Assalamualaikum...
Alhamdullilah 19 Mac lepas Fahim berpeluang menyertai pertandingan taekwondo di Sekolah Setiabudi, Gombak. Ini merupakan perlawanan pertama setelah setahun Fahim belajar taekwondo di bawah Pro Sport.
Seawal 7.30 pagi kami dah keluar rumah. maklumlah nak ke gombak ambil masa 40 minit jugak...jauh gak la tu. Pukul 8.10 pagi sampai dan terus cari dewan tempat bertanding. Dah ramai yang sampai...ada group yang dah start practise. Semangat!
Rupanya Sekolah Setiabudi ni satu kawasan dengan International Islamic School (rendah & menengah). Kantin diorang pun kongsi katanya tapi besarlah. Yang menariknya makanan di kantin sangat variety dan yang paling best murah!
Sementara Fahim belum start dan giliran dia nombor 28, kami pun isi perut dulu. Lepas tu bila dah masuk dewan, perlawanan dah mula. Hubby duduk dekat Fahim dan suruh dia tengok macam mana cara orang lain lawan sebab ni first experience dia. Turn Fahim lebih kurang pukul 10.15, sebelum tu kena bersedia pakai pelindung semua tu dulu.
Fahim tali pinggang oren lawan dengan budak tali pinggang merah (lagi power drp dia lah). Nampak dia cepat penat jugak berlawan dengan budak tu. Walaupun kalah tapi memang good exposure & experience untuk Fahim. Hubby pun cakap dia banyak je tengok cite lawan2 dan kungfu bagai tapi tak pernah pun berlawan dengan orang. Rasanya elok dedahkan anak-anak dari kecil dengan martial art ni tak kiralah Taekwondo. Aikido, Karate atau yang lain-lain. Tapi nasihat saya jangan la umur 4-5 tahun dah hantar, kecik sangat. Dah masuk sekolah dalam darjah satu tu ok dah then darjah 3 ke atas dah boleh sertai pertandingan.
Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor
Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.
Showing posts with label taekwondo. Show all posts
Showing posts with label taekwondo. Show all posts
Wednesday, 30 March 2016
Thursday, 5 February 2015
Taekwondo class
Assalamualaikum...
Hari Ahad 1 Februari baru ni berkesempatan daftarkan anak sulung, Fahim untuk kelas Taekwondo. Sebenarnya dah lama dari tahun lepas nak masukkan dia ke kelas martial art tapi tak jumpa tempat yang sesuai. Kebetulan hujung tahun lepas ada seorang kawan bagitau anak dia belajar Taekwondo di Bukit Jelutong jadi kami pun start la tahun ni. Rupanya Master Jeg bagitau kat Bukit Subang pun ada buat kelas...baguslah lagi dekat dengan rumah.
Pada pendapat saya zaman sekarang ni memang perlu untuk hantar anak-anak ke kelas seni mempertahankan diri tak kira lelaki atau perempuan. Banyak sangat kes-kes yang sangat ditakuti jadi dengan adanya ilmu mempertahankan diri harapnya anak-anak dapat protect diri sendiri jika ada sesuatu berlaku. Minta dijauhkanlah semua perkara yang tak baik tu kan.
Kelas Fahim diadakan setiap hari Ahad pukul 5.15 petang hingga 7.15 petang di Dewan MBSA, Bukit Jelutong. Dewan tu luas, selesa dan bersih. Bayaran pendaftaran ialah RM50 dan yuran bulanan pun RM50 sahaja. Uniform kena beli sepasang je...harga RM80.
Pertengahan tahun ni atau tahun depan nak start hantar kakak dan adik pulak. Biar diorang belajar dari kecil...wajib belajar sampai dapat black belt ok! All the best untuk anak mama...semoga dapat belajar dengan baik dan praktikkan ilmu yang diperolehi.

| First class |
Subscribe to:
Posts (Atom)