Assalamualaikum...
Hari ni nak kongsi tentang kelebihan Ayat Seribu Dinar...saya dah lama tahu yang Ayat Seribu Dinar elok diamalkan tapi tak pernahnya nak hafal. Baru-baru ni terbuka hati nak menghayati ayat 2 & 3 Surah At-Talaq...4-5 kali baca lepas solat dah terhafal dah...alhamdullilah.
Kalau kita tengok makna Ayat Seribu Dinar ni, memang bagus terutamanya sebagai pembuka rezeki. Tapi kita kena tengok jugak, bukan sekadar amalkan baca saja yang penting kita kena faham maknanya dulu.
Ayat pertama kita kena faham betul-betul sebab mereka yang bertaqwa kepada Allah barulah akan mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka, dicukupkan keperluan dan sebagainya. Bertaqwa ni memang luas maksudnya...tapi ringkasannya mestilah melakukan apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan semua larangannya. Dan yang paling penting mestilah amalkan ayat ini secara istiqamah. Seeloknya Ayat Seribu Dinar diamalkan setiap kali selepas solat, baca tiga kali sebelum tidur dan tiga kali sebelum keluar rumah.
Antara hikmah mengamalkan Ayat Seribu Dinar:
1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
No comments:
Post a Comment