Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Monday, 31 August 2015

Pengalaman pertama...

Assalamualaikum...

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-58 kepada semua...apa makna merdeka kepada anda? Kami sekeluarga ada jugak teringin nak pergi ke Dataran Merdeka untuk melihat sendiri sambutan Hari Merdeka tapi mugkin tahun depan. Dulu masa anak sulung berumur 3-4 tahun dah pernah pergi tengok sambutan Hari Merdeka di Dataran Merdeka tu...cuma anak yang kedua dan ketiga saja belum pernah tengok secara live.

Apapun hari ni saya berjaya bawa anak yang kedua dan ketiga saya menaiki lrt dan komuter. Ini merupakan pengalaman pertama mereka menaiki tren. Suami hantar ke stesen putra lrt Universiti dan kami menunggu dalam 7 minit sebelum tren sampai. Kakak dan adik memang excited dapat naik tren dan kemudiannya kami turun di Masjid Jamek. Kami pergi ke stesen star lrt Masjid Jamek dan turun di stesen Bandaraya. Satu stesen je pun merasa naik star lrt hehehe. Sampai Sogo macam biasalah shopping, makan dan jamu mata. 

Dalam pukul 4.45 petang kami pun decide nak balik. Kali ni dari Sogo jalan ke stesen komuter Bank Negara. Dah cantik stesen tu...saya ni dah 5 tahun tak guna public transport sejak berenti kerja. Komuter tunggu dalam 10 minit dah sampai dan pergerakannya boleh tahan laju. Alhamdullilah sampai stesen Sg Buloh dalam pukul 5.20 pm. Jom layan gambar adik dengan kakak excited naik tren.


Tunggu tren di stesen Universiti

Laluan putra lrt

Tren dah sampai

Lagi best berdiri dapat tengok view

Di stesen Masjid Jamek

Dapat duduk kejap dalam tren

Di stesen komuter Bank Negara

Thank u Makteh teman kami