Ramai yang nak kulit licin, cerah, tegang dan flawless tapi ramai yang tak konsisten makan suplemen. Saya dapat lihat perbezaan pada customer yang konsisiten amalkan suplemen dan mereka yang selalu skip ambil suplemen. Kalau yang ikut cara yang saya berikan dan minum air kosong secukupnya memang cepat saja dapat lihat hasilnya.
Suplemen apa yang selalu diambil oleh customer saya? Kalau ambil yang basic pun ok asalkan amalkannya setiap hari. Di bawah ni merupakan suplemen yang basic untuk nak dapatkan kulit yang cantik dan berseri...
B complex
Penting dalam menstabilkan hormon kita dan digelar juga vitamin anti-stress. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil.
Vitamin C
Ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai yang terigin nak beli kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.
Vitamin E
Sangat terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.
Protien
Pengambilan protein sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik.
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com
No comments:
Post a Comment