Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.
Showing posts with label antioksidan. Show all posts
Showing posts with label antioksidan. Show all posts

Sunday, 7 December 2014

Fungsi selenium dalam vitamin E

Assalamualaikum

Sempena bulan promosi vitamin e ni saya nak berkongsi sedikit tentang kepentingan selenium dalam vitamin e. Kenapa selenium bagus digabungkan dengan vitamin e? Mari kita fahami dulu apakan selenium itu sebenarnya.

Selenium adalah komponen pada sejenis enzim dalam badan yang disebut glutathion peroxidase. Enzim ini wujud dalam cecair badan dan sekeliling sel tubuh kita yang berfungsi memelihara sel dari mengalami kerosakan akibat radikal bebas yang menjadi punca pelbagai penyakit kronik.

Seperti juga vitamin e, selenium bertindak sebagai antioksidan malah kuasa antioksidannya semakin efektif apabila bergabung dengan vitamin e. Selenium juga mengawal tiroid, iaitu kelenjar kecil berbentuk rama-rama yamg bertindak mengawal segala proses metabolik di dalam badan dan memastikan sistem badan berfungsi dengan baik sempurna. Selenium membolehkan badan kita menghasilkan sel darah putih yang bertindak sebagai agen melawan penyakit dan serangan virus atau bakteria. Jadi apabila selenium digabungkan dengan vitamin e, tentulah fungsinya lebih hebat dalam menentang radikal bebas yang menyebabkan kita mudah terkena pelbagai penyakit. Buat pengetahuan semua, radikal bebas ni ada di mana-mana, contoh yang paling dekat ialah dari handphone yang kita guna sepanjang masa.

Secara ringkasnya, fungsi selenium ialah:
  • Melawan radikal bebas, tubuh badan memiliki kemampuan untuk melawan radikal bebas yang merosak sel dan menimbulkan berbagai penyakit. Di dalam tubuh selenium bekerja sama dengan vitamin E sehingga berfungsi sebagai antioksidan.
  • Meningkatkan kekebalan tubuh, kerana selenium bekerja memperbaiki sistem imuniti (kekebalan tubuh) dan fungsi kelenjar tiroid. Dari hasil kajian, selenium dapat mencegah kanser seperti kanser paru-paru, prostat, colorectal termasuk kanser kulit akibat sinar matahari. Jadi selenium bermanfaat untuk meningkatkan fungsi kekebalan tubuh.
  • Mempertahankan elastisiti (keanjalan) kulit bersama vitamin E, kerana itu bila kadar selenium berkurang maka tubuh akan mengalami penuaan lebih cepat daripada waktunya.
  • Kita dicadangkan mengambil 55 mikrogram selenium setiap hari. Selenium adalah nutrien penting yang menawarkan fungsi antioksidan, yang membantu meningkatkan sistem imun. Dijumpai di dalam tanah, tumbuh-tumbuhan menyerap dan ia tidak berkurangan apabila diproses. Ini adalah mineral penting dalam tubuh manusia kerana ia membantu kedua-dua sistem imun dan operasi kelenjar tiroid.

Jadi selenium memang penting dalam kehidupan seharian kita. Makanan yang kaya dengan selenium adalah seperti brokoli, tiram, buah tembikai, bawang putih, dan bayam. Tapi jika anda rasa anda tidak mampu untuk mengambil selenium yang cukup dari sumber makanan setiap hari, anda boleh mengambil sebiji Vita E Complex yang mengandungi 65 mikrogram selenium di dalamnya.


Dapatkan promosi Vita E bulan ini...beli 6 percuma 1 botol atau beli 2 botol dapat diskaun 5%. Anda juga layak mendapat percuma keahlian seumur hidup dan juga cash bonus. Dapatkan stok anda hari ini!



Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com


Sunday, 8 June 2014

Sumber makanan kaya antioksidan

Assalamualaikum

Kenapa kita perlu mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan? Antara sebab utama adalah untuk menghalang radikal bebas, mencegah penyakit jantung dan kanser, mencegah penuaan, menguatkan sistem imun tubuh dan menjaga kesihatan saraf.

Hari ni saya suka untuk berkongsi tentang sumber-sumber makanan yang tinggi kandungan antioksidan supaya kita dapat sama-sama mengamalkannya.


1. Kurma
Buah kurma mengandung kalium (potassium), serat, kalsium, zat besi (Fe), Vit A, B2, B12, dan Vit C, aspirin, salisilat, fosfor, sulfur, natroum (sodium), magnesium, cobalt, seng, fluorin, tembaga (Cu), mangaan, selulosa, dan karbohidrat (berupa glukosa dan fruktosa). Kandungan vitamin C nya berperanan sebagai antioksidan.

2. Kismis
Kismis dihasilkan daripa buah anggur yang dikeringkan. Buah anggur memang tinggi kandungan antioksidan. Catechin, salah satu dari antioksidan pada ksimis yang sangat berguna dalam pencegahan tumor dan kanser kolon serta menjaga kesihatan jantung kita. Phenolic Phytonutrients dikenali kerana memiliki fungsi sebagai pembunuh kuman, antibiotik dan antioksidan yang banyak ditemui dalam kismis.

3. Blueberi
Blueberry adalah buah yang berasal dari Amerika Utara. Buah yang tumbuh di musim panas di Amerika Utara ini tumbuh secara liar namun memiliki banyak khasiat. Bluberry mengandung berbagai zat, contohnya beberapa mineral (mangan, kalsium, fosfor, besi, kalium, dan seng), Vit B1, B2, B3, dan B6, Vit C, Vit E. Vit K, karbohidrat, lemak, dan antosinin. Antosinin adalah zat antioksidan yang mampu menghambat perkembangan sel kanser, inflamasi serta baik untuk kesehatan kulit serta mencegah penuaan.

4. Strawberi
Strawberi mengandung Vit K, mangan, asam folat, potasium, riboflavin, Vit B5, B6, magnesium dan omega 3. Ia mengandung zat antioksidan yang membuat buah ini berwarna merah.

5. Rasberi
Rasa buahnya yang masam menandakan kandungan Vit C yang tinggi didalamnya. Buah raspberi ini jika diamalkan secara rutin sangat banyak faedahnya. Ia dapat mencegah kerosakan sel otak, melancarkan pencernaan, mencegah kanser usus, mengurangkan alergi, mencegah penyakit jantung, mencegah penuaan awal da mengawal diabetes.

6. Plum
Selain mengandung 38% antioksidan yang jauh lebih banyak daripada blueberi, buah plum sangat kaya akan serat larut yang membantu menurunkan kolesterol dalam badan.

7. Delima
Polifenol yang ada di dalam delima lebih efektif daripada antioksidan yang ada dalam kandungan makanan lain untuk memerangi radikal bebas.

8. Kekacang
Kacang merah mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Kekacang merupakan makanan antioksidan terbaik di antara keluarga sayuran.

9. Teh hijau
Teh hijau mengandung polifenol dan katekin yang sangat efektif menghalang radikal bebas tubuh.

10. Bayam
Bayam terkenal sebagai sayuran yang tinggi kandungan zat besi. Tidak hanya baik dalam hal nutrisi, bayam juga berkhasiat sebagai antioksidan. Kekuatan antioksidan bayam hijau terletak pada lutein dan beta-karoten.

11. Lemon
Rasanya yang masam adalah kerana ia memiliki kandungan vitamin C yang tinggi sebagai antioksidan. Ia dapat menyembuhkan gangguan pencernaan, mual, kembung dan masalah sembelit.

12. Nenas
Buah nenas memiliki kandungan nutrisi yang sangat banyak seperti vitamin A dan C yang berfungsi sebagai antioksidan. Buah nenas juga mengandung kalsium, fosfor, magnesium, besi, natrium, kalium, dekstrosa, sukrosa serta enzim bromelain. Kandungan-kandungan tersebut sangat baik untuk menjaga tubuh kita agar sentiasa sihat.

13. Brokoli
Brokoli memiliki manfaat untuk mencegah kanser kolon, kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Zat yang terkandung di dalam brokoli juga bermanfaat sebagai antioksidan. Kandungan anti-acetylcholinesterase-nya juga dapat mencegah kanser prostat.

14. Kiwi
Buah kiwi juga banyak kandungan phytonutrients yang baik untuk keshatan kerana akan menghasilkan polyphenols sebagai antioksidan bagi tubuh, enzim untuk pencernaan dan karotenoids yang bermanfaat sebagai antioksidan dan kesihatan mata.

15. Telur
Telur kaya dengan kandungan antioksidan iaitu lutein. Lutein berfungsi melindungi mata dari katarak dan mencegah kerosakan mata. Meskipun kandungan lutein dalam telur jauh lebih kecil daripada pada bayam, tetapi lutein pada telur diserap tubuh 3 kali lebih efektif.

Banyakkan makanan yang kaya dengan antioksidan? Jadi bolehlah anda cuba mengambil makanan yang telah tersenarai di atas. Tapi bagaimana kita hendak pastikan semua makanan yang kita ambil diserap dengan baik oleh badan? Jadi bagi mereka yang tidak pasti samada mereka betul-betul dapat manfaat atioksidan daripada sumber makanan di atas, anda tidak perlu risau. Anda boleh ganti pengambilannya dengan vitamin yang tinggi kandungan antioksidan seperti vitamin A, C dan E.



Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Friday, 6 June 2014

Vitamin E vitamin cantik

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Cuti sekolah ni mesti ramai yang pergi melancong atau balik kampung kan? Tengok status kawan-kawan kat FB dan instagram pun ramai yang makan angin sana-sini. Memang elok pergi melawat tempat orang ni...jauh perjalanan luas pengalaman. Kami sekeluarga pun weekend baru-baru ni balik kampung sebab ada wedding sepupu belah suami. Memang meriah dapat berkumpul jumpa sanak-saudara. Time wedding & hari raya je la boleh jumpa ramai sikit sedara-mara...kalau tak semua sibuk dengan urusan masing-masing betul tak?

Bulan Jun ni sempena promosi Vita E memang tepat pada masanya sebab tak sampai 2 bulan lagi dah nak raya. Jadi mesti la ramai yang nak kulit cantik, badan cantik sebab nanti jumpa ramai kawan-kawan dan sanak saudara bila balik kampung nanti. Ada yang memang setahun sekali baru jumpa...bila kulit wajah dah cantik tu mesti ramai yang tanya & puji kan?




Vita E ni memang antara vitamin yang masuk dalam kategori Set Kecantikan selain Vita C dan B complex. Jom kita lihat dulu kelebihan Vita E secara menyeluruh... 

  • Sebagai anti-oksidan yang kuat untuk mencegah penyakit kanser dan penyakit kardiovaskular. 
  • Mencegah penyakit jantung 
  • Menurunkan tekanan darah 
  • Meningkatkan produksi air mani untuk kesuburan lelaki 
  • Anti penuaan – 1 kapsul vitamin E sehari dapat melambatkan proses penuaan, mengurangi kedutan, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan. Ia mampu mengembalikan tekstur kulit dan tona muka yang sekata 
  • Merangsang rambut menjadi lebih sihat dan mencegah keguguran rambut 
  • Boleh dijadikan masker dan membantu masalah parut. 
  • Mencegah keguguran 
  • Mengurangi risiko kanker prostat di kalangan penghisap rokok 
  • Memperbaiki arthritis dan memperlambat perkembangan penyakit Alzheimer 
  • Meningkatkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama memperkuat dinding kapilari darah 
  • Memperbaiki peredaran darah 
  • Membantu dalam masalah “premenstrual syndrome” dan penyakit fibroid 
  • Merawat sakit sendi 
  • Meningkatkan prestasi atlit dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan 
  • Memelihara pembekuan darah yang normal untuk penyembuhan luka yang cepat 
  • Mencegah penyakit katarak 
Antara lain kelebihan vitamin E ni kepada kejelitaan kulit adalah dengan membantu:-
  • Mengecilkan pori-pori wajah
  • Memperlahankan proses penuaan kulit
  • Mengawal kolestrol
  • Mengawal minyak
  • Menghilangkan parut dan mencerahkan wajah.
  • Meningkatkan kelembapan kulit
  • Sangat bagus untuk memudarkan parut.
Artis-artis yang kulit cantik putih gebu tu memang kebanyakannya mengamalkan vitamin E dan C. Anda semua pun mesti nak kan kulit yang cantik? jom beli ramai-ramai sempena promosi Vita E bulan ni. Beli 6 botol dapat free 1 botol. Selain daripada tu secara automatik dapat free membership dan cash bonus. Rugi siapa tak grab peluang yang julung-julung kali datang ni. 

Sekarang kita tengok pula testimoni dari mereka yang dah gunakan vitamin cantik ni. [ihsan google]



Bestkan tengok mereka yang dapat kulit wajah yang mereka idamkan...jadi apa tunggu lagi sementara promosi sedang berlangsung ni...jom beli cepatttt...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com




Saturday, 10 May 2014

Vitamin cinta...

Assalamualaikum

Ada vitamin untuk menyemarakkan cinta? Ingat hanya ada 'ubat kuat' yang banyak di pasaran sekarang ni saja. Jangan terkejut ye, Shaklee pun ada 'vitamin cinta' yang bukan saja dapat membantu pasangan yang mengalami kedinginan malah mereka yang mengamalkannya mendapat pelbagai lagi khasiat dan kebaikan.

Pasangan merupakan sahabat, kawan, kekasih dan tempat berkongsi suka dan duka. Jadi jangan disebabkan penat dan stress dengan tugasan harian kita 'hilang mood' untuk bersama dengan pasangan. Mula-mula mungkin tak memberi kesan tapi bagaimana jika masalah ini berlarutan?

Anda perlu bertindak segera dan jangan membiarkan masalah ini berpanjangan. Apa yang anda perlukan hanyalah dua botol vitamin yang amat membantu dan dapat membantu masalah anda. Mari kita lihat dulu apa fungsi kedua-dua vitamin cinta ni...


Alfalfa & Vita E
VITA E COMPLEX 
➡ Memberi lebih tenaga
➡ Ereksi yang lebih lama
➡ Lebih cepat terangsang
➡ Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
➡ Meningkatkan kesuburan
➡ Untuk menstabilkan hubungan seks/kewanitaan terutama bagi ibu menyusu yang mempunyai kandungan prolaktin (hormon menyusu) yang tinggi
➡ Melancarkan aliran darah
➡ Sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome"

LAGI KELEBIHAN VITA E
➡ Antioksidan yang hebat
➡ Menyihatkan jantung
➡ Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
➡ Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
➡ Meningkatkan prestasi atlit
➡ Mengendurkan otot kaki dari kekejangan

ALFALFA COMPLEX
➡ Membantu mengurangkan masalah "kering ketika bersama'
➡ Membantu mengurangkan masalah keputihan wanita
➡ Membantu memperhebatkan khazanah wanita.
➡ Membantu detoks dan membantu mengurangkan sembelit (jika ada)
➡ Membantu badan rasa ringan dan bertenaga
➡ Meningkatkan stamina
➡ Bertindak seperti kacip fatimah

LAGI KELEBIHAN ALFALFA
➡ Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
➡ Membuang angin dalam badan (toksin punca angin berlebihan dalam badan)
➡ Menghilangkan kelesuan dan tekanan. (toksin juga membuatkan badan lesu dan lemah)
➡ Melegakan elergi dan ekzema
➡ Meneutralkan asid dalam badan (kealkalian yang tinggi)
➡ Meringankan masalah badan, kaki dan nafas berbau


Atasi masalah anda secepat mungkin...berikan yang terbaik kepada pasangan anda!


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Monday, 21 April 2014

Vivix tonik kesihatan hebat

Assalamualaikum

Hari ni saya nak bercerita tentang satu produk premium dari Shaklee iaitu Vivix. Vivix merupakan tonik kesihatan dan anti-penuaan yang dihasilkan dari 4 jenis tumbuhan. Hanya dengan satu sudu teh sehari, Vivix mampu meningkatkan tahap kesihatan kita.

Vivix ialah sejenis minuman campuran botani dan merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan anti-penuaan semulajadi.





Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Sekarang mari kita berkenalan dengan setiap bahan yang terkandung dalam Vivix.


