Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.
Showing posts with label multivitamin. Show all posts
Showing posts with label multivitamin. Show all posts

Monday, 5 January 2015

Vitalea multivitamin kanak-kanak

Assalamualaikum

Apa khabar semua readers Alamwellness? Dah hari ke-5 di tahun baru...cepat je masa berlalu. Semoga kita semua sentiasa sihat dan ceria. Hari ni saya teruja nak kongsi satu vitamin untuk anak-anak kita. Sebenarnya dulu Vitalea untuk kanak-kanak ni dah wujud tapi dihentikan seketika pengeluarannya sebab Shaklee nak perbaharui formulanya. Jadi sempena tahun baru ni, Shaklee memperkenalkan semula Vitalea multivitamin kunyah untuk kanak-kanak dengan formula yang diperbaharui dan rasa yang lebih enak.

Kenapa anak-anak perlu diberi multivitamin? Dari pengalaman sendiri dengan anak-anak berumur 11, 6 dan 5 tahun, kanak-kanak terutamanya yang bawah 6 tahun memang sangat memilih makanan. Mereka hanya akan makan makanan yang mereka selalu dan suka makan saja. Bukannya kita tak perkenalkan dengan makanan baru tapi mereka yang tak begitu nak mencuba. Tapi saya dapat lihat paternnya...bila dah mula masuk sekolah rendah anak-anak lebih mudah mencuba sesuatu yang mereka tak makan sebelum ni. Anak saya yang bongsu hanya suka makan timun saja untuk kategori sayur-sayuran tapi kakaknya dah mula suka bendi dan bayam. Ya! Memang mereka tidak mengambil makanan yang seimbang.

Contohnya bila saya masak mi goreng, saya akan masukkan ayam (sumber protein) dan sayur-sayuran seperti sawi, taugeh dan kucai. Anak yang sulung memang akan makan semua dalam mi goreng tersebut tapi the girls akan makan mi dan ayam saja...sayur tolak tepi. Jadi di sini pun kita dapat lihat mengapa kanak-kanak amat memerlukan multivitamin untuk memenuhi keperluan nutrisi mereka setiap hari. Masa umur beginilah mereka sebenarnya memerlukan pemakanan yang lengkap kerana mereka tengah membesar.

Vitalea multivitamin kunyah memang sangat sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar. Ia mengandungi 18 vitamin dan mineral yang amat diperlukan oleh badan. Mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diperlukan untuk tumbesaran kanak-kanak. Yang paling penting ianya tiada perasa, pemanis dan pewarna tiruan serta bebas bahan pengawet.

Jom berikan yang terbaik untuk anak-anak tersayang...





Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Wednesday, 16 July 2014

Vita-Lea multivitamin terbaik

Assalamualaikum

Alhamdullilah dah masuk hari ke-18 berpuasa. Cepat sangat rasanya...tak berapa hari lagi dah nak raya. Anda semua dah siapkan kelengkapan raya? Tahun ni saya siapkan semua awal-awal...malas dah nak buat last minute preparation. 

Hari ni saya nak berkongsi tentang Vita-Lea....ini adalah antara produk pertama yang saya cuba masa join member dulu. Vita-Lea ni multivitamin yang lengkap untuk memenuhi keperluan nutrisi harian kita. Saya percaya bukan setiap hari kita boleh mengambil pemakanan yang seimbang. Lagi satu bukannya semua makanan yang kita masak nutriennya kekal sebab ada yang hilang sepanjang proses penyediaan dan semasa memasak. Jadi bila kita makan tu kadang-kadang tak banyak mana nutrisi yang kita dapat. Tambahan lagi zaman sekarang kita terdedah kepada pencemaran, tekanan dan pelbagai penyakit yang mana doktor pun kadang-kadang tak tahu apa puncanya. Jadi, bagi saya pengambilan multivitamin sangat penting dalam kehidupan seharian kita.

APA ISTIMEWANYA VITA-LEA?

Vita-Lea Shaklee merupakan multivitamin dan multimineral pertama dicipta di dunia. Pada asalnya ia dikenali sebagai 'Vitalized-Minerals' dan disingkatkan kepada perkataan 'Vita-min' dan ianya digunakan sehingga sekarang.

Peningkatan teknologi telah mengubahnya dari bentuk cecair (90 tahun yang lalu) kepada tablet dan digelar Vita-Lea. Setiap satu tablet mengandungi 28 vitamin dan mineral yang penting yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet Vita-Lea disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina dan dihasilkan dengan kaedah yang terkini serta teknologi eksplosif yang kompleks yang disebut sebagai 'Explo-Tab'. Vita-Lea merupakan multivitamin yang paling pantas larut di adalam air dan tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pegambilan Vita-Lea secara konsisten selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Centre of Science di Amerika Syarikat sebagai 'The Best Multivitamin' di dalam Public Interest pada tahun 2000.






KELEBIHAN UTAMA VITA-LEA

  • 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
  • - 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
  • - 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
  • - 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent
  • - 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
  • - 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang
  • - 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
  • - 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga

KEBAIKAN VITA-LEA


Pemberi tenaga segera - menambah tenaga, memberi kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian (sangat setuju kerana saya sendiri dah merasai kehebatan ini!)

Pelengkap Nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutama mereka yang mengamalkan pemakana sayuran (vegetarian) dan anemia (ni pun saya setuju, kerana sebelum kenal shaklee saya seorang yang tidak mengamalkan pemakanan seimbang kerana jadual harian yang padat, menyebabkan sering sakit kepala. Sekarang, boleh bilang berapa kali sakit kepala.. tu pun kerana tak cukup tidur)

Tingkatkan keupayaan sistem produktif - penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

Metabolisme - sangat membantu dalam stimulasi metabolisme dan melambatkan proses penuaan.

Elemen penting pada sel tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tiroid.

Melindungi organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati

Bagi mereka yang masih tercari-cari multivitamin untuk keperluan harian, memang saya syorkan Vita-Lea Iron Formula ni. 


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com