Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Monday, 31 October 2016

Anak sedara baru...

Assalamualaikum

Apa khabar semua ? Lama betul tak ngadap blog ni. Alhamdullilah, 6 October hari tu dapat anak sedara baru. Bayi lelaki anak adik saya telah selamat dilahirkan melalui c-section. Apa-apa pun tahniah kepada adikku dan suami.

Sepanjang bulan September memang banyak sangat aktiviti dan peristiwa untuk family besar kami seperti yang saya ada update dalam entry sebelum ni. Alhamdullilah semua yang dirancang berjalan dengan lancar...dengan izinNya jua.

Pada 5-8 September anak sulung saya Muhammad Fahim selesai menduduki exam UPSR. Syukur sepanjang exam dia tenang dan sihat-sihat je. Risau jugak kan hehe. Lepas exam start curi sekolah seminggu. Masa tu sibuk uruskan preparation adik nak kawin pada 17 September. Sekali lagi sangat2 bersyukur majlis berjalan lancar, ramai tetamu yang hadir dan cuaca pun ok walaupun agak panas sikit...takpe lah kan daripada hujan lebat:)

Lepas tu dah rileks sikit...tunggu majlis bertandang je di Muar pada 24 September. Saya dan plan nak bawa anak-anak bercuti ke Legoland sebab dari Muar terus ke JB dah tak jauh sangat. Nanti saya buat separate entry untuk wedding adik dan Legoland ye.



Thursday, 1 September 2016

Please be nice to me, September...

Assalamualaikum...

Pantasnya masa berlalu...dah habis pun bulan kemerdekaan. Dah masuk bulan September ni memang menggerunkan. Haaa bukannya apa...banyak sangat event dalam bulan ni. Harapnya semua berjalan lancar dan dirahmatiNya.

Nak tengok list?

- anak sulung nak ambil exam UPSR
- adik nak kawin (i am the wedding planner so called)
- birthday anak bongsu (prepare party pack)
- bertandang ke rumah pengantin lelaki di Muar
- jalan-jalan Johor & Legoland

Banyak ke??? Ada lagi bab business tapi malas nak update kat sini hehe

Sebelum terlupa...bulan ni Shaklee buat promo ESP dan Vita C ye...sesuai untuk mereka yang nak sihat dan kulit flawless...




So please be super nice to me, Mr September:)))

Monday, 20 June 2016

Farha's birthday & Father's Day celebration

Assalamualaikum...

Alhamdullilah...semalam dapat sambut birthday Farha yang ke-7 dan sekaligus sambut Hari Bapa. Pagi Ahad tu pergi GM Klang beli barang-barang untuk buat party pack Farha. Dia nak bagi pada kawan-kawan di sekolah. 

Bila dah azan Maghrib, minum air dan makan roti sekeping then terus solat. Lepas tu siap cepat-cepat dan terus gerak ke Star Avenue. Kami pilih Restoren Big Brother for this double celebration. Sampai dalam pukul 8.10 mlm, tak ramai pun orang kat restoren tu. Sebenarnya dulu kami selalu pergi Big Brother di Kota Damansara jadi dah tahu la nak expect quality yang macam mana. Kami pun order Chicken Parmigiana, Chicken Chop, Fish & Chip, Mushroom Soup, Kids Meal, Nachos with beef, Strawberry & Oreo Smoothies. Semua makanan di situ boleh dikatakan big portion dan yang paling best semuanya sedap-sedap belaka. Rasa sangat worth it makan kat situ. Sampai ada yang tapau bawa baliklah sebab dah tak larat nak habiskan.

Bagi yang nak buat apa-apa celebration bolehlah bawa kawan-kawan atau family makan di Big Brother, Star Avenue dekat Subang Bestari tu. Lepas makan kami pusing-pusing di lobby Star Avenue. Cantik decoration raya yang diorang buat...dengan lagu raya lagi...memang feeling la nak raya sangat-sangat dah. Anak-anak pun happy je bergambar dan lari sana-sini.

Lastly, mama doakan Farha dapat membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan rajin belajar. To my beloved hubby, thanks for everything...you are our hero!








Monday, 13 June 2016

Birthday Fahim ke -12

Assalamualaikum...

