Assalamualaikum...
Alhamdullilah hari ni Karnival Jom Erat Silaturahim telah berlangsung dengan jayanya. Ni first time Surau Al-Islah Denai Alam bergabung dengan Business Women Network (BWN) menganjurkan karnival sebegini. Pada asalnya just nak buat gerai-gerai jualan di perkarangan surau tetapi bagi menarik lebih ramai pengunjung, kami adakan beberapa aktiviti lain seperti, persembahan nasyid, pertandingan azan, ceramah dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.
Terdapat lebih 20 gerai yang menjual pelbagai jenis barang termasuk pakaian, tudung, suplemen, makanan kesihatan, makanan dan minuman. Terdapat juga booth pendaftaran ahli BWN dan pendaftaran serta bayaran pembaharuan khairat kematian.
Sebagai salah seorang AJK yang mewakili BWN, saya rasa berpuas hati dengan perjalanan program dan sambutan hari ni walaupun saya mengharapkan lebih ramai orang yang datang. Dari segi marketing seperti edarkan flyers dan gantung bunting memang dah okey cuma mungkin pada masa akan datang kena buat promosi lebih awal.
Apa-apa pun saya rasa happy hari ni dan berharap karnival sebegini akan terus diadakan pada masa akan datang supaya penduduk Denai Alam dapat berjumpa dan berkenalan di antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment