Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Thursday, 28 May 2015

Reunion Part 1

Assalamualaikum...

Wuhuuu...apa khabar semua? Dah agak lama tak berbicara kat sini...lepas habis reunion awal bulan May haritu memang agak sibuk dengan tugas baru saya sebagai Property Negotiator. Ramai yang suruh carikan dan jualkan rumah mereka...jadi banyak la masa dihabiskan buat research dan mencari lokasi-lokasi yang sesuai. Saya agen berdaftar di bawah Chester Properties Sdn Bhd...jadi tak perlu risaulah nak deal dengan saya. Kalau ada yang nak membeli atau menjual rumah saya sedia membantu ok.

Berbalik pada agenda kita hari ni...saya nak story sikit la pasal Grand Reunion bersama-sama rakan sekolah menengah saya. Saya dulu bersekolah di Sekolah Seri Puteri, Jalan Kolam Ayer (asrama penuh) selama 5 tahun. Jadi kawan-kawan memang dari seluruh negara....sampai ke Sabah dan Sarawak nun....bila ingat balik kesian diorang dulu, balik kampung setahun sekali je sob..sob...Jadi reunion yang dah dirancangkan hampir setahun ni diadakan di Bukit Gambang City Resort, Gambang, Pahang. Daripada 87 orang batch kami, 52 orang yang dapat hadirkan diri...kira oklah tu kan. Lepas 20 tahun keluar sekolah memang ada yang pernah jumpa tapi ada 4-5 orang yang memang tak pernah jumpa langsung. Tapi dari pemerhatian saya...muka semua maintain sama je macam dulu cuma badan je lah ada yang dah membesar hehehe...tak la macam setengah orang tak jumpa lama muka dah berubah kan?

Alhamdullilah walaupun sedia maklum 1 Mei memang highway semua jam...kami selamat tiba setelah hampir 4 jam setengah di jalanan. Sampai dalam pukul 2.45 pm terus pegi daftar dekat kaunter khas yang dah disediakan. Dapat kunci bilik dan goodie bag serta buku program. Lepas dah settle angkut barang semua, kami pegi makan nasi lemak khas di bawa oleh kawan dari Batu Pahat. Lepas tu dalam pukul 4.30 pm kami ada buat bacaan Yasin dan tahlil untuk semua dan khasnya untuk seorang sahabat kami yang sudah kembali ke rahmatullah pada tahun 2013.

Dalam pukul 6 pm, saya pergi ke bilik seorang kawan ni untuk mekap. Senang ambik MUA ni sebab sah-sah la diorang mekap cantik dan yang penting cepat. 35 minit je dah siap mekap...kalau mekap sendiri mau sejam lebih...tu pun taktau la muka jadi macam mana huhuhu...Dengan muka yang dah bermekap tu pukul 7 kena pegi kat cafe sebab in-charge untuk edarkan packed food kepada para suami dan anak-anak yang kena duduk kat bilik sebab mak-mak nak berjimba masa dinner malam tu. Yes...Gala Dinner malam tu untuk kaum wanita sahaja ok. Berpeluh-peluh jugak la masa tu...nasib baik mekap tak cair adoiii.

Pukul 8.15 saya sampai ke hall tempat Gala Dinner akan berlangsung...comel je hallnye sebab meja pun ada lapan bijik je. Bila ramai dah sampai acara pun dimulakan dengan bacaan doa. Tengok semua orang memang cun lah malam tu dengan baju yang glam-glam belaka! Tema baju dinner malam tu mesti ikut warna rumah sukan masing-masing...fesyen tak kisah ok. Sebelum mula apa-apa aktiviti, kami ambil group photo dulu...ikut kelas dan rumah sukan. Pelbagai aktiviti berlangsung selama lebih kurang 3 jam setengah kami dalam dewan tu antaranya penyampaian anugerah (ala-ala Anugerah Bintang Popular). Ada beberapa kategori seperti Hot Chick Mum, Lost in GPS, Faraway Fivers, Swinging Singles, Ratu Selfie, Ratu Lawak, 32GB Memory dan Mummy Power. Calon-calon yang terpilih telah diundi 3 minggu sebelum majlis berlangsung tapi malam tu lah baru tahu pemenangnya. Antara aktiviti lain ialah nyanyian lagu sekolah, karaoke, kuiz trivia, catwalk dan video tribute untuk arwah Fatimah Samat. 

Sambil acara berlangsung sambil makan dan yang bestnya makanan pun sedap-sedap belaka. Lauk je ada sampai 9 jenis, ada mee jugak dan pelbagai jenis dessert. Makan tak seberapa pun sebab lebih eksaited nak melayan aktiviti-aktiviti malam tu. Acara selesai dalam pukul 11.30 pm...ada yang sambung karoake lagi...saya pukul 12 tengah malam balik bilik dah....suami setia menunggu...anak-anak dah lama dibuai mimpi hehe...

Sambung cerita hari kedua di Part 2 ye. Jom layan gambar-gambar yang ada dalam simpanan saya...ramai lagi yang tak sempat nak selfie bersama...


Ready for Gala Dinner

With Nor Diana a.k.a Didie

With Aishah...twin i sebab nama bapak sama

With Syareena a.k,a Odah


With Adilah a.k.a Kaklah

With Umi Shahadah a.k.a Umisha


With my award presenter partner, Azean

With best dress winner, Azlenda

With my 'Mak Ayam', Nina


Ada gaya model tak i?


With Ros & Mizah


From left : Nadiah, me, Suria, Min & Rini

Sapphirians tapi tak cukup korum coz ada yg dah balik

No comments:

Post a Comment