Jumaat lepas bersamaan 5 Ramadhan genaplah usia anak sulungku 12 tahun. Dah nak remaja dah anak terunaku sorang ni. Mama doakan semoga sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan dapat 6A dalam UPSR nanti. Mama tak bagi hadiah pun cuma belanja kat NY Steak Shack je. Tunggu result UPSR nanti boleh bagi hadiah besarrr...





Set Sahur Ramadhan

Assalamualaikum semua...

Sedar tak sedar dah masuk hari ke-8 bulan Ramadan. Ada yang dah pening nak makan @masak apa masa bersahur dan berbuka. Kalau nak senang boleh je ambil Set Sahur Ramadhan ni...so utk bersahur tak payah pening-pening fikir dah nak bangun awal siapkan lauk-pauk semua...yang penting set sahur ni sangatlah berkhasiat, mengenyangkan dan memberi tenaga. Tak percaya? Cubalah dulu!


Kalau berminat nak cuba boleh contact saya ye...

Asmin
012-7747 857


Wednesday, 30 March 2016

Fahim first taekwondo tourney...

Assalamualaikum...

Alhamdullilah 19 Mac lepas Fahim berpeluang menyertai pertandingan taekwondo di Sekolah Setiabudi, Gombak. Ini merupakan perlawanan pertama setelah setahun Fahim belajar taekwondo di bawah Pro Sport.

Seawal 7.30 pagi kami dah keluar rumah. maklumlah nak ke gombak ambil masa 40 minit jugak...jauh gak la tu. Pukul 8.10 pagi sampai dan terus cari dewan tempat bertanding. Dah ramai yang sampai...ada group yang dah start practise. Semangat!

Rupanya Sekolah Setiabudi ni satu kawasan dengan International Islamic School (rendah & menengah). Kantin diorang pun kongsi katanya tapi besarlah. Yang menariknya makanan di kantin sangat variety dan yang paling best murah!

Sementara Fahim belum start dan giliran dia nombor 28, kami pun isi perut dulu. Lepas tu bila dah masuk dewan, perlawanan dah mula. Hubby duduk dekat Fahim dan suruh dia tengok macam mana cara orang lain lawan sebab ni first experience dia. Turn Fahim lebih kurang pukul 10.15, sebelum tu kena bersedia pakai pelindung semua tu dulu.

Fahim tali pinggang oren lawan dengan budak tali pinggang merah (lagi power drp dia lah). Nampak dia cepat penat jugak berlawan dengan budak tu. Walaupun kalah tapi memang good exposure & experience untuk Fahim. Hubby pun cakap dia banyak je tengok cite lawan2 dan kungfu bagai tapi tak pernah pun berlawan dengan orang. Rasanya elok dedahkan anak-anak dari kecil dengan martial art ni tak kiralah Taekwondo. Aikido, Karate atau yang lain-lain. Tapi nasihat saya jangan la umur 4-5 tahun dah hantar, kecik sangat. Dah masuk sekolah dalam darjah satu tu ok dah then darjah 3 ke atas dah boleh sertai pertandingan.










Monday, 29 February 2016

Pengalaman pertama Ice Skating...

Assalamualaikum...

Time raya Cina awal bulan ni bawa anak-anak pegi main ice skating di The Royale Ice Skating Rink. Ini merupakan pengalaman pertama mereka dan memang agak susah nak balancekan diri eventhough diorang dah biasa main roller blade. Tapi apa-apa pun memang diorang enjoy walaupun main sejam setengah dah penat. Jom layanz gambar...











Thursday, 28 January 2016

Dah darjah satu

Assalamualaikum...

Dah 3 minggu lebih Farha masuk darjah satu. Tiga minggu pertama Minggu  Transisi. Tak belajar betul-betul lagi pun. Masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah katanya. Tiga minggu pertama tiap-tiap pagi cakap tak nak pergi sekolah...kata tak ramai kawan la, panas la...macam-macam lagi. Tapi bila dah sampai time nak pergi sekolah, dah ready pakai uniform semua, macam ok pulak.

Even minggu keempat ni pun ada jugak la peel tak nak ke sekolah tu tapi taklah seteruk dulu. Sekarang dah ada group of friends sendiri. Dah mula belajar ikut jadual...seronoklah sikit.

Tahun ni Farza pun mula belajar di tadika baru...CIC. Saja bagi dia environment baru setelah dua tahun di Genius Aulad. So far dia happy je kat situ.