Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Monday 20 April 2015

Family Sports Day

Assalamualaikum

Sabtu lepas Genius Aulad adakan family sports day di Taman Lembah Bukit SUK, Shah Alam. Temanya ialah 'Loving Plants and Trees'. Memang tak pernah sampai area situ nasib baik Waze tunjuk jalan yang betul hehehe. Sampai dalam pukul 8.50 pagi dah...ramai yang dah beratur tapi belum start aktiviti lagi. Saya pun pergi register dulu...dapat topi, air mineral, nasi lemak, roti sosej dan insect repelent serta stiker. Kakak dan adik dalam group pink. So senang mama nak monitor sebab aktiviti-aktiviti tu semua kena ada sorang parent accompany. 

Pink group start dengan aktiviti tekap daun. Lupa pulak nak ambik gambar masa tu. Tapi basicly ambil 4 jenis daun berlainan, letak bawah kertas putih dan color dengan krayon. Jadi nampak la urat-urat daun tu kat kertas. Aktiviti kedua kena jalan atas satu tempat yang dah disediakan. Halangan dia tak susah pun tapi kalau budak yang 4 tahun tu slow la sikit. Aktiviti ketiga panjat bukit guna tali...sarung tangan disediakan jadi tak perlu risau. Aktiviti ni kakak je buat...adik tak nak pulak. Aktiviti keempat papa dan abang diorang pulak handle...mama rehat makan nasi lemak. Sedaplah sambal nasi lemak tu...rasa macam dulu-dulu punya...terbaiklah!

kami tak sempat join aktiviti terakhir sebab rushing nak pergi hospital. so pukul 11 pagi kami dah gerak balik. Seronok juga kat taman ni sebab pagi tu banyak je family yang bawak tikar so hampar bawah pokok. Pagi-pagi tu angin takde so agak panas tapi lepas pukul 10 baru la ada udara bergerak. Bagi saya satu je la yang kurang best iaitu ada 2 aktiviti yang kena tunggu semua ahli dah habis baru boleh mula. Penat gak menunggu dan ada budak-budak yang dah cranky.

Setakat tu je lah yang kami join...lepas settle semua aktiviti rasanya ada penyampaian hadiah pada semua kanak-kanak. Jom layan gambar aktiviti yang kakak dan adik masuk dan yang sempat snap.











No comments:

Post a Comment