Anggur Muscadine (Muscadine Grape)

  • Anggur hebat ini adalah satu-satunya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih satu kromosom, yang mana ahli sains percaya mengukuhkan profil polifenol dan berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan. Saiznya adalah sebesar sebiji bola golf.
  • Ia juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai didalam anggur lain dan telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.
  • Seterusnya kumpulan ini, bersama dengan ahli sains dari University Georgia, membangunkan satu proses ekstraksi sejuk dan lembut untuk menjamin satu ekstrak yang bermutu tinggi dengan aktiviti biologi tertinggi seperti yang ditunjukkan dalam beberapa siri ujian makmal untuk anti-penuaan.
  • Untuk mencipta profil polifenol yang kuat di dalam Vivix, ahli sains menggabungkan resveratrol yang lampau tulen dengan ekstrak dari anggur hebat ini, Elderberry Eropah dan Karet Ungu.
  • Campuran inilah yang bertanggungjawab dalam banyak tindakan unik anti-penuaan sellular Vivix.


Elderberi Eropah (European Eldeberry)

  • Satu daripada manfaat Elderberry adalah keberkesanannya dalam mengubati simptom flu, terutama sekali influenza B.
  • Berry mengandungi flavonoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat, dengan yang demikian mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria.
  • Pada masa yang sama, Elderberry adalah sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanin, yang memberi kesan anti-radang.
  • Ia juga dapat mengurangkan simptom seperti sakit otot, sakit sendi atau demam yang berkaitan dengan selesema atau influenza.
  • Walau bagaimanapun, Elderberry tidak hanya kaya dengan antioksidan tetapi juga vitamin A, B dan C dan nutrien seperti asid, amino acids, carotenoid, tannin dan rutin.
  • Semua ini adalah manfaat kesihatan yang didapati dari Elderberi.
  • Selain dari menguatkan sistem imun, untuk melawan jangkitan virus dan flu, elderberry dan ekstraknya juga berkesan terhadap keadaan seperti flu, jangkitan yeast, asma, batuk, sesak hidung dan dada dan diabetes.
  • Ia juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan juga menghalang oksidasi kolesterol LDL.
  • Oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab penting penyakit kardiovaskular.
  • Kesimpulannya, elderberry mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk, strok dan serangan sakit jantung.
  • Seterusnya manfaat penting dari elderberry adalah mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.


Lobak Ungu (Purple Carrot)

  • Ianya adalah sumber terbaik vitamin A, dan mengandungi fitokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes.
  • Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins adalah bertanggungjawab pada warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran.
  • Berry mengandungi banyak anthocyanins, terutama sekali blueberry, yang mengandungi aktiviti antioksidan yang teramat tinggi
  • Anthocyanins adalah antioksidan utama di dalam lobak yang berwarna ungu-kuning dan ungu-oren. Lobak ungu-kuning mengandungi kapasiti antioksidan tertinggi, diikuti oleh lobak ungu-oren.
  • Asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak didalam semua jenis lobak. Asid klorogenik ini dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi.
  • Sejak kebelakangan ini, kajian telah menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk antioksidan, anti-radang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen.
  • Tambahan pula ia juga mempamerkan kesan pada saluran darah, platelet dan lipoprotein yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.


Polygonum Cuspidatum

  • Polygonum Cuspidatum (juga dikenali sebagai Knotweed Jepun) adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia, yang juga dikenali banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah.
  • Knotweed Jepun adalah sumber komersial Resveratrol, yang juga terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah.
  • Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplemen anti-penuaan seperti resveratrol dan banyak jenis perubatan tradisional cina.
  • Ahli sains telah banyak melakukan ujian makmal ke atas haiwan untuk menentukan manfaat kesihatan resveratrol.
  • Kesimpulan dari ujian ini menunjukkan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet serta mengurangkan berat badan.
  • Supplemen resveratrol mungkin jawapan untuk memanjangkan usia kita.
  • Ujian sebenar untuk supplemen anti-penuaan ini adalah masa.
  • Dimasa akan datang usia purata adalah didalam lingkungan 120 tahun, mereka yang mengambil supplemen Resveratrol akan berterima kasih untuk satu lagi penemuan saintifik yang penting ini.
Memang banyak kan khasiat yang diperolehi daripada 4 jenis tumbuhan yang dirumuskan dalam menghasilkan Vivix? Bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan hendak kelihatan muda dari usia sebenar bolehlah amalkan Vivix.

Nanti kita sambung lagi cerita tentang Vivix ni...


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com