah usia anak sulungku 12 tahun. Dah nak remaja dah anak terunaku sorang ni. Mama doakan semoga sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan dapat 6A dalam UPSR nanti. Mama tak bagi hadiah pun cuma belanja kat NY Steak Shack je. Tunggu result UPSR nanti boleh bagi hadiah besarrr...





Tuesday, 30 June 2015

Farha 6th birthday...

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Pantasnya masa berlalu, dah hari terakhir bulan Jun maknanya dah setengan tahun dah 2015. Puasa pun dah hari ke-13...tak lama lagilah nak raya...anda semua dah buat persiapan raya? Kuih raya saya dah tempah dengan kawan, baju anak-anak perempuan dah tempah dengan sedara kat kampung cuma baju Melayu suami dan anak bujang sorang tu je belum beli.

19hb yang lalu genap usia anak kedua saya 6 tahun. Happy birthday, kakak. Mama doakan kakak sentiasa gembira sesuai dengan makna nama kakak, membesar dengan sihat dan sempurna, menjadi anak yang solehah dan bahagia dunia dan akhirat. Tahun ni birthday Farha celebrate kat Genius Aulad dengan kawan-kawan dia. Saya tempah sebiji kek tema Frozen dan sediakan goodie bag. Hope kakak happy dapat sambut birthday dengan kawan-kawan kat sekolah....






Monday, 22 September 2014

Happy birthday, Farza dearie

Assalamualaikum

Pada 19 September lalu, genaplah 4 tahun usia anak bongsu saya, Farza Adilea. Alhamdullilah dia membesar dengan sihat dan sempurna. Dia memang seorang yang periang dan suka tersenyum. Kami semua doakan yang terbaik untuk Adik dunia akhirat...

Hari Jumaat tu sempat buat small celebration kat rumah Tok Ngah dia. Kebetulan ramai berkumpul di sana so just bawa kek sebiji dan celebrate dengan sepupu-sepupu serta sedara mara. Thank you Makteh Mimi sponser baju Elsa (Frozen).






Wednesday, 20 August 2014

Kesibukan melanda...

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Rindu kat blog ni...lama tak berupdate. Sebenarnya boleh je curi masa nak update tapi sebab macam-macam hal sejak seminggu ni tu yang menyepi sekejap.

Hari Khamis lepas parents from Alor Star datang sebab ada kenduri kawin cousin saya 16 & 17 Ogos tu. Jadi hari Jumaat tu adik bawa parents jalan-jalan dulu...duduk rumah pun boring gak kan? Malam tu kami buat barbeku kat rumah my sister. Bakar ayam, ikan dan sosej....nasi dengan lauk pun ada. Saya masak spagethi je untuk menambah menu malam tu. Lepas dah settle makan ada SUPRISE! Adik bawa keluar sebiji kek siap dipasang lilin....menyambuat birthday mereka yang lahir pada bulan Ogos. Family saya dan husband memang ramai yang lahir bulan Ogos. Bermula dengan adik lelaki saya (6/8), adik ipar (10/8), husband (15/8), yours truly (16/8), biras (29/8) dan adik bongsu saya (31/8). Ada anak merdeka lagi hehehe...
The next day (16/8) dalam pukul 12 tgh hari kami bergerak ke Kinrara untuk wedding cousin. Seronok dapat jumpa ramai sanak-saudara. Selain time raya, masa kendurilah nak jumpa pun...time lain memang susahlah kan. Makcik-pakcik dari Alor Star pun ramai yang datang. Dessert table memang best...penuh dengan pelbagai jenis cake...al-maklum la adik pengantin memang terror baking:) Semoga Hirni & suami bahagia hingga ke syurga...selamat pengantin baru!

Hari Jumaat malam dah dapat call dari FIL...dia bagitau MIL kena tahan kat hospital. Mulanya sebab sakit perut (sebelah kanan) teramat sangat...doktor terus suruh buat scan dan kena admit dulu untuk pengawasan dan pemeriksaan lanjut. Jadi hari Sabtu tu tunggu result test, kalau serius memang kami nak balik. Malam lepas maghrib, FIL call cakap macam ada batu dalam hempedu dan doktor suggest buat operation. Mula-mula plan nak gerak dalam pukul 10 malam tapi memandangkan penat berjalan kat Sunway Pyramid lepas kenduri dan barang pun belum pack lagi, jadi tunda gerak sebelum pukul 5 pagi. So malam tu start la pack barang, pukul 12 tido, pkl 4 bangun semula, angkut barang masuk kereta pastu dalam 5.15 pagi bertolak. Sampai di Lembah Beringin tayar pancit pulak...nasib baik tak jauh dari tempat berenti tu ada Shell...reverse dalam 500m then tukar tayar kat Shell tu. Lepas solat Subuh kat situ dalam pkl 7 pagi teruskan perjalanan ke Penang. Pukul 10 baru la sampai rumah.

Jadi, hari Ahad, Isnin dan Selasa memang berulang-alik ke hospital. Memandankan laptop hubby je yang bawa balik dan Wifi yang slow, tu yang blog tak berupdate. Hari Isnin MIL kena buat scan skali lagi dan lepas tu memang doktor confirm ada batu dalam hempedu. Jadi doktor suggest buat 'laparoscopy' untuk buang batu dan hempedu sekali. Hari Selasa pukul 1 tgh hari MIL dah kena bius, procedure start pukul 2 rasanya. Pukul 4.45 doktor keluar dari OT tapi nak dekat pukul 7 baru diorang hantar MIL ke wad. Jadi malam tu memang plan ak balik KL sebab hubby kena kerja. Lepas singgah hospital dan settlekan a few things, kami bertolak pukul 10.40 malam (terlewat sikit dari  plan asal). Sudahnya sampai rumah pukul 3 pagi...angkut barang pastu tidur dalam pukul 3.30 pagi...phewww!